kasih_sayang_disemai_perpaduan_dituai

Report
Kasih sayang
yang murni
hanya lahir
daripada naluri
yang suci dengan
panduan syariat
Islam.
Lihatlah
bagaimana Allah
SWT mengajar
kita untuk
mengekalkan
kasih sayang
meskipun ketika
berlaku sengketa.
Kasih sayang
adalah fitrah
semulajadi
manusia.
Islam juga adalah
agama fitrah yang
sentiasa
memelihara kasih
sayang sesama
manusia bagi
menjamin bahagia.
Ayat ini menjelaskan
betapa kasih sayang perlu
dipelihara dan dipupuk
dalam apa jua suasana.
Persoalannya,
mengapa?
Tentu ada hikmah besar daripada
pedoman ini yang perlu kita fahami.
Lantaran kepentingan berkasih
sayang, mari kita lihat beberapa
faktor yang mendorong kita untuk
mengekalkannya
Pertama
Kasih sayang adalah
bukti iman dan jaminan
kejayaan di akhirat
Bermaksud
Sesungguhnya orangorang yang hidup
berkasih sayang akan
dilihat kamar-kamar
mereka di syurga
seperti bintangbintang yang indah
berseri yang terbit di
sebelah timur atau
barat. Maka baginda
ditanya; “Siapakah
mereka itu?” lantas
dijawab, “Mereka
itulah golongan
manusia yang hidup
berkasih sayang
kerana Allah Azza wa
Jalla
Kedua
Penyelamat dari
sifat-sifat buruk
yang merosakkan
masyarakat
Percayalah..
Kasih sayang akan melahirkan sikap
hormat menghormati, bertoleransi
dan bertolong bantu dalam
masyarakat.
Ia juga dapat memadamkan
dendam, hasad dengki, perasaan
benci, iri hati dan sebagainya.
Kasih sayang akan melahirkan
insan terbaik dalam sesebuah
kelompok masyarakat.
Ketiga
Membentuk kesatuan
dan perpaduan umat
Islam
Bayangkanlah..
Tanpa kasih sayang, hidup manusia
ibarat haiwan di hutan belantara.
Yang gagah dan berkuasa akan
mengganas dan menindas.
Manakala yang lemah dan kerdil
dilanyak dan diperas.
Sedangkan Islam menganjurkan cara hidup
bermasyarakat yang harmoni dan aman
sentosa, sentiasa berkasih sayang dan
prihatin terhadap insan di sekeliling,
bahkan hidup bagai bersaudara.
Subhanallah… indahnya perumpamaan
sebuah realiti kehidupan.
Bukankah pepatah melayu juga ada menyebut
‘Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga’?
Rasa bersama dan prihatin sebegini hanya akan
lahir daripada limpahan kasih sayang.
Waspadalah kita kerana tanpa kasih sayang, rasa persaudaraan akan pudar
dan tautan kejiranan pun akan longgar, akhirnya kekuatan umat islam pasti
luntur dan ini akan membuka ruang kepada musuh-musuh islam untuk
mengambil kesempatan. Justeru, amat benarlah ungkapan ‘kasih sayang
disemai, perpaduan dituai’ Sesungguhnya hanya dengan perpaduan barulah
kita dapat membina kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan.
Setelah menyedari
betapa besarnya
peranan kasih sayang
dalam hidup, maka
inilah masanya.. kita
perlu menyiapkan
usaha-usaha menyemai
kasih sayang agar
perpaduan yang
diimpikan menjadi
kenyataan.
Untuk itu, mari
kita jayakan
beberapa
langkah ke arah
merealisasikan
cita-cita murni ini

similar documents