kerangka dan mekanisma penentuan kos sebenar ke atas produk

Report
KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR
KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM
Prof Madya Dr Azman Mohd Noor
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan, UIAM
1
Tiada halangan
syarak untuk
memaksimakan
keuntungan
menerusi akadakad yang
dibenarkan syarak
Namun timbul isu
Syariah apabila
upah/caj diambil
daripada
perkhidmatan
pinjaman dan
hutang
Bagaimanakah
penetapan kos
sebenar
ditentukan?
Dalam kontek kos yang berkait dengan hutang, menurut
AAOIFI, kos sebenar merujuk kepada kos secara langsung
yang tidak membawa kepada tambahan yang boleh
ditafsirkan sebagai faedah (riba).
Dhaman
• Bayaran ganti rugi
(berbentuk harta) yang
disebabkan oleh
kemudaratan yang
disebabkan oleh pihak
tertentu
Ta’widh
• Bayaran yang dikenakan hasil
daripada kerugian yang
dialami oleh pihak lain
Keadaan 1
PENGENAAN
KOS SEBENAR
BERKAIT
RAPAT
DENGAN
MANFAAT
HUTANG
• Manfaat hanya untuk pemberi
pinjaman
Keadaan 2
• Manfaat hanya untuk peminjam
Keadaan 3
• Manfaat dikongsi bersama antara
pemberi pinjaman dan peminjam
Syarat 1
IA ADALAH
HARAM JIKA
MEMENUHI
TIGA SYARAT
INI
• Ia mestilah suatu lebihan atau tambahan dan
bukan nilai pokok
Syarat 2
• Ia mestilah semata-mata untuk pemberi
pinjaman sahaja, dan tidak ada sebarang
manfaat terhadap peminjam, selain daripada
nilai pinjaman (pokok/prinsipal)
Syarat 3
• Ia mestilah disyaratkan oleh pemberi pinjaman
keatas peminjam, samada secara bertulis
sewaktu proses pinjaman, atau ia berjalan
mengikut adat kebiasaan
Antara Hujah Pengharaman
‫نقًل عن نبيهم صلى اهلل عليه وسلم أن اشتراط الزيادة في السلف ربا ولو كان قبضة من علف‬
‫• أجمع المسلمون ا‬
• “Telah berijmak umat Islam yang diambil daripada Nabi mereka bahawa mensyaratkan
sebarang tambahan dalam pinjaman adalah riba, walaupun hanya segenggam makanan
ternakan.”
• ‫ إال أن يكون جرى بينه‬،‫قرضا فأهدي إليه أو حمله على الدابة فًل يركبها وال يقبله‬
‫حديث (إذا أقرض أحدكم ا‬
)‫وبينه قبل ذلك‬
• “Jika salah seorang daripada kalian memberikan sesuatu pinjaman, lalu dia diberi hadiah
atau dibawa bersama dalam kenderaan (peminjam), maka janganlah dia menaikinya dan
janganlah menerimanya, kecuali hal itu sudah menjadi kebiasaan sebelumnya.” (Riwayat
Muslim)
)‫ خياركم محاسنكم قضاء‬:‫ وقال‬،‫• حديث (استقرض رسول اهلل سنا فأعطاه سنا فوقه‬
• Rasulullah SAW meminjam seekor binatang yang berumur sekian-sekian, lalu kemudian
baginda membayar (kepada pemiliknya) dengan binatang yang berumur atas sedikit
daripada umur asalnya, lalu Baginda berkata, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling
pemurah ketika membayar hutang.” Mafhumnya, sekiranya disyaratkan bayaran lebih,
maka ia adalah haram
Sambungan Hujah Pengharaman
Al-Shatibi telah mengisyaratkan bahawa `illah dalam pengharaman riba
adalah kerana suatu tambahan tanpa sebarang asas pertukaran (‘iwad)AlShatibi, al-Muwafaqat.
