sekolah Orang Asli

Report
PENGURUSAN SEKOLAH TERINTANG
2012
Pentadbiran Sekolah Murid Orang Asli Ke Arah
Mencapai Matlamatnya: Satu Tinjauan
Oleh :
Norwaliza Abdul Wahab
Zarina Md Yasin
Abdul Razaq Ahmad
Zahara Aziz
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENGENALAN
 Seiring dengan kemajuan pesat negara mengejar Wawasan
2020, kesedaran tentang pentingnya ilmu pendidikan semakin
meningkat terutamanya di kalangan generasi masa kini.
Justeru masyarakat telah meletakkan institusi pendidikan
sebagai institusi formal yang bertanggung jawab dalam
memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
 Sehubungan itu bagi mencapai tahap kecemerlangan di
sesebuah sekolah, pentadbir sekolah dikenalpasti
berperanan dalam memastikan kejayaan organisasi tersebut.
Menurut Hussien Mahmood (1993), usaha untuk mengejar
dan mencapai kecemerlangan pendidikan terletak dalam
tangan pentadbir sekolah.
Sambungan…
 Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan pentadbiran
seperti Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan
bahawa kepemimpinan pentadbir sekolah sangat penting dalam
memastikan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan pengurusan
sesebuah organisasi khususnya sekolah.
 Sekolah kebangsaan dan sekolah Orang Asli telah mengalami pelbagai
perubahan dari segi kurikulum, kaedah pengajaran dan pedagogi, dan
kegiatan ko-kurikulum dalam usaha menyahut harapan masyarakat dan
negara yang semakin mencabar.
 Semua ini menyebabkan pentadbir sekolah terutamanya yang
bertugas di sekolah Orang Asli menghadapi cabaran yang lebih besar
serta perlu peka, kreatif, dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah
pengurusan harian mereka kerana persekitaran dan budaya yang berbeza
berbanding dengan persekitaran masyarakat lain.
Sambungan…
 Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang
keberkesanan sekolah menunjukkan bahawa penentu paling
utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepemimpinan
pentadbir dalam bidang pengajaran iaitu kepemimpinan
pengajaran (Hussein Mahmood, 1993).
 Peranan kepemimpinan pengajaran ini berkait rapat dengan
usaha memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Perlunya pelaksanaan inovasi program pendidikan
yang bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi para pelajar
terutamanya murid Orang Asli yang sememangnya
ketinggalan dari segi pendidikan.
SAMBUNGAN….
 Di negara kita, Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-
sekolah, telah melaporkan bahawa para pentadbir sekolah
bertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar di sekolah mereka.
Menurut Jawatankuasa tersebut, pentadbir sekolah perlulah cekap;
 ... dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di
sekolah-sekolah, mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang
berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi
program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah,dan perlu
menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru
dan pelajar, dan jangan hanya bekeja semata-mata sebagai pentabdbir
yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982:6)
SAMBUNGAN…
 Sebagai pemimpin atau pengurus sekolah terutama di
sekolah Orang Asli, pentadbir sekolah diharap dapat
memainkan peranan termasuk memberi galakan dalam
menyebarkan maklumat, mengadakan aktiviti pembangunan
staf dan membina perhubungan baik antara sekolah dengan
masyarakat sekitar serta membina suasana sekolah yang ceria
yang dapat menerima, memupuk dan menyokong perubahan
dari luar (Ibrahim, 1988). Peranan pentadbir sekolah dilihat
sebagai penentu kejayaan dan kegagalan dalam pelaksanaan
program pendidikan di sekolah khususnya.
Permasalahan Kajian
 Terdapat 26,268 murid Orang Asli di sekolah rendah dan
12,147 orang pelajar Orang Asli di peringkat sekolah
menengah di seluruh negara (JKOA 2012).
 Di Pahang pula terdapat seramai 9,492 orang murid di
sekolah tetapi hanya 4,123 orang murid saja yang berjaya
meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menengah.
Keciciran berlaku sebanyak 61.4 peratus.
 Jika 100 orang murid Orang Asli yang memasuki tahun satu,
hanya 6 murid sahaja yang akan menamatkan pengajian
sehingga tingkatan lima. 94 peratus daripada murid ini tidak
dapat dikesan sama ada menamatkan pengajian atau tidak
(Nicholas 2007).
Permasalahan Kajian
 Kajian yang dijalankan oleh JAKOA mendapati kurangnya
penglibatan murid Orang Asli sama ada di peringkat sekolah
menengah dan juga di pusat pengajian tinggi berpunca dari
persekolahan di peringkat rendah (Nicholas 2006).
