Ketetapan-Dasar-Unit-Hem

Report
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
KETETAPAN DASAR PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
SMK TAMAN DESA 2, RAWANG
1.0
Penyelenggaraan
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
2.0
Penyelenggaraan termasuk pendawaian elektrik dan sistem bekalan air di seluruh
kawasan sekolah, kebocoran dan kerosakan bumbung, dinding dan pagar sekolah
serta sebarang kerosakan struktur pada bilik-bilik bangunan sekolah.
Setiap kerosakan perlu dilaporkan di dalam Buku Laporan Aduan Kerosakan di meja
penyelaras/penyelia.
Kerosakan yang memerlukan tindakan segera boleh dilakukan dengan mendapatkan
persetujuan lisan daripada PK HEM dan Pengetua.
Perbelanjaaan penyelenggaraan yang melebihi RM100 mesti melalui Nota Minta
dengan kebenaran pengetua.
Kerja penyelenggaraan yang melebihi RM500 perlu disertakan tiga sebut harga untuk
dipertimbangkan sebelum kerja-kerja tersebut dibuat.
Pemeriksaan kerosakan dibuat dari semasa ke semasa.
Kerosakan akibat kecuaian individu akan ditanggung oleh individu tersebut.
Pengurusan Kantin
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
Kantin dibuka dari 6.45 pagi hingga 5.00 petang untuk murid dan dari 7.45 pagi hingga
5.00 petang untuk guru.
Pemeriksaan Kendiri Kantin dijalankan dengan pemantauan Guru Kantin
PK HEM dan Guru Kantin memeriksa kantin setiap hari dan menghantar laporan ke
PPD pada setiap akhir bulan.
Bil air dan elektrik adalah tanggungjawab pihak kantin. Satu salinan pembayaran bil
mesti dihantar ke pejabat.
Harga jualan makanan dan minuman tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan
daripada pihak sekolah dan PIBG.
Tanda harga makanan/minuman perlu dipamerkan.
Surat peringatan akan dikeluarkan kepada Pengusaha Kantin sekiranya tidak
mematuhi peraturan yang terdapat di dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin
Sekolah.
Kebersihan sekeliling berhampiran kawasan kantin adalah tanggungjawab pengusaha
kantin. Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin hendaklah dijaga supaya
sentiasa bersih, kemas dan selamat.
H1
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
3.0
Kebajikan dan biasiswa
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
4.0
STAND2
Murid miskin yang tidak mendapat biasiswa boleh memohon bantuan kewangan
membayar bayaran tambahan dan juga bantuan baju sekolah, beg sekolah, kasut, alat
tulis dan buku.
Bantuan kewangan/kebendaan diberi tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan
pencapaian akademik.
Murid yang hendak menggunakan wang biasiswa BKP dan BKPU perlu mendapatkan
kebenaran dari Guru Biasiswa dengan mengisi Borang Khas Lampiran B.
Buku Akaun murid yang menerima biasiswa perlu dipulangkan dalam masa seminggu.
Sekiranya tidak dipulangkan tindakan menghantar surat pemberitahuan kepada
ibubapa/penjaga akan dikeluarkan.
Pemilihan murid yang layak menerima biasiswa akan ditapis bersama guru tingkatan
dan seterusnya ke mesyuarat pengurusan sekolah sebelum nama dimasukkan ke
dalam APDM.
Jawatankuasa Biasiswa berhak menggantung atau memberhentikan pembayaran
biasiswa kepada murid-murid sekiranya didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin
Sekolah atau mana-mana mahkamah di Malaysia.
Murid mestilah menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi sekurang-kurangnya
mendapat skor markah 50 ( untuk 7 mata pelajaran) pada tiap-tiap penggal. Sekiranya
gagal, pembayaran biasiswanya akan ditahan pada tahun berikutnya sehingga murid
mendapat keputusan skor/markah 50. Sekiranya murid masih gagal maka biasiswanya
akan ditarik balik serta merta.
SPBT
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
Semua buku SPBT mesti dibalut dan dilengkapkan maklumat murid di kulit buku teks.
Buku SPBT tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas.
Murid Tingkatan 5 boleh memulangkan buku SPBT sebelum peperiksaan SPM
sekiranya tidak diperlukan.
Murid baru yang tidak membawa buku teks dari sekolah lama hanya akan diberi buku
teks sekiranya sekolah ada lebihan buku teks.
Murid yang hilang buku teks atau rosak perlu menggantikannya.
Murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 tahun semasa akan dibekalkan buku teks Tingkatan
2 dan Tingkatan 3 masing-masing sebelum cuti akhir tahun.
Murid yang memulangkan buku teks untuk tahun semasa akan diberi keutamaan
untuk mendapat buku pada tahun berikutnya.
H2
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
5.0
Buku Rekod Kedatangan Murid
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
5.8
5.9
5.10
6.0
STAND2
Kedatangan murid-murid diambil pada waktu perhimpunan /waktu pertama oleh guru
tingkatan setiap hari persekolahan.
Buku Kedatangan Kelas adalah satu dokumen sah untuk diambil kira kehadiran murid.
Buku Kedatangan murid mesti ditanda dan diletakkan di pejabat sebelum waktu kedua
tamat serta tidak boleh dikeluarkan dari pejabat kecuali dengan kebenaran
pengetua.Kehadiran dalam register mesti sama dengan APDM.
Jadual Kedatangan Murid mesti sentiasa disimpan di rak yang disediakan di pejabat
kecuali pada akhir setiap bulan di mana guru membuat analisis kehadiran murid.
Buku Kedatangan Murid hanya di tanda oleh guru sahaja. Adalah menjadi kesalahan
jika murid menguruskan dan menanda kedatangan murid di dalam Buku Kedatangan
Murid.
Setiap murid mempunyai fail peribadi yang telah dilengkapkan dengan salinan kad
pengenalan pelajar, ibu bapa, salinan surat beranak, Borang SMM, Buku Rekod
Kemajuan/slip keputusan, Buku Kokurikulum dan Buku Kesihatan.