Al-Imam al-Kasani menegaskan:
‫ والتحرز عن حقيقة الربا وعن شبهة‬،‫ ألنها فضل ال يقابله عوض‬،‫)وألن الزيادة المشروطة تشبه الربا‬
(.‫الربا واجب‬
Maksud: “Oleh kerana tambahan (bayaran hutang) yang disyaratkan adalah
menyerupai riba, kerana ia adalah suatu lebihan yang tidak ditimbalkan
dengan suatu pulangan, dan mengelakkan daripada hakikat riba dan syubhat
riba adalah suatu yang wajib.”
Al-Kasani, Bada`ie’ Al-Sona`ie’ .
DIHARUSKAN
‫متى تمحضت المنفعة للمقترض جاز‬
“Bilamana manfaat itu semata-mata untuk
peminjam, maka ia diharuskan.”
(`Aqd al-Jawahir, Ibn Shash)
‫وال بد من تمحض المنفعة للمقترض على المشهور‬
“Dan (pendapat yang mengatakan) mestilah
manfaat itu semata-mata untuk peminjam
adalah (pandangan) yang masyhur.”
(Sharh al-Kharshi)
DIHARUSKAN
•
•
•
•
Jika PEMINJAM mendapat manfaat yang lebih besar/banyak
Pandangan Sayyidina Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Ibnu Sirin
Ibnu Taimiyah berkata:
‫ وقد انتفع‬،‫ ألن المقرض رأى النفع بأمن خطر الطريق في نقل دراهمه إلى ذلك البلد‬،‫والصحيح الجواز‬
‫ فكًلهما منتفع بهذا االقتراض والشارع ال ينهى عما‬،‫ضا بالوفاء في ذلك وأمن خطر الطريق‬
‫المقترض أي ا‬
‫ينفعهم ويصلحهم وإنما ينهى عما يضرهم‬
• “Pendapat yang benar adalah ianya dibolehkan; ini kerana pemberi
pinjaman melihat manfaat dari segi keamanan dari sebarang bahaya
dalam perjalanan sewaktu memindahkan wang-wang perak ke negeri
itu. Peminjam pula mendapat manfaat dengan membuat bayaran
hutang di negeri tersebut dan keamanan perjalanan; maka kedua dua
peminjam den pemberi pinjam masing-masing mendapat manfaat
aqad hutang tersebut. Allah tidak melarang sesuatu yang memberi
manfaat dan kebaikan kepada mereka, bahkan Dia melarang sesuatu
yang memudaratkan mereka. (Majmu’ al-Fatawa)
DILARANG
• Sekiranya manfaat hutang adalah bagi
kedua-dua pihak namun manfaat bagi
pemberi pinjaman adalah lebih besar,
maka ia tidak dibenarkan. Ini kerana
kadar tambahan tersebut adalah
manfaat yang yang hanya perpihak
kepada pemberi pinjaman, dan tidak
dibalas dengan sebarang pertukaran
selain pinjaman, maka ia adalah haram.
Al-Umrani, al-manfaah fi al-Qard.
Di mana dan bila?
• Secara umumnya pengenaan kos sebenar
dibenarkan oleh kebanyakan fuqaha pada
manfaat yang dilarang dalam pinjaman,
penangguhan bayaran dalam jual beli
tangguh bayaran, berkumpulnya aqad “bay’
wa salaf” iaitu gabungan jual beli dan
pinjaman, dan perbelanjaan mudarib dalam
mudharabah.
• Kertas kerja ini hanya memberi tumpuan
kepada pinjaman dan penangguhan bayaran
hutang
Kenapa Perlu Kepada Penggunaan Kos
Sebenar
• Bagi mengelakkan pemberi pinjaman mengambil manfaat daripada
peminjam dengan menamakan yuran, upah, komisyen, ganti rugi, kos
pentadbiran dan lain lain sebagai balasan kepada perkhidmatan
pinjaman yang ditawarkan. Ini kerana ia adalah riba yang diharamkan
oleh Syarak.