 Terdapat indikasi yang menunjukkan keciciran yang ketara pada
peringkat tahun 4 dan 5 (Crooks, Hamilton & Caygill 2000; Wylie,
Thompson & Lythe 1999) iaitu di peringkat sekolah rendah.
 Situasi ini disebabkan oleh persekitaran sekolah, masyarakat,
keluarga dan guru termasuk pentadbir sekolah yang kurang
mendorong ke arah kecemerlangan pendidikan murid Orang Asli
dan seterusnya mendorong keciciran di peringkat sekolah rendah
dan menengah ( Hassan ,1997).
Permasalan Kajian
 Antara faktor-faktor yang menyebabkan keciciran ini ialah
kemudahan untuk pendidikan seperti kemudahan
infrastruktur, peralatan komputer, internet dan latihan guru yang
khusus dalam meningkatkan tahap pendidikan murid Orang Asli
masih lagi terhad (Hasan , 1997) dan
 kualiti pengajaran dan pedagogi guru yang merupakan
pengaruh yang sangat signifikan terhadap pencapaian murid
(Bosker & Witziers 1995; Cuttance 1998) masih berada di tahap
yang sama.
 Kajian yang dikemukakan oleh Alangui (1997) dan Branchov
(1994), mendapati bahawa kurikulum dan pedagogi yang
kurang sesuai dengan budaya masyarakat Orang Asli juga
merupakan faktor penting menyebabkan murid Orang Asli tidak
berminat untuk mengikuti proses pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Permasalahan Kajian
 Menurut Mohd Kamal & Abdul Rahman (2007)
kurangnya
inovasi dan pengetahuan guru tentang budaya
masyarakat Orang Asli menyebabkan interaksi kurang berlaku
dan wujud ketidakselesaan di antara guru dan murid.
 Kesukaran untuk berinteraksi kerana penguasaan bahasa Melayu
yang lemah menyebabkan murid Orang Asli tidak memahami
pengajaran yang disampaikan oleh guru dan ianya mendorong
kepada kesilapan dalam penerimaan pembelajaran.
 Abdullah Hassan (1969) menjelaskan mengajar bahasa kedua
kepada murid bukan penutur jati memerlukan perhatian yang
teliti, dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak
terlalu formal.
Kajian Luar Negara
 Banyak kajian mengenai pembangunan pendidikan untuk
masyarakat Orang Asli di Amerika Syarikat, Australia, Canada
dan New Zealand menunjukkan bahawa model-model
pendidikan untuk murid Orang Asli memberi fokus kepada
pendidikan murid Orang Asli dengan memberi penekanan
kepada peranan murid, guru, pentadbir sekolah, ibu
bapa dan komuniti (Okagaki 2001; Bishop & O’ Sullivans
2005 ) dalam meningkatkan pencapaian pendidikan murid
selain dari peranan institusi sekolah dan bilik darjah.
Sambungan…
 Berdasarkan isu dan permasalahan yang dinyatakan di atas jelaslah
perlunya satu kajian dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan
input terkini yang berkaitan dengan peranan pentadbir sekolah
berdasarkan aspek-aspek yang mendorong dan mengekang ke arah
meningkatkan pencapaian pendidikan murid Orang Asli.
 Pengkaji memfokuskan kepada aspek-aspek yang terdapat dalam
model GIPLSEO (2010) sebagai satu garis panduan bagi
membantu meningkatkan pemahaman mengenai keperluan yang
diperlukan oleh murid Orang Asli dalam meningkatkan pencapaian
di peringkat sekolah rendah dan seterusnya mencadangkan satu
modul alternatif pendidikan yang sesuai dengan latar belakang
budaya dan kehendak murid Orang Asli di negara ini.
Tujuan & Objektif Kajian
 Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang
terperinci mengenai perspektif
pentadbir sekolah
rendah Orang Asli tentang pendidikan.
 Secara khususnya objektif kajian adalah untuk mengenal pasti
perspektif pentadbir sekolah Orang Asli terhadap tujuh aspek
yang terdapat dalam model GPILSEO iaitu aspek
matlamat,
pedagogi,
institusi,
kepimpinan,
penyebaran, bukti dan pemilikan.
 Hasil dapatan kajian ini akan dianalisis bagi memastikan
kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan yang sedia dan
seterusnya mencadangkan satu modul pendidikan murid
Orang Asli yang baru.