Murid dari sekolah lain yang berpindah masuk ke sekolah ini mesti mendaftar
bersama dengan dokumen khas seperti :
5.7.1 Laporan disiplin
5.7.2 Buku Kokurikulum
5.7.3 Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa
5.7.4 Salinan surat beranak
5.7.5 Buku Kesihatan
5.7.6 Borang SMM
Sekiranya dokumen tidak lengkap, murid dikehendaki mendapatkannya secepat
mungkin di sekolah lama.
Murid baharu yang datang mendaftar mesti bersama dengan ibu bapa/ penjaga.
Guru tingkatan perlu mendaftarkan kemasukan murid di dalam Buku Pendaftaran di
pejabat setelah diarahkan oleh pengetua/HEM.
Guru tingkatan juga perlu mengisi e-kehadiran(SPS) murid setiap hari sebelum jam 10
pagi/sesi petang sebelum 3.00 petang.
Pengurusan Disiplin Murid
6.1
6.2
6.3
6.4
Sekolah menggunakan kaedah Sistem Merit dan Demerit dalam pengurusan e-disiplin
Maklumat di dalam Borang Profil Pelajar adalah rahsia. Semua guru boleh akses
maklumat di dalam profil dan hanya diuruskan di dalam Bilik Pengurusan Bina Insan.
Ibu bapa penjaga dimaklumkan sebelum tindakan merotan melainkan ibu bapa tidak
dapat dihubungi setelah tiga kali panggilan dibuat.
Hanya guru yang diperturunkan kuasa merotan boleh melaksanakan tindakan
merotan.(SPI 7/1995, SPI 4/1996).Program Jaringan Pembinaan Insan bersama UBK
dan guru Pembangunan Insaniah perlu dipatuhi.
H3
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
6.5
6.6
6.7
6.8
6.9
6.10
6.11
7.0
STAND2
Walaupun pihak sekolah mengikut(SPI 4/1997) merotan masih tetap dijalankan
mengikut budi bicara.
Surat perjanjian berkelakuan baik mesti dibuat selepas tindakan gantung dan buang
sekolah.
Tindakan tatatertib mesti diputuskan oleh mesyuarat Lembaga Disiplin.
Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, alat elektronik serta barang-barang
berharga ke sekolah. Murid yang melanggar peraturan, pihak sekolah akan merampas
dan menyimpannya. Hanya ibu bapa yang boleh menuntut telefon bimbit yang
dirampas. Sekiranya kesalahan berulang, barangan itu akan disimpan sehingga akhir
tahun. Markah demerit diberikan. Manakala bagi lain-lain barang yang dirampas, tidak
akan dipulangkan kepada pelajar. Pihak sekolah tidak akan menanggung risiko
sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan terhadap barangan tersebut.
Murid yang datang lewat lebih daripada tiga kali dan ke atas tanpa sebab dikehendaki
membuat/menyalin karangan di bawah seliaan guru bimbingan dan kaunseling.
Murid hanya dibenarkan keluar kelas dengan satu jenis Pas selepas mendapat
kebenaran guru mata pelajaran.
i. Pas Keluar.
ii. Memo Khas (yang diedarkan dan boleh diambil di pejabat)
Pelajar yang ingin keluar dari kelas semasa waktu perantaraan/guru tiada di kelas
perlu meminta pas keluar daripada guru kelas sebelah.
Kebersihan , Keselamatan dan Kesihatan
7.1
Menggunakan sistem Audit Kebersihan untuk mengaudit kebersihan kelas, makmal,
bengkel, kelas-kelas khas, tandas dan kawasan sekolah.
7.2
Rumput dipotong dua kali sebulan
7.3
Hanya guru boleh mengeluarkan kunci dari pejabat selepas membuat catatan dalam
Buku Rekod Ambilan Kunci
7.4
Pelawat yang masuk ke sekolah mesti berdaftar di pondok pengawal keselamatan. Pas
perlu diberikan kepada pelawat.Sekiranya pelawat tidak mematuhi cara berpakaian
masuk ke dalam kawasan sekolah, pengawal keselamatan boleh meminta pelawat
supaya tidak masuk ke dalam kawasan sekolah.
7.5
Segala pengurusan pelawat dengan warga sekolah mesti dijalankan di pejabat
7.6
Guru mata pelajaran mesti mencatat perkara yang berikut dalam Buku Kawalan Kelas.
7.6.1 bilangan murid dalam kelas
7.6.2 disiplin murid
7.6.3 ketiadaan murid di dalam kelas
7.7
Guru mata pelajaran perlu menghubungi ibu bapa sekiranya murid tidak sihat atau
cedera untuk tindakan susulan. Sekiranya berlaku kecemasan, ibu bapa dimaklumkan
dengan kadar segera,dan jika perlu guru bertugas perlu memanggil ambulans.Guru
bertugas perlu mengiringi murid di dalam ambulans ke hospital dan tunggu sehingga
ibu bapa sampai. Rawatan untuk kecederaan yang ringan boleh diberi kepada murid
dalam keadaan tertentu.
7.8
Ubat di Bilik Kesihatan hanyalah untuk kegunaan rawatan luaran sahaja.
7.9
Latihan Kebakaran Bangunan dijalankan 2 kali setahun.
7.10 Apa sahaja suntikan yang diberikan oleh pihak kerajaan mesti mendapat kebenaran
daripada ibu bapa walaupun surat daripada Kementerian Kesihatan sudah
dikeluarkan.
H4
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
8.0
Lembaga Ketua Tingkatan
8.1
8.2
9.0
STAND2
Semua Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan tidak boleh menjadi Pengawas.
Semua Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan mesti memakai tanda nama dan tali leher
sepanjang masa.
Ketua tingkatan yang tidak menjalankan tugas sepertimana yang diarahkan oleh pihak
sekolah boleh dilucutkan jawatannya dan diganti dengan murid lain.
Data Murid
9.1
9.2
9.3
Semua data dalam APDM adalah sulit.
Data APDM perlu diberi kepada murid yang pindah sekolah.
Guru Tingkatan perlu mengemaskini data APDM pada akhir setiap bulan.
