Document

Report
KELEBIHAN SUNNAH
RASULULLAH SAW
JANUARI 2013

Allah SWT memuji semua perbuatan Nabi SAW dan
menamakannya sebagai “teladan yang baik“, dalam
firman-Nya yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu
teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan
pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”
(Surah al-Ahzaab, ayat 21).

Ini menunjukkan bahawa orang yang meneladani
sunnah Rasulullah SAW berarti dia telah menempuh
jalan yang lurus yang akan membawanya
mendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah SWT.
Orang yang dalam hidupnya mengamalkan
sunnah-sunnah Rasulullah SAW sejak ia bangun
tidur sampai tidur kembali, maka orang tersebut
akan mendapatkan 4 keuntungan di dunia dan 4
keuntungan akhirat.
4 keuntungan di dunia :




1. Dia disayangi orang di dunia
2. Dia ditakuti musuh / syaitan
3. Hidup akan diberkati
4. Agama tidak akan tercemar.
Keuntungan di Akhirat :



1. Dikubur kita mengenal wajah Rasulullah SAW
2. Rasulullah SAW memberi syafaat pada orang yang
selalu hidupkan sunnah
3. Rasulullah SAW mengenal kita di padang mahsyar
4. Berjiran dengan Rasulullah SAW
Kelebihan Sunnah :





1. Dalam sunnah ada kejayaan
2. Mempunyai daya kekuatan luar biasa
3. Dapat sifat ikram
4. Sunnah perbuatan kita telah mentauhidkan Allah SWT
5. Mempunyai nur ( memberi hidayah pada orang lain )

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani ra, Rasulullah
SAW bersabda,
‫ان لَهُ ِم ْث ُل أَ ْج ِر‬
َ ‫اس َك‬
ُ َّ‫سنَّتِى فَ َع ِم َل بِ َها الن‬
ُ ْ‫سنَّةً ِمن‬
ُ ‫أَ ْحيَا‬
“ ‫ش ْيًًا‬
َ ‫ص ِمنْ أُ ُجو ِر ِه ْم‬
ُ ُ‫َع ِم َل بِ َها الَ يَ ْنق‬
ْ‫َمن‬
ْ‫َمن‬
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari
sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia,
maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala
orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak
mengurangi pahala mereka sedikit pun"
 Imam
Muhammad bin Ismail al-Bukhari
berkata,
“Orang muslim yang paling utama adalah
orang yang menghidupkan sunnah-sunnah
Rasulullah SAW yang telah ditinggalkan
(manusia), maka bersabarlah wahai para
pencinta sunnah (Rasulullah SAW), kerana
sesungguhnya kalian adalah orang yang
paling sedikit jumlahnya (di kalangan
manusia)”
 Syaikh
Muhammad bih Shaleh al-’Utsaimin –
rahimahullah berkata,
“Sesungguhnya sunnah Rasulullah SAW jika
semakin dilupakan, maka (keutamaan)
mengamalkannya pun semakin kuat (besar),
kerana (orang yang mengamalkannya) akan
mendapatkan keutamaan mengamalkan
(sunnah itu sendiri) dan (keutamaan)
menyebarkan (menghidupkan) sunnah di
kalangan manusia”

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW
telah berkata kepadaku:
'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan
dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai
ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan
kelakuan itu! Kemudian Baginda menyambung
pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku),
dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka
dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang
menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam
syurga! '
(HR Tarmidzi)
 Dari
Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW
berkata:
"Barangsiapa yang berpegang dengan
sunnahku, ketika merata kerosakan pada
umatku, maka baginya pahala seratus
orang yang mati syahid".
(HR Al-Baihaqi)



Syeikh Qadir Al-Jailani solat 1000 rakaat pada
waktu malam. Ini kerana dia suka melakukannya
dan telah menemui rahsia solat dan dengan itu
tidak merasa bosan dengan ibadah itu.
Imam Ali Zainal Abidin yang bangun solat 1000
rakaat setiap malam.
Seorang ulama besar di Hadramaut, bernama AlHabib Hasan bin Soleh Al-Bahra, membaca 90
ribu kali surah Al-Ikhlas sehari.
 Syeikh
Nuruddin, guru kepada Imam Asysha’roni menceritakan bahawa beliau
berselawat 500 ribu kali pada setiap malam.
Kenapa dia boleh melakukannya? Kerana
dia sukakan kepada selawat itu.
 Imam
Abu Hanifah membaca dan
mengkhatam Quran dalam masa 2 rakaat
tanpa rasa bosan, ataupun mengeluh.
 Rahmat
tersembunyi yang diberi Allah
SWT akan dapat dirasai melalui:
1. Berusaha dan berupaya
memperbaharui taubat kita sepanjang
masa.
2. Berazam menghidupkan sunnah Nabi
SAW selagi hidup