Tanggungan Kos oleh Bank
• Pihak bank perlu menyediakan para pekerja pakar bagi perkhidmatan
perbankan . Pihak bank juga perlu menyediakan sistem IT, sijil-sijil, failfail dan penjagaannya, dan seumpamanya. Ia merupakan bayaran
terhadap perkhidmatan dan pekerjaan yang dilakukan bagi tujuan
pinjaman. Dalam kontek ini, ia dianggap sebagai Ijarah ‘ala al-‘amal.
• Namun, penelitian perlu dibuat untuk membezakan di antara upah
khidmat yang dibenarkan dan riba sebagai ganjaran kepada pinjaman
wang.
Ditanggung Oleh Peminjam
)‫• (فليكتب وليملل الذي عليه الحق وليتق اهلل ربه وال يبخس منه شيئا‬
• “Dan hendaklah orang yang berhutang itu mencatat (isi
surat hutang itu dengan jelas).” (Surah Al-Baqarah: 282)
• Begitulah juga perbelanjaan-perbelanjaan penyerahan dan
pembayaran dalam kontrak pinjaman adalah ditanggong
oleh peminjam
‫مثًل فأجرة كيله على المقترض وإذا رده فأجرة كيله عليه بًل نزاع‬
‫• فمن أقترض إردباا ا‬
• Bermaksud: “Sesiapa yang meminjam satu irdhib (sukatan
yang besar), sebagai contoh, maka upah sukatan tersebut
ditanggung oleh peminjam, dan ketika membayar balik, kos
menyukat juga ditanggong oleh peminjam tanpa khilaf.”
(Hashiyah Al-Dusuqi)
Pandangan Yang Mengharuskan dengan
Sayarat pada kos yang sebenar
• Majma’ Fiqh Islami OIC, Lajnah Da’imah Saudi, AAOIFI
• Resolusi Majma’ Fiqh Islami OIC menyebutkan:
‫ يجوز‬:‫أوال‬
‫ ا‬:‫• أ) بخصوص أجور خدمات القرض في البنك اإلسًلمي للتمية‬
.‫أخذ أجور خدمات القروض على أن يكون ذلك في حدود النفقات الفعلية‬
.‫شرعا‬
‫ كل زيادة على الخدمات الفعلية محرمة ألنها من الربا المحرم ا‬:‫ثانياا‬
• Maksud: “Berkenaan upah perkhidmatan pinjaman di
Bank Pembangunan Islam: (i) Boleh mengambil upah
ke atas perkhidmatan pinjaman dengan syarat ia pada
had kos perbelanjaan sebenar; (ii) Setiap tambahan
keatas perkhidmatan sebenar adalah haram, kerana ia
termasuk dalam riba yang diharamkan oleh syarak.”
Sambungan, harus sekiranya dikenakan
pada kos sebenar
• Shariah Standards AAOIFI:
‫• يجوز للمؤسسة المقرضة أن تأخذ على خدمات القروض ما يعادل مصروفاته الفعلية‬
‫المباشرة وال يجوز لها أخذ زيادة عليها وكل زيادة على المصروفات الفعلية محرمة‬
• Maksudnya: “Dibolehkan untuk institusi (kewangan)
pemberi pinjaman untuk mengambil upah ke atas
perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan suatu
jumlah yang bersamaan pada kos sebenar secara
langsung, dan tidak boleh baginya mengambil
tambahan daripadanya, kerana setiap tambahan
keatas kos sebenar itu adalah diharamkan.”