H5
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
JAWATANKUASA-JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Pengerusi
Naib.Pengerusi
:
:
Setiausaha
:
:
:
AJK
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang
S/U HEM
Penolong S/U HEM
Setiausaha 3K
Penyelaras Unit Kebersihan
Penyelaras Unit Keselamatan
Penyelaras Unit Kesihatan
Setiausaha Unit Biasiswa
SetiausahaUnit Kebajikan
Setiausaha Unit Disiplin
Setiausaha Unit Kantin
Setiausaha Lembaga Ketua Tingkatan
Setiausaha Lembaga Pengawas
Setiausaha Penyelaras Tingkatan
Setiausaha Unit APDM
Setiausaha Unit SPBT
Kaunselor
Tugas :
1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi buah fikiran dan
pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji
semula dari semasa ke semasa.
2. Merujuk kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke
atas pelajar berkenaan.
3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu
dalam menangani masalah tersebut.
4. Menimbang dan menerima pandangan serta cadangan dari pelajar,guru serta ibubapa mengenai
hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.
7. Mesyuarat :
7.1 Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang-sidang penuh dan mesyuarat
sidang kes.Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan terpulang kepada keperluan dan
budi bicara Pengetua.
7.2 Mesyuarat sidang penuh adalah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan
membincangkan peraturan yang digubal,membentangkan dan membincangkan perkaraperkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.Semua jawatankuasa dikehendaki hadir.
7.3 Mesyuarat sidang kes adalah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan tertentu apabila Pengetua berpendapat bahawa sidang demikian perlu
diadakan.Semua jawatankuasa dikehendaki hadir.
H6
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
2. JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN (TATATERTIB PELAJAR)
Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang
Ketua Guru Disiplin
Penyelaras Tingkatan
Kaunselor
Guru Disiplin
Ketua Pengawas
Tugas :
1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan
Pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan
sekolah.
3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.
4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahankesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman buang sekolah berpandukan Surat
pekeliling Ikhtias Bil. 9/1975.Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh
memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua
majlis sekolah.
6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
7. Berusaha menanam semangat cintaakan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukunegara.
8. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan
sewajarnya.
9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ supaya peraturan
sekolah menjadi satu budaya.
10. Menjalankan rondaan(dengan bantuan guru bertugas harian)untuk mengesan pelajar yang
ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
11. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada kementerian / Jabatan
Pendidikan / PPD.
13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan
disiplin pelajar.
14. Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin.
H7
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
2.1 SETIAUSAHA LEMBAGA DISIPLIN
Tugas :
1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.
2. Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga Disiplin kepada semua guru.
3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke semasa di perhimpunan
sekolah.
4. Bertanggungjawab dalam:
4.1
menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM.
4.2
Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
4.3
Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
4.4
Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
4.5
Menyediakan laporan tahunan lembaga disiplin.
4.6
Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.
3. JAWATANKUASA PENGURUSAN 3K
Pengerusi
Naib.Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
:
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausaha 3K
:
:
Penyelaras Unit Kesihatan
AJK Unit Kesihatan (Pagi & Petang)
3.1 UNIT KESIHATAN
Ketua
Ahli
Tugas:
1. Menguruskan dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan.
3. Mengumpulkan & menguruskan pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama guru/penyelaras
tingkatan.
4. Bertanggunjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan kesihatan.
5. Menyediakan jadual tugas bilik rawatan.
6. Merancang
dan
melaksanakan
program
kesihatan
seperti
lawatan,ceramah,pameran,tayangan,kuiz,”Murid Ceria dan Sihat” dan lain-lain.
7. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan.
8. Memastikan sekolah bebas denggi.
H8
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
3.2 UNIT KESELAMATAN
Ketua
Ahli
:
:
Penyelaras Unit Keselamatan
AJK Unit Keselamatan (Pagi & Petang)
Kaunselor
KESELAMATAN
Tugas:
1. Membaca,memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh kementerian,
Jabatan pendidikan dan PPD
2. Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran
pengetua sebelum berurusan di sekolah.
3. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalulintas.
4. Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
4.1
keselamatan lalulintas
4.2
keselamatan bangunan dan perabot
4.3
keselamatan di makmal/bengkel/bilik ERT dan lain-lain bilik khas.
5. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
6. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas, bilik darjah dan dalam buku
latihan pelajar.
7. Meletakkan tanda ‘BAHAYA’ di tempat-tempat yang merbahaya.
8. Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak kenderaan pada majlis rasmi sekolah.
9. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis/polis trafik, bomba, JKR/JKR Elektrik
10. Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan
11. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.
12. Memastikan sistem lalulintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
13. Memastikan segala kerosakan yang berlaku di kelas, bangunan, perabot, bengkel, makmal dan
bilik-bilik khas dilaporkan dan dibuat pembaikan.
3.3 UNIT KEBERSIHAN
Ketua
Ahli
: Penyelaras Unit Kebersihan
: AJK Unit Kebersihan (Pagi & Petang)
Tugas:
1.Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan
sekolah termasuk bilik darjah dari semasa ke semasa
2.Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti.
2.1.kempen kebersihan
2.2.pertandingan kebersihan kelas
2.3.pertandingan mengarang esei kebersihan
2.4.ceramah-ceramah kebersihan
2.5.pertandingan poster kebersihan
2.6.menanam pokok/bunga di kawasan sekolah
2.7.Lawatan ke sekolah-sekolah lain.
3.Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar bagi
meningkatkan mutu kebersihan sekolah.
4.Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan
keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK
5.Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari semasa ke semasa
dan membuat Laporan kemajuan kerja
H9
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
4. JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN
Pengerusi
Naib.Pegerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausaha Unit biasiswa
AJK Unit Biasiswa (Pagi & Petang)
Penyelaras Tingkatan
4.1 KEBAJIKAN
Tugas:
1.Mengurus hal ehwal pelajar yang memerlukan bantuan seperti:
1.1pelajar miskin
1.2.kemalangan
1.3.Rawatan berterusan
1.4.Kematian
1.5.Kecemasan/bencana
2.Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan
dan keperluan teutama dari segi pendapatan bagi Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin(KWAMP)
3.Merancang program mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatian pelajar
terhadap kebajikan
4.Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh
Pengetua.
5.Menubuhkan tabung Kebajikan Pelajar
6.Menubuhkan unit hilang/jumpa
7.Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti diri dalam membantu badan kebajikan
luar.