Kerangka Konseptual Kajian yang diadaptasi dari
Model GPILSEO (Bishop & O’ Sullivan, 2005).
Model GPILSEO
 Kerangka konseptual kajian ini dibina berdasarkan tujuh aspek utama iaitu
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Matlamat (Goals),
Pedagogi (Pedagogy),
Institusi (Institution),
Kepimpinan (Leadership),
Penyebaran (Spread),
Bukti (Evidence) dan
Pemilikan (Ownership)
 Ketujuh-tujuh aspek yang dibincangkan dalam kajian ini dilaksana bagi
memastikan kejayaan, kemampanan dan berskala dalam pembaharuan
pendidikan masyarakat Orang Asli (Bishop & O’ Sullivan 2005). Walau
bagaimanapun ketujuh-tujuh aspek tersebut telah diubahsuai dan diadaptasi
mengikut keperluan kajian bagi masyarakat Orang Asli di negara ini.
Model GPILSEO
 Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan satu model yang
diasaskan oleh Coburn (2003) dan dikembangkan oleh Bishop dan
O’Sullivan (2005) dalam mengkaji pencapaian pendidikan Orang
Asli Maori di New Zealand.
 Kekuatan utama yang terdapat dalam model GPILSEO adalah
kerana ia merupakan satu model pendidikan khas untuk
murid Orang Asli yang komprehensif dan telah pun
membuktikan kejayaannya dalam meningkatkan pencapaian
masyarakat Orang Asli Maori di New Zealand sehingga mereka
menjadi satu masyarakat yang dapat melibatkan diri secara aktif
terutamanya dari segi sumber, bahasa, budaya dan ekonomi
melalui program pendidikan yang dijalankan sejak tahun 2001
(Bishop & Glynn 1999;Walker 1990
Model GPILSEO
 melalui program Te Kotahitanga yang matlamatnya untuk
memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pendidikan
murid Orang Asli Maori.
 Projek ini telah berkembang ke 33 buah sekolah dan kesannya
telah dilihat dengan baik sekali terutama perubahan dalam
penglibatan murid dalam pembelajaran dan pencapaian dalam
akademik tanpa menghilangkan identiti asli mereka.
 Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh New Zealand Ministry of
Education dan ianya berdasarkan kepada pendekatan secara
teoritikal bagi aspek kajian kepada pencapaian pendidikan
(Bishop, Berryman, Cavanagh, & Teddy 2007; Bishop,
Berryman,Tiakiwai & Richardson 2003).
Metodologi
 Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih pentadbir sekolah yang
terdiri daripada tiga orang Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
sekolah yang sedang mengajar sekolah murid Orang Asli.
 Pemilihan peserta kajian dilakukan secara rawak bertujuan iaitu
teknik pengambilan peserta dengan mengambil kira pertimbangan
tertentu.
 Pertimbangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah peserta
kajian yang dipilih dapat dapat memberikan data sepenuhnya
tentang kajian ini. Penentuan kriteria peserta dilakukan oleh
pengkaji dan juga mengambil kira pandangan pihak sekolah di
mana pemilihan peserta kajian bagi kajian kualitatif adalah
berdasarkan dengan kesesuaian tajuk yang dikaji (Flick 1998).
Lokasi kajian
 Lokasi kajian ini melibatkan tiga buah sekolah rendah Orang
Asli yang terletak di sekitar negeri Pahang (Kuantan, Kuala
Krau dan Muadzam ).
Instrumen
 Kajian ini menggunakan satu set soalan temu bual, iaitu
panduan temu bual pentadbir sekolah.
 Soalan protokol temu bual kajian ini telah dibina dalam
bentuk soalan terbuka iaitu peserta temu bual bebas
menyatakan pandangan mereka. Bagaimanapun, penemu bual
perlu memandu perbincangan supaya tidak lari dari soalansoalan yang dikemukakan.
Prosedur Penganalisisan data
 Semua temubual dirakamkan dan ditranskripkan secara verbatim dan
dikembalikan semula kepada peserta kajian untuk semakan dan
pengesahan.
 Semua data dianalisis dan disahkan melalui proses member checking oleh
peserta kajian . Proses yang sama terus dijalankan sehingga sampai pada
tahap ketepuan data.
 Kebolehpercayaan terhadap data-data yang dipungut daripada temu bual
dibuat melalui rujuk silang secara sistematik terhadap maklumat yang
yang disediakan oleh peserta kajian pada barisan yang sama.