Dalil
• Antara hujah mereka:
• Firman Allah: “‫( ”ما على المحسنين من سبيل‬Al-Taubah: 91)
• Hadis:
‫• ) الظهر يركب بنفقته إذا كان مرهونا ولبن الدر يشرب بنفقته إذا كان مرهونا وعلى الذي‬
(‫يركب ويشرب النفقة‬
• Kaedah fiqh: “‫ ”الغنم بالغرم‬dan “‫”الخراج بالضمان‬
• Ringkasnya, pandangan ini membenarkan untuk
pihak bank mengenakan sesetengah yuran yang
berkait langsung dengan pembiayaan sahaja dan
bukan mengambilnya sebagai sumber keuntungan
Modus Operandi
• Senario pembiayaan di sesetengah
institusi kewangan Islam, tidak semua
jumlah pembiayaan akan diterima oleh
pelanggan. Sebagai contoh, seorang
pelanggang yang memohon
pembiayaan peribadi sebanyak 100
ribu, akan hanya menerima 96 ribu. 4
ribu lagi akan dipotong sebagai kos,
yuran yang berbagai.
Cadangan
• Bagi kos pembiayaan patuh Shariah,
Bank boleh mengenakan sesetengah
yuran seperti yuran guaman,
pendaftaran, dan yang berkait secara
langsung dengan pembiayaan. Bank tidak
patut mengenakan yuran pembiayaan
ataupun apa apa yuran pada keadaaan
biasa tanpa alasan yang kukuh kerana
bank sudah memperoleh keuntungan
daripada mark up price atau profit margin
melalui jualan komoditi.
KELEWATAN MEMBAYAR HUTANG
• HARAM: Sh. Ali Khafif, Al-Buti, Taqi Uthmani, Al-Zuhayli,
Nazih Hammad, Ali Salus, Uthman Syibir, Majma’ Fiqh
Islami
• Hujah berdasarkan dalil-dalil pengharaman riba,
dengan menganggap bahawa ta’widh keatas pinjaman
adalah riba
• HARUS: Sh. Mustafa Al-Zarqa’, Sadiq Dharir, Abdullah Mani’,
Abdul Aziz Qassar, Dallah Barakah, Bank Islam Jordan
• Berhujahkan dalil-dalil larangan memungkiri janji, dalil
larangan menimbulkan kemudharatan, dan kezaliman
seseorang yang berkemampuan namum sengaja
melambatkan pembayaran hutang (‫)مطل الغني ظلم‬, Qiyas
dengan hukum rampasan (Ghasb), dan memelihara
maslahat bersama antara kedua-dua pihak
BAYARAN GANTIRUGI DENGAN KADAR KOS
SEBENAR
• Pandangan Majma Fiqh, AAOIFI, SAC BNM.
Cuma ada perbezaan dalam cara penetapan kos
sebenar.
• Panel Syariah AAOIFI & Al-Rajhi: Dalam kes
pinjaman, hanya dibenarkan untuk mengambil
kos sebenar secara langsung sahaja.
• Panel Syariah Dubai IB: Harus mengambil kos
sebenar (langsung & tidak langsung)
• SAC BNM membenarkan 1 %.
BAYARAN GANTIRUGI BERDASARKAN
OPPORTUNITY LOSS
GANTIRUGI TERHADAP OPPORTUNITY LOSS
• Merujuk kepada ganti rugi ke atas peluang keuntungan yang
terlepas disebabkan lewat bayar atau kemunkiran. Ia
dikenakan berdasarkan kadar pulangan Islamic money
market.
• Para ulama yang tidak membenarkan gantirugi ke atas
kelewatan bayaran kecuali pada kos sebenar sudah tentu
tidak membenarkan gantirugi berdasarkan opportunity loss.
• Masyayikh yang membenarkan ganti rugi (ta’wid) di atas
kelewatan bayaran seperti Sheikh Mustafa Al-Zarqa’, Sadiq
Dharir, Abdullah Mani’, Abdul Aziz Qassar, membenarkan
untuk dikenakan gantirugi opportuniy loss bagi peminjam
yang berkemampuan namun sengaja melambatkan bayaran.