4.2 UNIT BIASISWA
Tugas:
1.Pengurusan biasiswa
1.1.meneliti pekeliling dari kementerian pendidikan / jabatan pendidikan dan pihak penaja
untuk memestikan syarat dipatuhi
1.2.Memegang rekod pemegang biasiswa mengikut jenis & tingkatan.
1.3.Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar tingkatan satu dan empat.
1.4.Menyemak permohanan biasiswa,menentukan tarikh penghantaran,membuat
penilaian dan perakuan.
1.5Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
1.6.Memberi ibu bapa/penjaga pelajar yang dapat biasiswa.
2.Prestasi Pemegang Biasiswa
2.1.Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada Penolong
Kanan HEM.
2.2.Menghantar surat amaran bagi ibu bapa/penjaga bagi pemegang biasiswa yang
prestasinya merosot.
H10
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
3.Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Giro(tanpa kad)di
Bank Simpanan Nasional dan pelajar tingkatan enam rendah juga mempunyai akaun sebelum
akhir bulan September tahun semasa
4.Menentukan daftar buku/rekod penerimaan cek/baucer di pejabat.
5.Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
6.Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah.
7.Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.
8.KWAPM
8.1.Mendapat nama pelajar yang layak dari jawatankuasa Kebajikan
8.2.Menguruskan dan mengendalikan proses Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
kepada pelajar yang ayak sahaja
5. JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling
Kaunselor
Setiauasha Disiplin
Penyelaras Tingkatan
Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya
Tugas:
1.Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling ,meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling
iaitu:
1.1.Bimbingan pelajar
1.2.Bimbingan kerjaya
1.3.Bimbingan sosial
1.4.Bimbingan sahsiah
1.5.Bimbingan Psikologi
1.6.Bimbingan Pencegahan Dadah /AIDS
1.7 Psikometrik
2.Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.
3.Mengelolakan program orientasi:
3.1.Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan satu dan dua dan enam bawah.
3.2.Penerapan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaran di peringkat menengah
atas.
3.3.Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
4.Mengelola dan mengurus bilik Unit bimbingan dan Kaunseling secara berkesan.
5.Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
6.Menubuhkan dan mengelolakan Kelab Kerjaya.
7.Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas,temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan dan
Kaunseling.
8.Menyelaraskan hubungan dengan jabatan/agensi luar untuk mendapatkan khidmat nasihat.
9.Menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas mengenai budaya sekolah.
10.Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi,minat dan sahsiah pelajar.
11.Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah.
12.Mengadakan program khas pencegahan dadah/AIDS.
H11
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
13.Mengadakan kursus perkembagan staf untuk melatih guru-guru dalam bimbingan dan
kaunseling.
14.Menjalankan dasar baru kerajaan seperti amalan guru penyayang,dasar warga
emas,psikometrik,minda sihat
15.Menjalankan program jaringan dengan komuniti
6. JAWATANKUASA DATA MURID(APDM)
Pengerusi
Naib.Pengerusi
Ahli
:
:
:
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
AJK Unit APDM (Pagi & Petang)
Tugas:
1. Memastikan data semua murid dimasukkan ke sistem APDM
2. Membuat semakan data APDM
3. Melengkapkan senarai semak dan mencetak lampiran pengesahan APDM
4. Menghantar maklumat APDM ke PPD sebelum 7hb setiap bulan.
7. JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN MURID
Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausaha Disiplin
AJK Unit Disiplin(Pagi&Petang)
Tugas:
1.Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.
2.Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3.Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4.Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
5.Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
6.Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam
menangani masalah disiplin
7.Bertanggungjawab dalam menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cinta sekolah
dalam kalangan pelajar dan guru
8.Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan di dalam borang disiplin dan
buku
laporan disiplin
9.Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM
seminggu sekali
10.Menghubungi pihak polis jika perlu.
11.Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah.
12.Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti
12.1 Penyalahgunaan dadah
12.2 Gambar lucah
H12
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
12.3 Majalah lucah
12.4 Peras ugut
12.5 Kumpulan haram
12.6. Bohsia
12.7 Bohjan dan lain-lain
13.Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang diiktiraf perlu seperti:
13.1.Hari terakhir peperiksaan awam
13.2.Hari sukan
13.3.Hari keluarga
13.4.Majlis-majlis sekolah
8. JAWATANKUASA KANTIN
Pengerusi
Naib.Pengerusi
:
:
Setiausaha
AJK
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausaha Unit Kantin
AJK Unit Kantin
Pengerusi Lembaga Ketua Tingkatan
Syarikat Pengurusan Kantin
Tugas:
1.Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian
Pendidikan/Kesihatan.
2.Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
3.Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian
dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
4.Memastikan tidak ada makanan yag bahannya tidak halal seperti minyak babi, makanan
yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mi dan sebagainya.
5.Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
6.Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
7.Memastikan semua pekerja kantin menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad
kesihatan yang sah
8.Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
9.Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala
yang bersih dan kemas mengikut pekeliling KPM
10.Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/kain maslin/disimpan dalam
bekas yang bertutup
11.Mamaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
12.Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13.Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,selamat dan
sesuai.
14.Membuat laporan harian dalam buku/pemeriksaan kendiri kantin.
15.Menyampaikan laporan Bulanan kepada Pengetua/PK HEM tentang prestasi kantin
sebelum dipanjangkan ke PPD
H13
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
16.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa
ke semasa.
17.Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
9. JAWATANKUASA LEMBAGA KETUA TINGKATAN
Pengerusi
:
Naib.Pengerusi
Penyelaras
Ahli
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausaha Lembaga Ketua Tingkatan
AJK Lembaga Ketua Tingkatan (Pagi &
Petang)
Penyelaras Tingkatan
Semua Guru Tingkatan
Tugas:
1.Menyenaraikan dan mengemukakan calon ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
kepada PK HEM.
2.Menguruskan pelantikan rasmi ketua dan penolong ketua tingkatan sekolah.
3.Menguruskan tempahan tanda ketua dan penolong ketua tingkatan dan pengagihan tali
leher.
4.Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas ketua dan penolong ketua
tingkatan.
5.Membimbing dan membantu ketua dan penolong ketua tingkatan dalam menguruskan dan
menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah
6.Mengadakan kursus-kursus kepimpinan dan kesedaran untuk ketua dan penolong ketua
tingkatan.