Kebolehpercayaan dicapai apabila maklumat yang sama diulang beberapa
kali dalam satu barisan oleh peserta kajian.
 Proses ini dilakukan ketika proses pengkodan data melalui transkripsi
temu bual. Langkah selanjutnya adalah mencari tema-tema yang penting
tentang elemen-elemen pedagogi dan pemahaman guru terhadap
pendidikan murid Orang Asli yang terlibat dalam kajian ini.
Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan matlamat (Goal)
a.
Sasaran pencapaian
Dua daripada tiga orang pentadbir sekolah Orang Asli yang
menjadi responden tidak meletakkan sasaran pencapaian
akademik yang tinggi bagi sekolah mereka. Mereka
bersependapat yang sasaran pencapaian sekolah hanyalah bagi
membolehkan murid menguasai 3M sebelum meninggalkan
bangku sekolah rendah.
b.
Seorang pentadbir mensasarkan matlamat jangka panjang dan
jangka pendek.
- Mencapai lonjakan saujana pada tahun 2015
- 11 orang dapat 5A pada tahun 2012 dengan peratus lulus
76%.
Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan pedagogi
a. Kaedah pengajaran secara galakan
 Dapatan temu bual menunjukkan responden berpandangan bahawa
murid Orang Asli memerlukan bentuk pengajaran yang ceria,
menarik dan bersifat memberi galakan supaya murid lebih
berminat untuk mengikuti pelajaran dan tidak mudah bosan.

“...dengan murid murid ni, kalau kita marah mereka tak datang
sekolah...kena selalu beri dorongan dan tunjukkan kita faham mereka”
(GB2)
 “ kena tunjukkan mereka sesuatu tu dengan pengalaman sedia ada
mereka..sesuatu yang mereka alami sendiri” (PK1)
 ‘Saya dah lama kat sini, dah faham sangat dengan perangai mereka.
Selalu saya nasihatkan semua guru kat sini supaya mengajar guna cara
yang boleh ceriakan mereka. Mereka cepat bosan...” (GB1)
Pedagogi….
b.



Bahasa dan budaya
Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua serta
penggunaan bahan sekeliling sebagai alat bantu mengajar.
“..murid tahap satu ada masalah dengan bahasa Melayu sebab di
rumah mereka bertutur dalam bahasa mereka sendiri..bahasa
Jahut tapi bila dah masuk tahap dua dah takde masalah” (GPK1)
“..kalau nak ajar mengira kita kena guna benda-benda yang ada
di sekeliling mereka..macam batu dan kayu..baru senang
faham”(GB1)
“..kalau cakap KFC dia tak tahu..jadi kita bawak pegi KFC, dah
tunjuk, dah makan..baru dia tahu apa tu KFC”(GB2)
Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan institusi
Kemudahan yang ada di sekolah
 Ketiga-tiga pentadbir sekolah mengatakan bahawa kemudahan
yang diberikan mencukupi namun kemudahan yang sangat
diperlukan oleh murid di sekolah adalah :1. Pengangkutan
2. Asrama (kesediaan murid)
3. Makmal komputer yang berfungsi
a.
Perspektif pentadbir sekolah tentang kepimpinan
a. Pemantauan berkala pentadbir sekolah
 Ketiga-tiga responden mengatakan yang pemantauan terhadap pnp
dilakukan secara berkala oleh pentadbir sekolah. Bagaimanapun
kekerapan adalah bergantung kepada keperluan kerana mengikut
responden yang lebih mustahak adalah bagi memantau kehadiran
pelajar ke sekolah.
 “ ..kita bergerak 4 orang. Dari segi jadual kita akan masuk pada masamasa tertentu..begitu juga dengan KP” (PK1)
 “Saya dan pihak sekolah lebih pentingkan pemantauan dari segi
kehadiran pelajar ke sekolah. Kat sini berbeza dari sekolah di luar.
Asalkan kehadiran murid bagus , kita dah rasa berjaya sebab mereka boleh
belajar” (GB2).
 “Kat sini kami lebih utamakan kehadiran murid. Ada masanya cikgu kena
pergi ke rumah murid. Itu yang selalu kami pantau” (GB1)
Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan penyebaran
a.




Aktiviti yang dijalankan kepada murid, guru dan masyarakat
setempat
Pelbagai aktiviti dijalankan kepada murid Orang Asli dalam memajukan
pendidikan mereka.
Kelas tambahan , program skor A, mentor mentee - juga ada
dilaksanakan bagi membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka
dalam semua mata pelajaran.
