Bab 1 Konsep Peradaban Islam

Report
Bab Pertama
Disediakan oleh:
[email protected] b Jaafar
Abdullah Khalid
CITU UiTM Sabah
razizi.uitm.edu.my
Bab Satu
1.1 Definisi Peradaban
1.2 Ciri dan matlamat
1.3 Asas dan sumber
razizi.uitm.edu.my
1.1
Definisi Peradaban
 Bahasa : Adab (Arab): Budi pekerti, kesusilaan; (2)
Kesusasteraan, sesuatu yang berkaitan dengan
kebudayaan .
 Istilah : sesuatu yang berkaitan dengan pencapaian
ketamadunan yang berasaskan kemajuan budi,
kerohanian dan agama
* Peradaban adalah amat berkait dengan tamadun. “Satu
keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang luhur bagi seluruh masyarakat.” – Syed Naquib
al-Attas
razizi.uitm.edu.my
 Peradaban
(Civilization) antara istilah yang
digunakan oleh sarjana untuk menggambarkan
pencapaian sesuatu tamadun secara menyeluruh.
 Istilah lain yang digunakan adalah : ‘Umran dan
Hadarah yang dimulakan oleh Ibnu Khaldun dalam
al-Muqaddimah (Kitabul-’Ibar wa Diwanul-Mu’tabar fi
Ayyamil-’Arab wal ‘Ajam wal Barbar)
razizi.uitm.edu.my
 Begitu juga istilah seperti Madaniyyah (M.Farid
Wajdi dalam al-Madaniyyah wal Islam 1899) dan
Sheikh Muhamad Abduh dalam al-Islam wan
Nasraniyyah Ma’al Ilmi wal Madaniyyah 1901).
 Juga istilah Tamadun (Tamaddun – Arab) yang
dipopularkan oleh Jurji Zaidan dalam TarikhutTamaddunil-Islami)
razizi.uitm.edu.my
 Peradaban (Melayu) diambil dari perkataan Arab
(Adab – yang merujuk kepada ketinggian budi pekerti
dan kehalusan kesusasteraan).
razizi.uitm.edu.my
Definisi Peradaban Islam
 Tahap
pencapaian ketamadunan yang meliputi
seluruh aspek kehidupan manusia dengan berpaksi
kepada ajaran Islam.
 Pencapaian
ketamadunan
yang
merangkumi
pembangunan kebendaan, pemikiran dan falsafah
serta pembangunan kerohanian.
*Semakin tinggi ketamadunan suatu bangsa semakin
tinggi nilai kerohanian dan spiritual mereka
(termasuk pengamalan keagamaan)
razizi.uitm.edu.my
Komponen Islam
akidah
syariah
akhlak
razizi.uitm.edu.my
1.2
Ciri-ciri Peradaban Islam
 Rabbani
 Berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan.
 Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia
adalah telah ditetapkan oleh Allah SWT
 Keseimbangan
 Kesimbangan antara kerohanian dan kebendaan serta
antara kepentingan individu dan masyarakat.
razizi.uitm.edu.my
 Universal
 Tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan
tempoh tertentu.
 Milik seluruh manusia yang berpegang kepada din alIslam.
 Ideal dan Realistik
 Meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang
paling tinggi dan yang dapat dicapai.
razizi.uitm.edu.my
 Syumul
 Ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan, agama
yang diturunkan untuk seluruh manusia dan
merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat
 Tetap dan anjal
 Tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat
pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan
teknik pelaksanaannya.
razizi.uitm.edu.my
 Keperibadian
Rasululah
dan
sunnah
beliau
menunjukkan ajaran yang dipacu oleh baginda adalah
komprehensif
 Kata-kata Michael Hart,1978: “My choice of Muhammad
to lead the list of the worlds most influential persons
may surprise some readers and may be questioned by
others, but he was the only man in history who was
supremely successful on both the secular and religious
level”
razizi.uitm.edu.my
Matlamat Peradaban Islam
 Menjaga
hubungan manusia dengan
Allah Pengabdian diri kepada Allah SWT semata-mata
dengan melakukan suruhan dan meninggalkan
laranganNya.