7.Menyediakan laporan tahunan ketua tingkatan.
8.Menyediakan sijil Penghargaan kepada Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan.
10. JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS
Pengerusi
:
Naib.Pengerusi
Setiausaha
Ahli
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausaha Lembaga Pengawas
Setiausaha Disiplin
AJK Lembaga Pengawas
Tugas:
1.Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada pengetua melalui Penolong
Kanan HEM.
2.Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
3.Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
4.Mengadakan Kursus kepimpinan dan kesedaran pengawas dan kursus-kursus lain yang
berkaitan dengan pengawas
H14
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
5.Menyediakan laporan tahunan Lembaga Pengawas.
6.Memastikan laporan mingguan/harian pengawas disediakan.
7.Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.
8.Bekerjasama dengan Lembaga Disiplin berkaitan dengan maklumat dan tindakan disiplin
pelajar.
9.Memastikan pengawas sekolah dapat berfungsi dengan baik dalam menguatkuasakan
peraturan dan tatatertib sekolah.
10.Memastikan bilik Pengawas sentiasa ceria dan kemas.
11.Bertanggungjawab terhadap fail-fail yang berkaitan dengan Lembaga Pengawas dan
Jawatankuasa Pengawas sekolah
11. JAWATANKUASA PENYELARAS TINGKATAN
Pengerusi
Naib Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiusaha Penyelaras Tingkatan
Penyelaras Tingkatan
Semua Guru Tingkatan
Tugas:
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya
2. Persetujuan GuruPenolong Kanan/Penyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu.
3. Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi.
4. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan
minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4,5 dan 6.
5. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan.
6. Membantu penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk
diberi bantuan/biasiswa.
7. Memaklumkan kepada pengetua, penolong kanan/penyelia petang tentang jumlah murid
dalam setiap kelas dari semasa ke semasa.
8. Penyelaras ting3,5,dan6 sekaligus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan PMR,SPM
dan STPM.
9. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar
masuk dengan kemas dan teratur.
10. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut
untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid.
10.1 Buku kad kemajuan murid
10.2 Buku Gerak Kerja kokurikulum
10.3 Borang kelulusan pinjaman SPBT
10.4Keterangan-keterangan kerja kursus Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah,
Geografi dan Pendidikan Seni pelajar tingkatan 3.
11. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid.Fail tersebut mesti disimpan di
pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah perlu diminta.
12. Bekerjasama dengan guru tingakatan bagi menyiapkan Sijil-Sijil di peringkat sekolah
iaitu:
12.1 Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu.
12.2 Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris.
H15
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
12.3 Sijil Berhenti,Surat Akuan dan lain-lain.
13. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PT3/SPM.
14. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
15. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu Guru Tingkatan
Satu untuk mengagihkan kemasukan murid.
16. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan nombor pendaftaran dan memasukkan
butir-butir murid dalam Buku Pendaftaran.
17. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia dikemaskini.
18. Bertanggungjawab menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini mesti disimpan di
pejabat.
19. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut
kelas.
20. Memastikan murid baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran
elektif yang dipilih.
21. Menyampaikan laporan tentang murid baru kepada Pengetua.
22. Memastikan semua guru tingkatan mengisi e-kehadiran mengikut masa yang ditetapkan
23. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua sendiri semasa ke semasa.
12. JAWATANKUASA SPBT
Pengerusi
Naib Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausha Unit SPBT
AJK Unit SPBT (Pagi & Petang)
Tugas:
1.Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks
1.1. Mesyuarat diadakan dua kali iaitu di awal dan akhir tahun.
1.2 Pembahagian waktu bertugas.
1.3.Taklimat untuk guru tingkatan.
1.4.Pembagian tugas pentadbiran:
1.4.1.Buku stok
1.4.2.Pengedaran/pengumpulan
1.4.3.Buku rosak/hilang
1.4.4.Menubuhkan pasukan bertugas SPBT
2.Borang Permohonan SPBT
2.1.Mengedarkan borang kepada semua pelajar.
2.2.Borang yang lengkap dikumpulkan oleh guru tingkatan dan diberi kepada guru SPBT.
3.Mesyuarat Jawatankuasa SPBT
3.1.Mengadakan mesyuarat yang diPengerusikan oleh Pengetua/PK HEM bagi
membincangkan aktiviti dan perancangan SPBT
4.Membuat pesanan buku
4.1.Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke bahagian buku teks.
4.2.Mencadangkan pertukaran buku teks pada awal tahun.
H16
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
4.3.Membuat anggaran yang tepat pada tahun berikutnya
4.4.Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
5.Pengedaran
5.1Mengedarkan mengikut tingkatan.
5.2.Menentukan tarikh pengedaran.
5.3.Mengesan kelancaran pengedaran.
5.4.Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk/bertukar sekolah.
5.5Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk.
5.6.Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar bertukar.
5.7.Memastikan guru tingkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar
yang layak.
5.8.Memastikan semua guru tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman SPBT/borang
G mengikut jadual.
6.Pengurusan Rekod dan Dokumen
6.1.Menyelenggara fail yang kemaskini mengikut jenis.
6.2.Rekod buku stok yang kemaskini.
6.3.Senarai tugas guru-pengedaran/pemgumpulan.
6.4.Menyimpan rekod buku,hapuskira,rosak,hilang dan sebagainya.
7.Pengurusan Rekod dan Dokumen.
7.1.Memastikan ada bilik khas SPBT.
7.2.Mengurus bilik SPBT
7.3Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
7.4.Peraturan mengedarkam kepada sekolah lain.
7.5.Memastikan pelajar membalut buku dengan menggunakan pembalut plastik.
8.Pengurusan Pemulangan SPBT.
8.1.Menentukan tarikh pemulangan megikut tingkatan.
8.2.Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/tingkatan.
8.3.Melaporkan kepada Pengetua/PK HEM tentang proses pemulangan.
8.3.1.peratus rosak/hilang
8.3.2.guru bertugas
8.3.3.hapus kira
8.3.4kekurangan/lebihan
9.pengurusan stok dan inventori
9.1 Surat menyurat kepada bahagian buku teks dan jabatan pendidikan.
9.2 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan
selamat.