• Hujah lain untuk penolakan; pulangan keuntungan
pelaburan berbeza antara instrument pelaburan; shubah
riba.
Kombinasi LPC
• Boleh dikenakan oleh pihak institusi kewangan Islam. (Tidak
Diwajibkan)
Ta’widh
• Boleh dikenakan pada kadar kerugian sebenar yang disebabkan oleh
penangguhan dalam pembayaran dan kemunkiran daripada
pelanggan
Gharamah
• Bukan sumber pendapatan, maka mesti disalurkan kepada badanbadan kebajikan tertentu
• Untuk mendidik golongan yang tidak membayar hutang kerana
kelewatan atau kegagalan membayar
Perkara
Pinjaman dan hutang
Jual beli Murabahah
Parameter Syariah
Perkhidmatan bersandarkan pinjaman mestilah pada
kadar kos sebenar.
Kos sebenar adalah kos-kos langsung.
Tambahan keatas kos sebenar adalah haram.
Sebab larangan tambahan keatas kos sebenar adalah
kerana ia termasuk dalam riba atau jalan membawa
kepada riba.
Tiada tambahan upah (selain daripada kos sebenar)
surat jaminan.
Nilaian kos surat kredit mestilah pada kadar kos sebenar.
Kos-kos dan yuran yang dikenakan selain daripada harga
jualan berkaitan jual beli Murabahah mestilah
berdasarkan kos sebenar bagi barangan yang dijual.
Bayaran
hutang
yang Mestilah dengan nilai harga pada hari berlakunya
melibatkan
pertukaran pertukaran mata wang.
wang
Tafsiran Kos Sebenar
Fatwa/Resolusi
1 Kos yang tidak membawa kepada tambahan yang boleh AAOIFI
ditafsirkan sebagai faedah (riba).
2 Mestilah berpegang pada kaedah penetapan terperinci daripada
Jawatankuasa Kawalan Syariah dengan diselaraskan bersama
pihak Audit.
3 Perbelanjaan kewangan secara langsung dibayar kepada pihak
lain.
4 Bayaran sebenar bank bagi tujuan manfaat pelanggan dan Al-Rajhi
kemaslahatannya, bukannya bagi tujuan kemaslahatan dan
manfaat bank, atau sumber keuntungannya atau perlindungan
bagi hartanya dalam sesuatu keadaan.
5 Kos-kos sebenar: Termasuk didalamnya kos sebenar yang tetap Bank Al-Bilad
(maqtu’) yang ditetapkan oleh Jabatan Kad Kredit.
6 Pengiraan komisen berlaku atas asas kiraan usaha yang Dallah Al-Barakah
dikerahkan dan kos yang ditanggung oleh bank.
7 Tidak bertambah pada keadaan pengeluaran secara overdraf. Seminar Ekonomi
8 Tidak berkait dengan kadar hutang dan tempoh Islam Al-Barakah
pembayarannya.
(12)
9 Perbelanjaan langsung dan tidak langsung. Perbelanjaan tidak Bank Islam Dubai
langsung seperti perbelanjaan am bagi bank.
10 Jumlah komisen mestilah tidak berkait dengan masa.
11 Jumlah kos mestilah dipaparkan pada papan iklan bagi para
pelanggan, untuk mencapai keredhaan dan persetujuan antara
kedua-dua pihak yang berkontrak.
Analisa umum adalah seperti berikut:
1. Dibenarkan penggunaan kos sebenar keatas perkhidmatan yang
bersandarkan pinjaman dan hutang seperti jual beli Murabahah.
2. Kos sebenar yang dikenakan secara umumnya adalah kos-kos sebenar
secara langsung sahaja.
3. Tujuan pengenaan kos sebenar adalah untuk memberi gantirugi kepada
pemiutang, bukannya untuk membuat keuntungan.
4. Bagi perkhidmatan pinjaman dan hutang, tambahan ke atas kadar kos
sebenar adalah diharamkan oleh syarak.