Seseorang itu perlu memulakan dengan diri dan
keluarga dahulu, sehingga rumahnya tersinar dengan
sunnah Nabi khususnya sunnah lazim yang Nabi buat
setiap hari, contohnya:
• Ketika masuk rumah, Nabi SAW melangkah masuk
dengan kaki kanan dahulu
• mengucapkan salam kepada ahli keluarganya
• dan membaca surah Al-Ikhlas sebelum masuk.
 Kata
ulama' : 'Jika seseorang manusia itu
tidak diberikannya selain daripada 3
nikmat ini, maka itu sudah mencukupi
untuk dia mengecap kebahagian hidup di
dunia dan untuk dia mengecap
kebahagian yang kekal di akhirat. Tiga
nikmat yang dimaksudkan itu adalah
nikmat Iman, Islam dan juga nikmat
menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Kata Nabi Allah Adam AS berkata; 'Beberapa kemulian umat Muhammad
yang tidak diberikan kepada umat aku antaranya;
1) Aku diberikan taubat di Makkah, sedangkan umat Muhammad tidak
kira di mana-mana saja tempat yang mereka rasakan mereka mahu
bertaubat.
2) Ketika aku melakukan maksiat maka Allah menelanjangkan aku,
sedang aku dalam keadaan berpakaian. Namun umat Muhammad
melakukan maksiat dalam keadaan bertelanjang sekalipun, Allah masih
memberikan pakaian kepada mereka.
3) Nabi Muhammad telah meminta doa mustajabnya ke atas umat
disimpan untuk akhirat sebagai syafaat. Sedang nabi-nabi terdahulu telah
menggunakannya, dan sebahagiannya dipohon untuk membinasakan
umat mereka yang terdahulu.

Terdapat tujuh amalan Nabi s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkan
baginda sebagai sunnah dan amalan seharian iaitu :
Pertama : Melaksanakan solat berjemaah di masjid.
Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud, "Solat dengan berjemaah adalah dua
puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian."
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke
masjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan
kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan.
Hal itu berlangsung pada saat berangkat mahupun pulang."(HR
Ahmad dan Ibnu Hibban)

Kedua : Mengerjakan solat tahajjud.
Bilal r.a. berkata Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud,
“Hendaklah kamu qiamullail (solat malam), kerana sesungguhnya
solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,
dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa,
dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit
dari badan.”( HR Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)
Sungguh Nabi SAW solat malam hingga kedua tapak kakinya
merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi SAW.:
“Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal
Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang
akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi
hamba yang sangat bersyukur?” (HR Imam al-Bukhari)

Ketiga : Membaca al-Qur'an.
Pembaca al-Qur'an akan mendapat kemuliaan dihari akhirat nanti.
1.Mereka adalah keluarga Allah SWT
Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itu
mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia."Kemudian Anas berkata lagi,
"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang
membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga
Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah".
2.Ditempatkan di Syurga yang paling tinggi.
3. Ahli al-Qur'an adalah orang yang arif di Syurga.
Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;
"Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga".
4. Dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga.
Daripada Ali Bin Abi Talib ia berkata, "Barangsiapa membaca Al Quran dan menghafalnya,
maka Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dan memberikannya hak syafaat untuk
sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk
Neraka."
5.Memakai mahkota kehormatan.
Daripada Abu Hurairah ra.daripada Nabi SAW baginda bersabda maksudnya :" Orang
yang hafal Al Quran, pada hari kiamat nanti akan didatangi oleh Al Quran akan berkata;
"Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut
diberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi : "Wahai Tuhan tambahlah
pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi,
"Wahai Tuhan, redhailah dia." Maka kepadanya dikatakan; "Bacalah dan naiklah."Dan untuk
setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."
6. Al-Qur'an merupakan bekalan terbaik.
Daripada Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu
yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.

Keempat: Solat Dhuha.
Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamu
ada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap
tahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah,
mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukup
dengan melakukan dua rakaat solat dhuha.“ (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telah
memberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga hari
setiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur".
Sabda Nabi SAW yang bermaksud,"Barangsiapa yang keluar dari
rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya
seperti pahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Dhuha dan tidak
keluar melainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah.“ (Hadis
Riwayat Abu Daud).

Kelima : Memberi sedekah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Sungguh sedekah itu akan
memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang
buruk (su’ul khatimah).”
(HR al-Tirmuzi)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut
kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan
katanya : “Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan
kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku
dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh.”
(Surah al-Munafiqun ayat 10)

Keenam : Beristighfar dan berzikir.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya sebanyak tujuh
puluh kali dalam sehari semalam."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya
jalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan
serta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."
Berzikir dapat melepaskan diri dari bahaya. Firman Allah SWT maksudnya : “Maka Yunus ditelan
oleh ikan yang besar. Maka kalau sekiranya,dia tidak termasuk orang-orang banyak mengingat
Allah,nescaya ia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu hingga hari berbangkit”. (Surah As
Shafaat ayat 142)
Berzikir memperoleh pahala yang tinggi. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Dua kalimah
yang tercinta kepada Tuhan Yang pemurah, ringan diucapkan pada lidah,berat dalam timbangan
iaitu: Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallahil Aziim.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ketujuh : Sentiasa berwudhu'.
Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda
bersabda yang bermaksud :
"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwudhu', maka ia sempurnakan
wudhu'nya kemudian berkata, 'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecuali
Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya,' kecuali dibukakan baginya
lapan pintu Syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya."
(Hadis Riwayat Muslim )
Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa ia mendengar Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya umatku akan dipanggil
pada hari kiamat dalam keadaan bersinar putih wajah dan anggota
wudhu'nya dari bekas-bekas wudhu'. Barangsiapa di antara kamu ingin
memanjanglan sinarnya, maka lakukanlah.“ (Muttafaq Alaih)

similar documents