9.3 Mengemaskini inventori SPBT.
9.4 Kekurangan/lebihan.
10. Cadangan Buku Bacaan Tambahan
10.1 Mendapatkan buku daripada Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran.
10.2 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.
10.3 Memaklumkan kepada Pengetua/PK HEM
10.4 Menyediakan senarai buku teks bagi senarai tingakatan untuk diedarkan
kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks.
H17
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
13. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN/PENYELENGGARAAN
Pengerusi
:
Naib Pengerusi :
Naib.Pengerusi :
Setiausaha
:
AJK
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Penyelaras Pembangunan/Penyelenggaraan
AJK Unit Pembangunan/Penyelenggaraan
Tugas:
1.Membaca,memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian,JPN dan PPD.
2.Merekodkan semua penerimaan/pembelian dalam buku stok/inventori.
3.Menguruskan semua perabot yang hendak dihapuskan kira mengikut peraturan.
4.Mengenalpasti keperluan perabot.
5.Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun.
6.Membaiki dan menyelenggara apabila perlu.
7.Memastikan perabot yang berlebihan/dibaik pulih disimpan di tempat yang selamat.
8.Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot seta
jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar.
15. JAWATAKUASA PENGURUSAN ASET DAN STOK SEKOLAH
Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Pegawai Aset/Pegawai Stok
Pegawai Penerimaan Aset
Pegawai Pelupusan Aset
Pegawai Stor
Pegawai Pemeriksa Stok.
15.1 PENGURUSAN ASET
Tugas:
1. Menguruskan semua aset alih kerajaan di SMK Puchong di bawah kawalnya berpandukan
Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan,Pekeliling Perbendaraan Bil.5 Tahun 2007.
2. Penerimaan:Menentukan bahan yang diterima dalam kategori harta modal atau inventori.
3. Pendaftaran:Dalam Daftar Harta Modal atau Daftar Inventori dan labelkan nombor siri
pendaftaran pada aset.
4. Penggunaan dan penyimpanan: Penggunaan mestilah mengikut peraturan. Setiap pegawai
adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset di
bawah tanggungjawab.
5. Pemeriksaan: Pemeriksaan aset dilakukan ke atas fizikal, rekod dan penempatan sekurangkurangnya sekali setahun.KEW.PA-10,KEW.PA-11,dan KEW.PA-12 dihantar ke JPS pada bulan
Disember setiap tahun.
6. Penyelenggaraan: Memastikan aset berfungsi dan mengurangkan kerosakkan.KEW.PA-13
dan KEW.PA-14 digunakan.
H18
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
7. Pelupusan: Memastikan aset yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan tidak disimpan
menjimatkan ruang.KEW.PA-16 hingga KEW.PA-20 diisi dan dihantar ke JPS mengikut
peraturan.
8. Kehilangan dan hapus kira:KEW.PA-28 hingga KEW.PA-33 dan dihantar ke JPS mengikut
peraturan.
9. Siap sedia fail-fail untuk audit pada buan Mei.
15.2 PENGURUSAN STOK
Tugas:
1. Menguruskan stok sekolah mengikut tatacara pengurusan stor kerajaan,pekeliling
perbendaraan Bil.5 Tahun 2009.
2. Penerimaan dan merekod:Kad kawalan stok dan KEW.PS-3 kad Petak KEW.PS-4 diisi bagi
setiap jenis stok yang diterima.
3. Penyimpanan:stok disimpan dengan teratur dalam stor pusat.
4. Pengeluaran sebarang stok yang dikeluarkan melalui borang permohanan stok KEW.PAS-11
mesti dicatit dalam KEW.PS-4.
5. Katalog stok: senarai barang-barang yang terdapat di stor pusat dikemaskini setiap 3 bulan.
6. Penyemakan stok: dibuat setiap 3bulan dan laporan kedudukan stok dihantar ke JPS.
7. Pemeriksaan stok: dibuat ada bulan November dan laporan pemeriksaan stor dihantar pada
bulan Disember bersama-sama dengan KEW.PS-15,20 dan 22.
16. JAWATANKUASA KETUA TINGKATAN DAN PENGURUSAN KELAS
Pengerusi
Naib Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Penyelaras Pengurusan Kelas
Guru Pengurusn Kelas
1. Guru Tingkatan Kelas
1.1 menentukan perabot dan alat kelas lengkap.memastikan kerja membersihkan dan
menceriakan kelas selesai pada hari Jumaat, minggu pertama.
1.2 Melantik JKK kelas-Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, AJK Kebersihan, AJK Kecerian, AJK
Perabot.
1.3 Menentukan Moto kelas dan menentukan kedudukan murid mengikut susunan meja yang
telah ditentukan oleh Tingkatan Kelas.
1.4 Memastikan keceriaan dan kebersihan kelas sentiasa dipelihara pada setiap masa.
Terutamanya masa sebelum murid-murid tamat persekolahan.
1.5 Pada akhir tahun,pastikan kelas dibersihkan, semua perhiasan pada papan kenyataan
ditanggalkan, meja, dalam meja dan lantai serta tong sampah bersih.
H19
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
2. Tugas Ketua dan Penolong Kelas
2.1 Memastikan kelas sentiasa ceria dan bersih. Dengan bantuan AJK Kebersihan pastikan ada
jadual tugas & semua perlu menjalankan tugas masing-masing.
2.2 Memanggil guru dan mencari ‘relief’ selepas 10 minit permulaan matapelajaran.
2.3 Mengawal disiplin kelas.Tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran kepada rakan
untuk keluar kelas.
2.4 Merekodkan nama murid yang tidak ada dalam kelas di dalam Buku Kawalan Kelas.
Memastikan guru menandatangan Buku Kawalan Kelas.
2.5 Mengambil Buku Kawalan dan Buku Standard Kualiti Kebersihan Kelas dari pejabat dan
memulangkannya 5 minit sebelum balik.
2.6 Memastikan lampu dan kipas dipadamkan serta kerusi dinaikkan ke atas meja dan tiada
sampah di dalam meja dan di dalam tong sampah selepas meninggalkan kelas pada waktu
akhir.
