BML3063

Report
BML 3063
Sintaksis Bahasa Melayu
KULIAH 5
AYAT TERBITAN
AYAT TERBITAN
Definisi
Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses
perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar.
Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu:
(i) penyusunan semula
(ii) peluasan
(iii) pengguguran
PROSES PENERBITAN AYAT
(i)
Penyusunan semula
Dalam proses penyusunan semula yang berlaku ialah:
(i)
Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur.
(ii)
Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang
baharu.
(iii)
Melibatkan perubahan atau pengguguran kata
tertentu, penggantian atau penambahan kata lain.
(iv)
Tidak merobah makna ayat.
PROSES PENERBITAN AYAT
(Penyusunan semula)
Penyusunan semula terbahagi kepada tiga (3) jenis, iaitu:
(a) Penyusunan semula FN sebagai subjek (proses
pasif)
(b) Penyusunan semula FN sebagai Objek (Ayat 2
objek)
(c) Penyusunan semula melalui ayat songsang
PROSES PENERBITAN AYAT
(Penyusunan semula)
(a) Penyusunan semula FN sebagai subjek (proses pasif)
1. Ali /menendang bola itu.
Bola itu / ditendang oleh Ali.
2. Anjing menggigit orang tua itu.
Orang tua itu / digigit oleh anjing.
3. Pekerja itu mengecat kereta.
Kereta dicat (oleh) pekerja itu.
4. Isterinya memandu lori.
Lori dipandu (oleh) isterinya.
PROSES PENERBITAN AYAT
(Penyusunan semula)
(b)
Penyusunan semula FN sebagai Objek (Ayat 2 objek)
Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mempunyai dua
objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.
1.
Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.
Ali menghadiahkan sebuah buku kepada
Ahmad.
2.
Guru mengajar murid-muridnya matematik.
Guru mengajar matematik kepada muridmuridnya.
3.
Ismail mengirimi anaknya durian.
Ismail mengirimkan durian kepada anaknya.
PROSES PENERBITAN AYAT
(Penyusunan semula)
(c)
Penyusunan semula melalui ayat songsang
Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan
sebagainya boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan.
1.
Orang tua itu / pergi ke sungai.
Ke sungai orang tua itu pergi.
2.
Mereka tiba di sini semalam.
Semalam mereka tiba di sini.
3.
Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.
Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke sekolah.
PROSES AYAT TERBITAN
(ii) Peluasan
Proses peluasan bermaksud menambah unsurunsur tertentu dalam ayat baru.
Terdapat empat (4) jenis peluasan, iaitu:
(a)
(b)
(c)
(d)
Perluasan FN sebagai subjek.
Perluasan Frasa Predikat.
Perluasan dengan kata hubung.
Perluasan melalui proses komplementasi.
PROSES PENERBITAN AYAT
(Peluasan)
Jenis peluasan
(a) Peluasan FN sebagai subjek (relatif)
Satu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif
kepada subjek ayat yang menerima pancangan.
Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang.
Contoh:
1. Budak itu / adik saya.
2. Budak itu / membaca buku.
Budak yang membaca buku itu adik saya
PROSES PENERBITAN AYAT
(Peluasan)
SYARAT RELATIVISASI
(i) Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi
tidak terjadi.
Contoh:
1.
(a) Bangunan itu besar.
(b) Orang itu mengait buah.
* Bangunan yang mengait buah itu besar.
PROSES PENERBITAN AYAT
(Peluasan)
(ii) Identiti FN sama dan berfungsi sebagai subjek.
Jika tidak relativisasi tidak terjadi.
Contoh:
2. (a) Mahasiswi membaling meja.
(b) Mahasiswa membaling mahasiswi.
* Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja.
PROSES PENERBITAN AYAT
(Peluasan)
Ayat (2) boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu
diubah dalam bentuk pasif.
Contoh:
(a) Mahasiswi membaling meja.
(b) Mahasiswa membaling mahasiswi.
(c) Mahasiswi dibaling (oleh) mahasiswa (pasif).
Mahasiswi yang dibaling (oleh) mahasiswa itu
membaling meja (relativisasi).
PROSES PENERBITAN AYAT
Peluasan
(b) Peluasan predikat (relatif)
Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN menjadi subjek dalam ayat
yang dipancangkan.
Contoh:
1. (a) Ali / mengusik budak itu.
(b) Budak itu / cantik.
Ali / mengusik budak yang cantik itu.
2. (a) Anaknya memanjat pokok itu.
(b) Pokok itu tinggi.
Anaknya memanjat pokok yang tinggi itu.
PROSES PENERBITAN AYAT
Peluasan
(c) Peluasan dengan kata hubung
Proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat
dengan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun
Contoh:
1. (a) Ali / berbasikal ke sekolah.
(b) Osman / berbasikal ke sekolah.
Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.
2. (a) Abang tidak bermain bola.
(b) Abang sakit perut.
Abang tidak bermain bola kerana sakit perut.
PROSES PENERBITAN AYAT
Peluasan
(d)
Peluasan melalui komplementasi
Proses yang mengubah ayat menjadi satu FN, dan
memancangkannya pada ayat yang lain.
Contoh:
1. (a) Dia / melaporkan sesuatu.
(b) Ali / sakit tenat.
Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
2.
(a) Wanita itu melaporkan sesuatu.
(b) Suaminya kahwin lagi.
Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin
lagi.
PROSES PENERBITAN AYAT
(iii) Pengguguran
Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan,
iaitu pembuangan butir linguistik daripada
untaian.
Jenis Penguguran:
(a) FN sebagai Subjek
(b) Frasa Predikat (FK, FN, FA, FSN)
(c) FN (Subj) yg mendahului Frasa Relatif
(d) KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
PROSES PENERBITAN AYAT
Pengguguran
(a) Pengguguran subjek
Contoh:
1. Awak keluar .
Keluar !
2. Awak semua pergi dari sini.
Pergi dari sini !
3. Anda boleh masuk sekarang.
Boleh masuk
sekarang.
4. Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
(subjek yang sama)
PROSES PENERBITAN AYAT
Pengguguran
(b) Pengguguran Frasa Predikat
1. (a) Adik Ali / belajar di England
(b) Sepupunya / belajar di England
Adik Ali dan sepupunya belajar di
England.
2. (a) Halimah pensyarah di UPM.
(b) Arbak pensyarah di UPM.
Halimah dan Arbak pensyarah di UPM
PROSES PENERBITAN AYAT
Pengguguran
(c) FN (Subj) yg mendahului Frasa Relatif
Contoh:
1.
Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
Yang memakai serban itu bapa saya.
2.
Perempuan yang menyiram pokok bunga itu kakak
saya.
Yang menyiram pokok bunga itu kakak saya
PROSES PENERBITAN AYAT
Pengguguran
(d) KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
Contoh:
Kegiatan bersenam boleh menyihatkan
badan.
Bersenam boleh menyihatkan badan.
TAMAT

similar documents