5. Kos sebenar tidak sama seperti riba yang akan sentiasa bertambah.
6. Cara kiraan kos sebenar adalah berdasarkan perakaunan khusus,
dibawah seliaan Penasihat Syariah.
Panduan pengiraan kos sebenar :
1. Pengiraan mestilah tidak terikat dengan kadar hutang dan
tempoh membayarnya.
2. Mestilah tidak mengandungi manfaat yang hanya perpihak
kepada pemberi pinjam (pemiutang). Contohnya, menganggap
pengiraan kos sebenar sebagai sumber keuntungan atau
perlindungan bagi hartanya dalam sesuatu keadaan.
3. Cara penetapan kadar kos sebenar dalam perkhidmatan yang
bersandarkan pinjaman boleh dikenakan dalam bentuk suatu
jumlah yang terputus (maqtu’), ataupun berdasarkan kos
pasaran (ujrah al-mithl).
4. Kos sebenar bukanlah dalam bentuk peratus jumlah hutang.
Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh
• Caj yang dikenakan tidak boleh dianggap sebagai sumber
keuntungan kepada bank.
• Caj yang dikenakan sepatutnya sama dengan kos debit kad.
• Bagi perkhidmatan yang hanya untuk kebaikan pihak bank sahaja,
maka ia tidak termasuk dalam upah yang dikenakan , manakala
perkhidmatan yang hanya untuk kemaslahatan pelanggan, maka ia
termasuk dalam kos tersebut.
• Bagi perkhidmatan yang memberikan kemaslahatan (kepentingan)
yang dikongsi bersama pihak bank dan pelanggan, sekiranya
kemaslahatan untuk pelanggan itu lebih besar, maka ia termasuk
dalam kos sebenar, namun sekiranya ia lebih berpihak kepada bank,
maka ia tidak dimasukkan dalam kos tersebut. Adapun sekiranya
kemaslahatan antara pihak bank dan pelanggan adalah sama,
ataupun tidak dapat ditentukan kemaslahatan pihak mana yang
lebih besar, maka kos tersebut perlu dibahagikan sama rata
(separuh) antara kedua-dua pihak
Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh
• Kos gaji para pekerja yang melakukan kerja untuk (proses) kad
kredit dan produk-produk lain, serta kos bagi pihak yang melakukan
perkhidmatan terhadap kad kredit dan produk-produk lain, kos
sebenar ditetapkan melalui anggaran nisbah pekerjaan yang
dilakukan bagi kad-kad kredit berbanding dengan produk-produk
lain.
• Perkara-perkara berikut juga dikira dalam kos pekerja di pusat kad
kredit; gaji, kos elektrik, air, sewa tempat, kelengkapan perabot
sekiranya ianya khusus untuk pusat kad kredit tersebut; adapun
bonus, ia tidak termasuk.
• Khidmat-khidmat yang diberikan kepada semua pemegang kad
kredit/ kad caj ; sekalipun bukan semua pemegang kad
menggunakannya; maka ia juga boleh dimasukkan dalam anggaran
pengiraan kos sebenar bagi kad kredit, dan ianya ditanggung oleh
semua pelanggan.
Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh
• Bagi keadaan dimana pihak bank membayar sejumlah bayaran kepada
penyedia khidmat seperti Visa atau Mastercard dan seumpamanya bagi
setiap penggunaan kad kredit oleh pelanggan, maka tiada halangan untuk
memasukkan bayaran tersebut didalam kos-kos sebenar bagi kad kredit,
dengan syarat ianya disebut dengan jelas di dalam syarat-syarat dan
peraturan kad
• Sebarang notis supaya membayar hutang tertunggak atau tunggakan kadar
hutang mestilah berdasarkan kos sebenar kertas dan belanja pos semasa
• Anggaran pengiraan kos pengeluaran tunai daripada jumlah kos kad kredit
(bukan kos khusus bagi pengeluaran tunai) adalah berdasarkan nisbah
operasi pengeluaran tunai bagi setiap operasi kad yang ditambah kepadanya
kos-kos khusus bagi pengeluaran tunai, kemudian ia dibahagikan daripada
jumlah kos pengeluaran tunai bagi kad kredit keatas bilangan operasi
pengeluaran tunai yang berkaitan dengan kad kredit untuk mengeluarkan
kos operasi pengeluaran yang satu
Cadangan Di samping mengambil kira panduan di atas
• Tiada isu Syariah jika kos upah penjagaan emas
dilakukan oleh pihak ketiga
• Bagi pemegang gadaian, upah penjagaan emas
mestilah sama dengan upah biasa yang tidak ada
kaitan degan hutang
• Pihak bank boleh menawarkan pembiayaan
melalui “commodity murabahah”di mana bank
boleh memperolehi keuntungan daripada hasil
jualan “commodity” dan tidak perlu mengenakan
apa apa caj ke atas penjagaan emas/barang barang
kemas yang digadai.
Cadangan Di samping mengambil kira panduan kad di atas
• Perlu membezakan di antara kos pengeluaran surat
jaminan oleh bank dan kos sewaktu berlakunya
bayaran obligasi daripada bank yang dianggap
sebagai hutang. Apabila bank membuat bayaran
bagi pihak pelanggang di sebabkan jaminan yang
diberi, maka kos sebenar mesti dipertimbangkan
kerana ia melibatkan hutang.
• Perbezaan kebenaran mengenakan caj berdasarkan
struktur produk jaminan. Ada sesetengah bank
hanya menawarkan jaminan sekiranya pelanggang
memang memiliki jumlah yang cukup di dalam
akaun (back to back). Dalam kes ini caj
perkhidmatan boleh dikenakan walaupun bukan
pada kos sebenar kerana ia adalah umpama tahwil
(remittance).
1. Perbankan Islam memperolehi keuntungan daripada
akad akad muawadah seperti jual beli, sewaan, dan upah
ke atas perkhidmatan bukanya faedah riba ke atas
pinjaman dan penangguhan bayaran.
2. Upah yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang tidak
berkaitan dengan hutang adalah dibenarkan dan boleh
dikira sebagai pendapatan bank.Pihak bank tidak boleh
mengenakan sebarang caj yang tidak diketahui oleh
pelanggan seperti “Miscellaneous charge”. Semua caj, fi,
yuran, insentif atau komisyen mestilah diluluskan olen
Ahli Jawatankuasa Shariah.
3. Upah yang berkaitan dengan pinjaman dan pengurusan
hutang perlu dikira dan diambil pada kadar kos sebenar
sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sumber
pendapatan bank.
4. Upah yang berkaitan dengan pinjaman dan pengurusan
hutang perlu dikira dan diambil pada kadar kos sebenar
sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sumber
pendapatan bank.
5. Memandangkan kos sebenar sahaja dibenarkan bagi
khidmat khidmat yang berkaitan dengan hutang,
penentuan manfaat samada manfaat khas kepada
pemiutang, peminjam atau bersama. Kos sebenar perlu
dilaksanakan apabila ia memberi manfaat kepada
pemberi pinjaman atau apabila ada manfaat bersama
tetapi pemberi pinjaman mendapat manfaat yang lebih.
6. Bagi kes kemukiran bayaran hutang, dbicadangkan
supaya dibuat kajian semula bagi penetapan kos sebenar
berdasarkan Islamic Interbank Money Market. Ini kerana
ia agak lebih cenderung kepada ganti rugi peluang
membuat keuntungan, dan mengandungi elemen shubah
riba iaitu pertambahan bayaran kerana pertambahan
masa bukannya kos gantirugi kerugian yang sebenar.
TERIMA KASIH
azmann@iium.edu.my
drazman.net
36

similar documents