2.7 Melaporkan kepada guru matapelajaran dan guru bertugas sekiranya ada pelajar yang
sakit dan mengambil tindakan menghantarnya ke bilik rehat jika diperlukan dengan
membawa surat kebenaran berada di bilik daripada guru ketika di dalam kelas tersebut.
2.8 Dapatkan kunci bilik rehat daripada Guru disiplin atau guru bertugas serta serahkan surat
kebenaran tersebut.
3. AJK Kecerian & Kebersihan
3.1 Menyediakan jadual membersihkan kelas.
3.2 Memastikan semua menjalankan tugas.
3.3 Memastikan papan keyataan kelas sentiasa ceria, jika perhiasan dirosakkan mesti dibaiki
serta merta.
3.4 Memastikan meja guru dialaskan dan sentiasa bersih.
3.5 Memastikan di dalam meja bersih dan tiada sampah serta tiada buku ditinggalkan di
dalam meja.
3.6 Sampah dalam tong sampah mesti dibuang setiap waktu 1, 6 dan waktu terakhir.
3.7 Memastikan penyapu, penyodok sampah dipulangkan ke setor selepas digunakan
manakala tong sampah, pemadam papan putih dan ‘feather duster’ tersusun.Tuliskan
nama kelas pada setiap peralatan tersebut.
4. AJK Perabot
4.1 Memastikan bilangan meja dan kerusi mencukupi.
4.2 Memastikan bilangan perabot di dalam kelas mepunyai bilangan yang sama hingga akhir
tahun.
4.3 Melaporkan sebarang kerosakan dalam kelas seperti kipas, tingkap pecah, pintu rosak dan
lain-lain kepada Guru Tingkatan.
4.4 Melengkapkan Borang Kelengkapan Perabot di dalam kelas.
H20
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
PELAN SUSUNAN KELAS
Motto Kelas:
Papan Kenyataan Hadapan
* Sekiranya kelas bergabung dengan kelas sesi petang, papan kenyataan di sebelah kiri hadapan dan
belakang adalah untuk sesi petang.
Papan Notis Kiri
 Jadual waktu Kelas dengan
nama guru kelas.
Papan Putih
 Tarikh : 5/1/2018
 Kehadiran :
Meja guru (Dilapik dengan kain
alas meja yang sesuai. Perlu
sentiasa bersih dan kemas serta
tiada sampah).

Jawatankuasa kelas

Jadual bertugas kebersihan
kelas.

Susunan Kelas : Bebas tetapi mesti disusun kemas dan teratur. Semua meja kelas sentiasa
kosong. Tiada buku atau sampah di dalam meja. Beg hanya boleh disimpan dalam meja untuk
hari itu sahaja dan meja dikosongkan pada waktu terakhir. Meja tidak boleh dibalut dan
sebarang contengan mesti dibersihkan.

Kawasan Belakang Kelas : Mesti sentiasa bersih, kemas, tiada sampah. Perabot yang
berlainan mesti berurusan dengan guru tingkatan/guru perabot. Perabot yang rosak
dikawasan pelupusan buangan sampah.
Papan Kenyataan Belakang
KURIKULUM
DISIPLIN/UBK/KEBERSIHAN/KESIHATAN/KESELAMATAN
KOKURIKULUM
H21
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
17. JAWATANKUASA PENGURUSAN BUKU KEDATANGAN MURID
Pengerusi
Naib Pengerusi
Naib.Pengerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
:
Pengetua
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Petang
Setiausaha Unit Pendaftaran & Kedatangan
AJK Unit Pendaftaran & kedatangan
Tugas :
1. Buku Kedatangan Murid
1.1 Semua maklumat pelajar mesti dilengkapkan dan dikemaskini. Maklumat-maklumat
tersebut adalah seperti:
1.1.1 Bilangan dalam sekolah mesti diisi setiap bulan.
1.1.2 Nama penuh
1.1.3 Jantina
1.1.4 Bangsa
1.1.5 Tarikh lahir:No.surat beranak, tempat lahir, umur pada 1 januari.
1.1.6 Nombor telefon.
1.1.7 Tarikh masuk tingkatan
1.1.8 Nombor Kad Pengenalan
1.1.9 Biasiswa
1.1.10 Agama
1.1.11 Nama sekolah akhir, darjah peralihan.
1.2 Kehadiran murid mesti ditanda setiap hari persekolahan selewat-lewatnya jam 9.00pagi.
1.3 Menanda buku kedatangan murid adalah tanggungjawab guru-guru kelas dan murid tidak
dibenarkan menandanya.Sekiranya guru tidak hadir, Penyelaras tingkatan hendaklah
manandakan kehadiran murid.
1.4 Pelajar yang balik dengan kebenaran dianggap hadir tetapi perlu dicatatkan dalam buku
pergerakan. Murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi di luar sekolah
dianggap hadir pada hari itu.Pelajar yang datang lewat perlu dicatatkan hadir dan dicatat
masa pelajar hadir di dalam buku pergerakan pelajar.
1.5 Cara menanda Buku Kedatangan Murid:
1.5.1 Murid hadir ditanda /
1.5.2 Murid tidak hadir ditanda 0
1.5.3 Murid lewat ditanda(L) dalam(0) dan dikira hadir.
1.5.4 Tidak hadir dan membawa surat ditanda (S) dalam (0) dikira tidak hadir.
1.5.5 Murid yang tidak hadir tanpa surat sebelum hujung minggu ditanda (P) di dalam (0)
dikira tidak hadir.
1.5.6 Tidak hadir kerana mewakili sekolah ditanda dengan (A) dalam (0) dikira sebagai
hadir.
1.5.7 Murid digantung sekolah tanda G dalam (0) dikira tidak hadir
1.5.8 Murid yang balik lepas rehat atas sebab yang munasabah dikira hadir.
1.5.9 Murid dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran
H22
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
2. Ketidakhadiran Murid
2.1 Guru-guru diminta sentiasa menyemak bilangan kehadiran murid. Tindakan segera harus
diambil menurut tatacara yang telah ditetapkan. Guru tingkatan perlu mengemaskini edisiplin berkaitan pelajar ponteng sekolah.