Program lawatan sambil belajar - mereka turut didedahkan dengan
kemajuan yang berlaku dalam Malaysia dengan membawa mereka melawat ke
Kuala Lumpur, Kuantan, dan Pulau Tioman. Ini secara tidak langsung dapat
membuka minda murid Orang Asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam
atus pemodenan dan berani menghadapi suasana yang baru.
Program Lesson Study – utk subjek kritikal spt Matematik dan bahasa
Inggeris
Bagi memupuk budaya membaca, sekolah menganjurkan program membaca
pada waktu pagi.
Penyebaran…
b. Bantuan yang diterima.
Murid Orang Asli banyak menerima bantuan pendidikan
daripada JAKOA berupa wang saku, buku percuma dan
pakaian seragam sekolah. Dianggarkan bahawa bagi seorang
murid, kerajaan memperuntukkan RM 150 dan RM 700
setahun bagi sebuah keluarga.
Selain daripada itu, masyarakat Orang Asli juga menerima
bantuan daripada pihak bank, FELDA dan FELCRA. Bagi
memupuk minat membaca, suratkhabar New Straits Times
juga ada memberikan surat khabar setiap minggu untuk
bacaan murid Orang Asli.
Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan bukti
A. Penilaian pencapaian murid
 Dari segi penilaian pencapaian dalam pendidikan, ujian
dijalankan dalam 4 kali setahun. Melalui ujian yang
dijalankan prestasi murid akan dinilai dari masa ke masa.
 Murid Tahun 1 dan 2 menggunakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS).
 Keputusan UPSR
“.. P1 disediakan oleh pihak sekolah, P2 Majlis GB, P3 balik ke
sekolah semula dan P4 pihak jabatan akan sediakan soalan” (GB1).
“ Dari segi cemerlang, seorang dapat 5A dan 21 orang drpd 58 murid
iaitu 38.89% menguasai semua mata pelajaran” (GPK1)
Perspektif pentadbir sekolah berdasarkan pemilikan
a.




Sumbangan kepada sekolah
Semua responden yang ditemu bual memberi pandangan
bahawa guru-guru di sekolah memberikan komitmen yang
tinggi dalam mendidik murid-murid Orang Asli. Mereka
sanggup bekerja lebih masa untuk kejayaan murid-murid
Orang Asli. Malah guru sentiasa memberikan bantuan dan
dorongan kepada murid.
“Ada antara guru sekolah ni yang sanggup tidur kat sekolah bila
ada program, mereka ni sanggup berkorban masa dan tenaga” (GB1)
“ Tak ada masalah..semua guru komited” (GB2)
“Macam hari ni...cikgu Rosli tu...sanggup tak balik dari semalam
sebab program bersama murid dan ibu bapa ni” (PK1).
Limitasi Kajian
 Hanya mendapatkan perspektif pentadbir sekolah rendah
sahaja.
 Reka bentuk kajian kes menggunakan persampelan
bertujuan.
 Membataskan kepada 3 buah sekolah rendah di sekitar negeri
Pahang saja – tidak boleh digeneralisasikan
 Murid terdiri dari suku kaum Jahut, Semaq Beri dan Jakun.
Kesimpulan..
 Berdasarkan peranan dan perspektif pentadbir sekolah
seperti dibincangkan memberi petunjuk bahawa terdapat
beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan pencapaian dan
masalah pendidikan murid Orang Asli.
 Pandangan daripada pelbagai kumpulan responden
menunjukkan pendidikan murid Orang Asli mempunyai
potensi untuk mencapai kemajuan lebih baik.
 Pihak pentadbir sekolah mempunyai pandangan yang positif
berhubung pendidikan terutama dari segi matlamat.
Penutup
 Maklumat daripada pelbagai kategori responden dan pemerhatian




juga menunjukkan terdapat beberapa situasi yang boleh dibaiki
berkaitan dengan masalah dalam pendidikan yang dihadapi. Sebagai
contoh :elemen berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi (Abm,
bahasa dan budaya)
kesempurnaan dan kefungsian kemudahan yang disediakan,
kesediaan murid untuk tinggal di asrama
sokongan pelbagai pihak perlu berlaku atau disediakan dalam
bentuk yang lebih membantu murid terutamanya dari segi minat
untuk mengikuti pelajaran supaya tidak tercicir dan mendapat
keputusan peperiksaan yang lebih memuaskan.

similar documents