di SINI - Masjid AsySyarif Meru

Report
APA PASAL GADUH-GADUH..?
Toleransi Dalam Perbezaan Pendapat
1
Perbezaan Pendapat dan Umat Islam
• Wujud sejak zaman Rasulullah, para sahabat dan
imam-imam muktabar
• Bukan sahaja antara mazhab, tetapi juga di dalam
mazhab yang sama;
– Perbezaan pendapat di dalam Mazhab Hambali: 12
jilid buku iaitu al-Insaf Fi al-Rajih min al-Khilaf.
• Juga boleh terjadi pada imam yang sama; Imam
as-Syafie mengeluarkan fatwa yang berbeza
semasa di Baghdad dan semasa di Mesir.
2
Perbezaan Pendapat (Khilaf)
• Khilaf adalah perbezaan pendapat di kalangan fuqaha
mengenai suatu hukum di dalam agama.
• Khilaf hanya dalam isu cabang (furu’) selagi mana
pokoknya (ushul) berdiri atas yang disepakati.
• Khilaf berasaskan kaedah-kaedah ilmu yang benar
iaitu ilmu al-Tafsir, ilmu Takhrij Hadith, ilmu Ushul
al-Fiqh, dan sebagainya.
3
Punca perbezaan pendapat
• Tafsir Al – Qur’an
• Kedudukan hadis
• Para fuqaha mempunyai ushul tersendiri
• Ada hadis sampai kepada sebahagian fuqaha sahaja
– Al-Imam Malik pernah berkata kepada Abu Jaafar al-Mansur:
“Para sahabat Rasulullah bertebaran di beberapa buah
bandar dan setiap masyarakat ada ilmu mereka sendiri.
Sekiranya saya memaksa mereka berpegang dengan satu
pendapat sahaja, sudah pasti akan berlaku fitnah.”
4
Punca perbezaan pendapat
Perbezaan penilaian terhadap tahap suruhan
dan larangan:
– Menentukan bentuk suruhan tersebut adalah
wajib, sunat atau harus
– Menentukan bentuk larangan tersebut adalah
haram atau makruh.
5
Punca perbezaan pendapat
• Perbezaan dalam memahami maksud ayat
Quran atau Hadis
• Menentukan maksud ayat umum atau khusus
• Melihat secara zahir (tersurat) atau maqasid
(tujuan) suatu nas
6
Contoh
Seorang bapa berkata kepada dua orang anaknya:
“Pergi ke kedai Pak Abu dan
beli Nasi Lemak”.
Apabila tiba di kedai Pak Abu mereka
mendapati nasi
kedainya
lemak
tutup.
habisNamun
tetapi ada
di
kedairoti
jual
Pakcanai.
Ali ada
Namun
menjual
di kedai
nasi lemak.
Pak Ali ada
menjual nasi lemak.
Apa yang anda akan lakukan?
Terdapat beberapa pendapat:
• Terus balik rumah tanpa beli apa-apa
• Beli Nasi Lemak dari kedai Pak Ali
• Beli Nasi Lemak atau Roti Canai!!?
Adakah suruhan berikut:
‘Wajib’, ‘Sunat’ atau‘Harus’?
• “Nipiskan misai dan jagailah janggut” [Bukhari 7:72:780]
• "Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak mencelup rambut,
kerena itu hendaklah anda semua berbeza dengan mereka
dan celuplah rambut anda “ [Bukhari 4:56:668]
• “Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan
kananmu, dan makanlah apa yang dekat denganmu”
[Bukhari 7:65:288]
Peristiwa Perkampungan Bani Quraizah
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a., ia
berkata: Rasulullah saw. bersabda pada hari perang Ahzab:
"Jangan sekali-kali anda melakukan
shalat asar kecuali di Bani Quraizhah."
11
RAYI
ZAHIR
SIROTHOL MUSTAQIM
12
Perbezaan pendapat telah pun wujud sejak zaman
Nabi SAW masih hidup, di zaman para sahabat dan
para imam-imam muktabar. Namun perbezaan
pendapat ini tidak menghalang mereka untuk
bersatu hati malah tidak ada dari kalangan mereka
berusaha untuk memaksa orang lain supaya
berpegang dengan pendapat mereka secara paksa
atau cuba mempertikaikan amalan agama yang
diamalkan mereka.