 Menjaga hubungan baik sesama manusia - Peraturan
dalam membina hubungan tersebut dengan
menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat
tercela
razizi.uitm.edu.my
 Menjaga hubungan antara makhluk dan
Meliputi hubungan haiwan,
cakerawala dan alam seluruhnya
razizi.uitm.edu.my
alam tumbuh-tumbuhan,
Peradaban Islam diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Ia banyak
memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat manusia
dan dunia pada hari ini.
Berbeza dari Peradaban Barat, Peradaban Islam tertegak di
atas asas-asas yang kukuh dan kuat.Asas-asas itu diantaranya
ialah akidah, syariah, akhlak dan ilmu.
razizi.uitm.edu.my
Asas 1: Akidah
• Pengertian Akidah
– Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan
atau simpulan.
– Ikatan dari segi istilah merujuk kepada
kepercayaan-kepercayaan dalam agama dan
fahaman-fahaman yang diperjuangkan oleh
seseorang.
razizi.uitm.edu.my
Pengertian Akidah Islam
 Akidah
islam ialah iman yang kuat dan
mendalam terhadap Allah S.W.T, Malaikat,
Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Akhirat, Qadha’
dan Qadar.
 Maksud iman ialah membenarkan dalam
hati,mengucap dengan lidah dan beramal
dengan anggota badan
razizi.uitm.edu.my
Asas ke-2: Syariah
 Pengertian Syariah
 syariah dari segi bahasa bererti sumber air ( air mata air ) dan jalan yang
lurus,( jalan yang benar ).
 Syariah dari segi istilah bermaksud peraturan dan hukum-hukum yang di
turunkan Allah ke atas umat manusia yang meliputi hubungan manusia
dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia yang terkandung di
dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w
 Maksud firman Allah s.w.t “kemudian kami jadikan engkau ( Muhammad )
menjalani syari’ah ( hukum ) dalam setiap urusan ; maka turutilah
ketentuan itu, dan janganlah engkau turuti keinginan orang-orang yang
tidak tahu ‘’ ( Al-Jathiyah 18 ).
razizi.uitm.edu.my
Tujuan/objektif hukum syarak ( maqasid syariah )
5 tujuan besar hukum syarak iaitu: Melindungi akidah- syariat Islam sangat tegas dalam
mempertahankan akidah- mati syahid bagi yang mati
berperang mempertahankan agama
 Melindungi Nyawa- Allah mewajibkan manusia menjaga
nyawanya dan melarang melakukan kecederaan ke atas diri
sendiri atau mana-mana pihak
razizi.uitm.edu.my
Sambungan
 Melindungi akal - Allah menuntut manusia menjaga akal
supaya tidak rosak dan dipesongkan dari kebenaran. Maka
Islam mengharamkan meminum arak, mempercayai
perkara khurafat dan mewajibkan menuntut ilmu.
 Melindungi keturunan – dengan mewujudkan sistem
keluarga dan mengharamkan zina.
 Melindungi harta - Islam menggalakkan manusia supaya
mereka mencari harta secara halal dan melarang mereka
mengumpul harta secara haram seperti mencuri dan
menipu.
razizi.uitm.edu.my
Asas ke-3: Akhlak
Pengertian Akhlak
 Pengertian akhlak merupakan kata ganda dari perkataan alkhuluq.
 Pengertian akhlak dari segi istilah. Menurut imam AlGhazali , akhlak hati yang terpendam di dasar hati
menyerlah dalam bentuk perbuatan dan tindakan secara
spontan.
razizi.uitm.edu.my
Pensyariatan akhlak
 Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud “ sesungguhnya telah di
utuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ” (
Riwayat Ahmad dan Baihaqi )
 Firman Allah yang bermaksud “ sesungguhnya
beruntunglah orang yang membersihkannya ( jiwa dan hati
)’’ ( Asy- Syams 9 )
Akhlak juga adalah komponen penting dalam memacu
pembangunan dan kesejahteraan negara. Sesungguhnya
akhlak juga la yang menentukan bangun dan runtuh
sesuatu bangsa seperti kata penyair Arab, Ahmad Syauqi
Bey yang bermaksud “ kekalnya suatu bangsa selama
akhlaknya kekal jika akhlaknya sudah lenyap musnah pula
bangsa itu”.
razizi.uitm.edu.my
Asas ke-4: Ilmu
Islam mengutamakan ilmu
 Islam adalah agama yang mengutamakan ilmu pengetahuan.