2.2 Surat-surat yang dihantar mesti dibuat dua salinan. Guru-guru kelas mestilah memastikan
penghantarannya setelah mendapat tandatangan Penolong Kanan HEM atau
Pengetua.Satu salinan mesti diserahkan kepada penolong kanan HEM untuk fail sekolah
manakala satu salinan lagi disimpan oleh Guru Kelas di dalam fail kelas.
2.3 Guru-guru diminta mencatatkan butiran maklumat penghantaran surat ketidakhadiran
murid.
2.3.1..Buku surat ketidakhadiran murid.
2.3.2 Bahagian kulit sebelah dalam buku register.
2.3.3 Penghantaran surat adalah seperti dalam carta
SURAT
Amaran
Pertama
Amaran
Kedua
Amaran
Terahkir
Buang
Sekolah
Juamlah Hari Tidak
Hadir
Hadir Tidak Hadir Berturutturut
Pada hari ke-3
Hadir Tidak Hadir Bukan
Berturut-turut
Pada hari ke-10
7 hari selepas amaran pertama
10 hari lagi selepas
amaran pertama
20 hari lagi selepas
amaran kedua
20 hari lagi selepas
amaran terakhir
60 hari bukan berturut-turut
7 hari selepas amaran kedua
14 hari selepas amaran terakhir
31hari
Cara Penghantaran
Pos biasa
Pos berdaftar
Pos berdaftar
akaun penerima
Pos berdaftar/berdaftar
akaun terima
Pos berdaftar
2.3.4 Guru-guru juga diminta menguruskan sampul surat dan menulis alamat
ibubapa/penjaga dengan HURUF BESAR dan didahului nama bapa/penjaga
dengan PUAN/ENCIK.
2.3.5.Semua surat doctor, surat daripada ibubapa/penjaga mesti disimpan dengan
baik dalam fail yang telah disediakan kepada semua guru kelas. Sila pastikan
nama,tingkatan dan tarik
tidak hadir ternyata di dalam surat-surat
tersebut.Sila pastikan tandatangan ibubapa/penjaga adalah sah. Jika tidak
pasti, sila hubungi ibubapa/penjaga yang berkenaan.
2.3.6.Sila lengkapkan borang ponteng kelas dengan betul untuk laporan ponteng
sekolah di akhir tahun.
H23
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
SURAT SIARAN PROSEDUR KETIDAKHADIRAN PELAJAR
1. Guru-guru yang dihormati,
Merujuk perkara di atas, tuan/puan di minta mengenal pasti sebab-sebab mengapa pelajar
tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar tidak hadir tanpa
pengetahuan ibubapa/penjaga. Justeru itu guru tingkatan
bertanggungjawab untuk
menghubungi mereka secara bertulis dan melalui telefon sekolah.
2. Tuan/puan diminta mengambil langkah-langkah berikut sekirannya pelajar tidak hadir:
2.1 Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat
ibubapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak
hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa
ibubapa/penjaga bersama-sama datang berjumpa dengan pengetua.
2.2 Surat amaran pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum
hadir ke sekolah selama 3 hari, atau pada hari ke-10 pelajar tidak hadir sekiranya pelajar
dapat ke sekolah 10 hari bukan berturut-turut tanpa surat.
2.3 Surat amaran kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR jika pelajar belum datang atau belum
menghubungi sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama. Surat amaran kedua
hendaklah dihantar juga sekiranya pelajar telah ditanda sebanyak 20 hari secara berturutturut.
2.4 Surat amaran terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKAUN PENERIMA
sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas surat amaran kedua.sila gunakan surat
amaran kedua tetapi tukarkan ‘kedua’ke’terakhir’ dan garis nama anak tuan/puan akan
dibuang sekolah dengan dakwat merah. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang
telah ditandai sebanyak 40 hari bukan berturut-turut.
2.5 Selapas tempoh 2 minggu dari penghantaran surat amaran terakhir atau selepas 20 hari
ditanda, pelajar boleh dibuang sekolah. Mesyuarat lembaga tatatertib perlu diadakan
sebelum pelajar dibuang sekolah.
2.6 Surat untuk tujuan memberitahu ibubapa/penjaga pelajar telah dibuang sekolah
hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu
tanpa merujuknya kepada pengetua.
3. Surat-surat amaran boleh didapati melalui e-disiplin.Tuan/puan diminta mengisikan e-disiplin
dan memastikan penghantaran surat-surat tersebut.
4. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh surat
arahan dihantar dengan catatan AP:Arahan pertama, AK:Arahan kedua, AT:Arahan terakhir
dan BS:Buang sekolah dalam buku kadatangan untuk rujukan seterusnya.
5. Semua surat doktor, surat daripada ibubapa/penjaga dan surat keluar kawasan sekolah
hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail yang dibekalkan kepada guru tingkatan/kelas
pada awal sesi akademik. sila pastikan nama,tingkatan dan tarikh tidak hadir dinyatakan
didalam surat-surat. Sila susun surat ikut tarikh dan bulan.
6. Untuk makluman tuan/puan,diminta
(S) :Tidak hadir dan membawa surat;ibubapa berjumpa dengan Pengetua.
(P) :Tidak hadir dan tidak ada surat doktor/surat ibubapa.
(S):Tidak hadir tetapi mempunyai surat doctor.
(G):Gantung persekolahan-(dianggap tidak hadir)
(L) :Datang lewat (dianggap hadir tetapi waktu hadir perlu dicatat)
(A):Mewakili sekolah di luar kawasan sekolah-(dianggap hadir)
H24
DASAR PELAKSANAAN BIDANG HAL EHWAL MURID
STAND2
7. Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:
SURAT
Hadir Tidak Hadir Berturut-turut
Amaran Pertama
Amaran kedua
Amaran Terahkir
Buang Sekolah
Jumlah hari tidak hadir
Hadir Tidak Hadir Bukan Berturut-turut
Pada hari ke-3
Pada hari ke-10
7 hari selepas amaran pertama
10 hari lagi selepas amaran pertama
7 hari selepas amaran kedua
20 hari lagi selepas amaran kedua
14 hari selepas amaran terakhir
20 hari lagi selepas amaran terakhir
31 hari
60 hari bukan berturut-turut
*Kerjasama tuan/puan amat dihargai.Terima kasih .
H25

similar documents