13
Sikap Para Salafussoleh
TIDAK BERCITA-CITA UNTUK MEMAKSA
UMAT ISLAM HANYA BERPEGANG
KEPADA SATU PENDAPAT SAHAJA
14
Sikap Para Salafussoleh
Al-Imam al-Suyuti melaporkan kisah
Khalifah
Harun
al-Rasyid
telah
bermesyuarat dengan al-Imam Malik dan
memutuskan untuk menggantungkan kitab
Muwatta’ pada Kaabah dan mahu orang
ramai berpegang dengan apa yang
termaktub di dalamnya.
[sambung…]
15
Jawab Imam Malik:
“Janganlah tuanku berbuat demikian, kerana para sabahat
Rasulullah SAW berselisih pendapat dalam banyak
perkara cabang agama dan mereka telah banyak tersebar
di beberapa buah kota, manakala setiap sunnah sudahpun
berlalu”.
Didalam riwayat yang lain, imam Malik berkata “Setiap
kelompok masyarakat berpegang dengan riwayat-riwayat
yang sampai kepada mereka dan perselisihan orang ramai
dalam riwayat tersebut, kerana itu tinggalkanlah urusan
orang ramai itu dengan pilihan masing-masing yang telah
mereka pilih untuk diri mereka.
16
Khalifah Umar Abd Aziz pernah berkata:
“Saya tidak pernah bercita-cita agar para sahabat
tidak berselisih pendapat kerana apabila mereka
sepakat di atas satu-satu pendapat, lalu jika
pendapat mereka itu disanggahi oleh seseorang,
orang yang mengsanggahi itu adalah sesat.
Apabila mereka (para sahabat) berselisih
pendapat, seorang berpegang dengan pendapat
ini manakala yang lain pula berpegang dengan
pendapat yang lain, wujud keluasan dalam
perkara tersebut.”
17
Sikap Para Salafussoleh
MENGHORMATI PENDAPAT ORANG
LAIN DAN TIDAK MENGINGKARI
DALAM PERKARA KHILAF
“Tidak boleh mengingkari dalam perkara
khilafiyyah”
18
Sikap Para Salafussoleh
Imam Ahmad pernah di tanya:
“Adakah tuan menunaikan solat
dibelakang orang yang keluar darah
dari anggota badannya dan tidak
berwuduk semula?” (Kerana pendapat
imam Ahmad ialah batal wuduk jika
keluar darah dari anggota badan).
[sambung…]
19
Sikap Para Salafussoleh
Imam Ahmad menjawab:
“Bagaimana saya tidak boleh menunaikan solat
di belakang Malik dan Said bin Musayyab?”
(yang berpendapat tidak batal wuduk kerana keluar darah dari badan)
*Imam Ahmad tidak mengatakan bahawa pendapat Imam Malik
dan Said Musayyab salah dan tidak sah solatnya.
20
Sikap Para Salafussoleh
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya
tentang hukum seorang lelaki yang
meninggalkan mazhabnya di dalam beberapa
perkara dan mengamalkan pendapat dari
mazhab yang lain kerana lebih yakin dengan
dalil yang diberikan.
[sambung…]
21
Beliau menjawab:
“Sekiranya lelaki itu mengikut Imam Abu Hanifah, Malik, alSyafie atau Ahmad tetapi melihat dalam beberapa
masalah, mazhab lain lebih kuat hujahnya dari
mazhabnya lalu ia beramal dengannya, sebenarnya
tindakan ini adalah satu tindakan yang baik dan tidak
ada salahnya. Malah tidak langsung mencacatkan agama
dan keadilannya tanpa sebarang perselisihan di kalangan
ulama, bahkan inilah yang lebih hampir kepada
kebenaran dan lebih hampir kepada Rasulullah.”
22
Sikap Para Salafussoleh
TIDAK TAKSUB DENGAN
PENDAPAT MEREKA SENDIRI
23
Sikap Para Salafussoleh
Abu Hanifah pernah berkata:
"inilah pandanganku. ianya adalah pandangan yang
terbaik padaku. sesiapa yang membawa pandangan
yang lebih baik, maka kami akan menerimanya"
24
Sikap Para Salafussoleh
Imam Malik pernah berkata:
"Sesungguhnya saya adalah manusia yang
betul dan silap. oleh itu periksalah katakataku dengan al-Quran dan sunnah"
25
Sikap Para Salafussoleh
Imam Syafie telah berkata:
"Apabila satu hadith yang sahih bercanggah dengan
pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu
ke dinding. Jika saya melihat hujah terbentang di
hadapanku, maka itulah pendapatku".
"Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap.
Pandangan orang selainku silap tetapi ada
kemungkinan betul”
26
Sikap Para Salafussoleh
MEMENTINGKAN PERPADUAN
UMAT ISLAM
27
Sikap Para Salafussoleh
“Sekiranya saya memaksa mereka berpegang
dengan satu pendapat sahaja, sudah pasti
akan berlaku fitnah.”
[Imam Malik]
28
Sikap Para Salafussoleh
MENYEDARI FATWA BOLEH BERUBAH
MENGIKUT KEPERLUAN DAN
MASLAHAT (KEPENTINGAN) UMAT
29
Sikap Para Salafussoleh
Contoh 1:
Sabda Rasulullah kepada Mu’az bin Jabal:
“Ambillah zakat bijian mengikut yang sesuai,
kambing yang telah cukup umur, anak unta yang
sesuai dan anak lembu yang sewajarnya”
[Riwayat Abu Dawud]
30
Sikap Para Salafussoleh
Namum Mu’az bin Jabal mengambil kain dari
penduduk Yaman sebagai ganti barangan zakat.
Muaz pernah menyatakan:
“Berikanlah kepada saya pakaian dan kain tenunan
sebagai ganti barangan zakat kerana dengan
mengambil pakaian dan kain tenunan itu lebih
mudah bagi kamu dan lebih bermanfaat kepada
orang muhajirin di Madinah”
[Al-Bukhari dan Al-Baihaqi]
31
Sikap Para Salafussoleh
Contoh 2:
Di zaman Rasulullah, Baginda melarang orang ramai
menangkap unta yang sesat. Baginda bersabda:
“Anda dan unta itu tidak ada kena mengena.Unta itu
mempunyai bekalan minuman dan makanan yang
membolehkan ia mencari kawasan takungan air
dan makan daun-daun kayu sehingga ia bertemu
semula dengan tuannya.”
[Muttafaq alaih]
32
Sikap Para Salafussoleh
Di zaman Uthman,
– beliau berpendapat unta yang sesat perlu
ditangkap dan dijual. Dan hasil jualannya di
berikan kepada tuannya. Tindakan ini dapat
memelihara harta benda milik orang ramai di
Madinah yang semakin pesat membangun.
33
Sikap Para Salafussoleh
Di zaman Ali,
– Beliau bersetuju dengan ijtihad Uthman demi
menjaga harta orang ramai, namun berbeza
pendapat dengan tindakan Uthman menjual unta
tersebut. Beliau memerintahkan untuk membina
tempat khas untuk menempatkan unta-unta yang
hilang dan diberi makan serta minum.
34
Sikap Para Salafussoleh
Khalifah Ali mahupun Uthman tidak pernah
bermaksud untuk mencanggahi nas yang melarang
menangkap unta yang sesat, sebaliknya keduanya
memahami fatwa boleh berubah mengikut
keadaan dan maslahat umum. Apabila keadaan
berubah, hukum juga berubah. Jika tidak pasti
harta milik orang ramai akan musnah dan tidak
terjaga.
35
Keperluan Mengetahui Khilaf Ulama
– Menimbulkan sikap toleransi dan saling
menghormati dalam perkara khilafiyah
– Mengetahui perbezaan pendapat dan pandangan
di kalangan ulama-ulama
– Para ulama menyatakan: Barangsiapa yang tidak
mengetahui perselisihan para ulama bukanlah
seorang alim dalam ertikata yang sebenarnya
– Bersikap adil, tidak taksub dan terbuka untuk
mendengar pandangan orang lain
36
Kepentingan mengetahui khilaf
dalam dakwah
– Memberi lebih banyak pilihan yang sesuai untuk
orang yang di dakwah.
Semasa Rasulullah menghantar Abu Musa alAsy’ari dan Mu’az bin Jabal, Baginda berpesan:
“Permudahkanlah dan janganlah anda menyukarkan
dan gembirakanlah dan jangan anda melarikan
orang dari Islam. Dan hendaklah anda berdua
sentiasa bertukar fikiran”
[Muttafaq alaih]
37
TAMAT
Shah Kirit B Kakulal Govindji
[email protected]
+6 019 – 555 7770
38

similar documents