 Ajaran al Quran menghormati akal manusia,ia menyuruh menuntut
ilmu mendorong akal manusia merenung dan berfikir tentang
kejadian alam. Ini adalah dasar yang sangat penting bagi terbinanya
peradaban dan kebudayaan Islam.
 Wahyu pertama yang diturunkan adalah berkenaan dengan ilmu iaitu
surah al ‘Alaq ayat 1-5.
razizi.uitm.edu.my
Kewajipan menuntut ilmu
 Maksud firman Allah s.w.t “ sesungguhnya yang takut pada
Allah ialah ulamak” ( Surah al-Fatir 28 )
 Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: menuntut ilmu itu
wajib ke atas muslim laki- laki dan perempuan ( Riwayat
Bukhari dan Muslim )
 Sabda Rasulullah juga bermaksud “ barangsiapa yang
berpergian untuk mendapat ilmu pengetahuan di
mudahkan Allah jalan ke syurga” ( Riwayat muslim )
razizi.uitm.edu.my
Sambungan
 Justeru dorongan tuntutan perintah daripada Al-Quran
membawa umat islam berlumba-lumba menuntut dan
mencari ilmu pengetahuan dari segenap penjuru dunia dan
di tapisi dengan Al-Quran lahirlah pelbagai ilmu
pengetahuan duniawi dan ukhrawi serta lahir juga tokohtokoh cendiakawan muslim yang terbilang tersohor nama
mereka sehingga kini.
razizi.uitm.edu.my
SUMBER PERADABAN ISLAM
 Peradaban islam itu lahir dan tertegak dari beberapa
sumber iaitu: Al Quran,As-sunnah,Ijtihad dan peradabanperadaban lain.
 Al Quran Pengertian Al-Quran dari segi istilah ialah
kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
melalui perantaraan malaikat Jibrail di dalam bahasa Arab
dan diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya
dianggap sebagai ibadah.
razizi.uitm.edu.my
As-Sunnah
 As-Sunnnah dari segi bahasa bererti jalan dan adat resam sementara
hadith bermaksud kata-kata atau percakapan.
 Pengertian Assunnah dan Al Hadith dari segi ishtilah ialah apa-apa
yang merupakan perkataan-perkataan,perbuatan-perbuatan dan taqrir
(pengakuan) Rasulullah s.a.w
Jenis-Jenis As-Sunnah
Berdasarkan pengertian di atas Assunnah dapat dibahagikan kepada
tiga bahagian:
I. Sunnah Qauliyah iaitu apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w
II. Sunnah Fi’liyah ialah apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
III.Sunnah Taqririyah iaitu apa yang diperakui oleh Rasulullah s.a.w
razizi.uitm.edu.my
Ijtihad
 Al-Ijtihad: Ijtihad (bahasa Arab ‫ )اجتهاد‬ialah suatu proses
penyelidikan yang serius yang dilakukan secara
bersungguh-sungguh oleh sarjana islam (digelar mujtahid)
untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali.
 Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang
tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran ataual-Sunnah,
sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang
terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil
yang digunakan itu sendiri.
razizi.uitm.edu.my
Sambungan
 Ijthad adalah ruang yang diberi oleh syarak kepada umat islam untuk
menyelesaikan masaalah yang dihadapi mereka dalam melaksanakan
ibadah kepada Allah s.w.t bilamana mereka tidak mendapati hukum
dalam al Quran dan Assunnah maka mereka boleh ber ijtihad untuk
menylesaikan masaalah yang di hadapi pada masa itu.
 Dalam menghadapi perkembangan dan kemajuan dalam pelbagai
bidang dalam masyarakat,ijtihad memaiankan peranan yang penting
terutamasekali untuk menghadapi kemajuan sains dan teknologi.
 Keharusan ijtihad membawa kepada hukum syarak sentiasa
berkembang tidak rigid dan statik,dapat menanganni masaalahmasalah baru dan semasa sesuai dengan perkembangan ilmu
pengetahuan.
razizi.uitm.edu.my
Tamadun-Tamadun Asing
 Islam bersifat terbuka terhadap perkembangan ilmu pengetahuan,justeru
islam menggalakan umatnya menimba ilmu dari al Quran dan Assunnah dan
dari mana-mana peradaban yang boleh menzahirkan kebenaran dan memberi
faedah kepada manusia serta mengimarahkan bumi. Berikut adalah antara
usha kearah tersebut:
 Al Makmun(813-833 M) telah mendirikan perpustakaan Baitul Hikmah yang
sangat besar dengan mendatangkan kitab-kitab ke Baghdad sebanyak beban
seratus unta terdiri dari kitab-kitab Yunani,Suryani,Parsi,Hindi,Qibti dan lainlain.
 Al makmun terkenal sebagai seorang pencinta ilmu terbukti dalam satu
peristiwa perdamaian dengan kerajaan Rom bahawa diberi kepadanya satu
gudang buku Kostantinopel juga kerana pesatnya ilmu pengetahuan pada
masa itu.
 Baghdad pada masa itu menjadi pusat pendidikan dan perkembangan ilmu
dan kesenian.Selain perpustakaan ,universiti,observatari dan dewan-dewan
penterjemahan.Di Baitul Hikmah disediakan tempat khas untuk kerja
menyalin,menterjemah,belajar,mengarang dan membaca masing-masing
mempunyai tempat yang disedia khas.
razizi.uitm.edu.my
Sambungan
 Sastera-sastera kuno dipelajari oleh penduduk-penduduk bandar dengan
ghairah. Banyak kitab-kitab lama yang mashhur dari Rom dan Yunani
diterjemahkan kepada bahasa arab seperti kitab-kitab karangan
Phythagoras(570-500SM),Socrates,
Anaximandros,
Aristotles(364SM),
Archimedes,Anaxagoras,Antynus dan lain-lain.
 Hunayn terkenal sebagai penterjemah yang cermat dan cekap,Beliau
menterjemah buku Galen, Demethodo Medendi ke bahasa Arab.
 Tokoh-tokoh penterjemah yang lain seperti Qusta bin Luqa,Abu Uthman ad
Dimashqi,Thabit bin Qurrah dan lain-lain.
 Ini adalah sebahagian kecil yang menunjukan berlakunya pemanfaatan dan
penjernihan ilmu yang dilakukan oleh umat islam kepada karya-karya
sastera,falsafah dan sains dari segenap pelusuk dunia.
razizi.uitm.edu.my
Buku buku rujukan
• “Al Quran dan terjemahnya”(1990).Department Agama, Repablik Indonesia.
• Abdul Karim Al-Aql, Dr ( t.t ) “Mabahith Fi Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah”,
Saudi Arabia Dar Al-Watan
•
•
•
•
•
•
•
•
Abdullah Bin Muhammad “ Ilmu terus dari Allah ” Pustaka Aman Press,1983
A. Hanafie M.A “ Usul Fiqh ” Terj. Khudhary Bey, Klang Book Centre,1988
Ahmad Fahmi Zamzam “ Empat puluh hadis kelebihan ilmu dan ulamak” Khazanah
Al Banjariah, Kedah,2008
Al- Ghazali “ Cacat celah budi pekerti” terj .Muhammad Ali & H Abdullah Ma, Darul
Fikri, Kl, 1987
Dr Haji Abdullah Siddik L.L.D “ Islam dan Ilmu Pengetahuan”, DBP,KL ,1980
Dr Harun Din “ Manusia dan Islam” DBP,KL 2000
Drs Masjfuk Zuhdi “ Pengantar Ulumul Quran” , Pt Bina Ilmu, Surabaya ,1980
H. Hart, Michael “The 100: A ranking of the most influential persons in history”.
Kensington Publishing Corp,New York, 1978
razizi.uitm.edu.my
sambungan
• Dr Mohammad Naim Yasin “ Al- Iman( Rukunnya, hakikatnya,
pembatalannya )” bahagian 2, terj Abdul Rahman Abdullah Pustaka
Darussalam ,1991
• Drs Nasruddin Razak “ Dienul Islam “ PT Alma’Arif, Bandung, 1977
• Hairudin Harun “ Daripada sains yunani kepada sains Islam” Penerbit
•



Universiti Malaya Kl, 1992
Hamka “Ilmu dan amal shaleh” Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur ,1983
Prof Dr Ahmad Shabby “ Masyarakat Islam” Pustaka Nasional PTE LTD,
Singapura, terj. Prof. Mukhtar Jahya ,1984
Wan Fuad Wan Hassan “ Ringkasan sejarah sains” DBP , KL, 1990
Wan Mohd Nor Wan Daud “ Penjelasan Budaya Ilmu” DBP, KL, 1991
razizi.uitm.edu.my

similar documents