Soal Selidik

Report
SOAL SELIDIK
 Sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara bertulis.
 Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut




suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Soalan boleh terdiri
dari soalan terbuka & tertutup
Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun
memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan.
Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk bilangan sasaran yang
besar.
bahasa yang digunakan hendaklah mengambil kira tahap
kebolehan dan taraf sosio-budaya sasaran yang dikaji. Perkataanperkataan yang digunakan hendaklah disemak agar tidak
mengelirukan responden.
Semasa mengendalikan soal selidik, kerahsiaan responden
hendakalah dijamin untuk data yang boleh dipercayai
 soal selidik mengandungi dua bahagian, iaitu
 maklumat demografi dan = jantina, umur, kelayakan
 maklumat skala pemeringkatan (rating scale) = persepsi pelajar
tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik
darjah. Soalan-soalan yang diwujudkan dalam sesuatu soal selidik
bolehlah dalam bentuk soalan tertutup atau soalan terbuka.
ANALISIS SOAL SELIDIK
 Mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik
 Menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable)
 Menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables).
 Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.
ARTIFAK
 Merujuk kepada sebarang produk atau hasilan individu atau
kumpulan akibat tabiat sosial
 Jenis artifak
 E-mel
 Memo
 Nota
 Buku latihan pelajar
 Gambar
 video
 Gambar membantu penyelidik mengingat kembali imej atau
peristiwa yang berkaitan semasa membuat analisis.
 Perakam audio-merekod dialog dan temubual
 Gambar video yang dirakam semasa temubual dapat
menjelaskan pelbagai aspek lain yang berbentuk bukan lisan
seperti mimik muka dan suasana
TEMU BUAL
 Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang
melibatkan interaksi face-to-face antara penyelidik
dengan informan atau orang yang ditemu bual.
 Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka (probe)
dan mendapatkan maklumat daripada informan secara
mendalam.
 Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli
panitia, rakan sejawatan, pihak pentadbir dan ibu bapa.
 Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi,
pendapat dan sikap mereka terhadap kajian yang
dijalankan.
TEKNIK TEMUBUAL
Teknik Temu Bual
Ciri Utama
Berstruktur
Soalan disediakan terlebih dahulu dan
temu bual dilaksanakan secara formal.
Separa Berstruktur
Cuma soalan utama disediakan. Soalan
susulan berdasarkan jawapan informan.
Tidak Berstruktur
Temu bual dijalankan secara tidak
formal dengan menggunakan soalan
terbuka. Hal ini bertujuan meneroka
idea atau perasaan informan.
PANDUAN TEMUBUAL
 Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan berikut boleh
digunakan:
• Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual
• Pilih masa yang sesuai
• Bina hubungan (rapport) dengan informan
• Sekiranya perlu, minta kebenaran informan untuk
merakamkan sesi temu bual
• Gunakan soalan “probing”, contohnya: o Apakah pandangan
anda …
o Apa yang anda maksudkan dengan …
o Bagaimana ia boleh berlaku …
o Ulangi soalan/jawapan jika perlu
o Berikan tempoh masa yang sesuai kepada informan untuk
menjawab .
ANALISIS TEMU BUAL
 Data temu bual yang diperoleh perlu dibuat
tranksripsi (transcription) iaitu ditaip dengan
lengkap supaya memudahkan proses menganalisis
 Untuk membolehkan analisis dibuat dengan tepat,
bolehlah dibuat transkripsi secara verbatim, iaitu
menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang
sebenarnya diperoleh
 Analisis data boleh dibuat melalui
cara-cara berikut:
 i. Analisis Secara Manual
 ii. Analisis Melalui Komputer
ANALISIS SECARA MANUAL
• Baca keseluruhan transkrip temu bual bagi mendapatkan
gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan oleh
orang yang ditemu bual itu;
• Baca sekali lagi dan kemudian highlight atau gariskan
maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu;
• Baca catatan tersebut sekali lagi tetapi kali ini berikan
tumpuan kepada aspek-aspek yang digariskan;
• Bentuk tema yang bersesuian berdasarkan aspek-aspek yang
digariskan itu;
• Semak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu
gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang
sama agar menjadi beberapa kategori tertentu; dan
• Gabung tema dan kategori yang terdapat dan buatkan
kesimpulan.
PENENTUAN KOD














1 : Faktor guru (5)
Guru mengajar terlalu cepat
Guru selalu marah
Guru tidak guna bahan bantuan mengajar
2 : Tiada sokongan /bantuan pelajaran di rumah (2)
Tidak pergi kelas tuisyen
Sokongan pelajaran di rumah tiada (ibu bapa/penjaga tidak tahu mengajar)
3 : Menganggap pecahan tidak relevan (5)
Tidak digunakan dalam aktiviti seharian
Tidak selalu orang guna pecahan di kedai
4 : Tajuk pecahan susah (2)
Tajuk ini memang susah79
5 : Tidak faham (3)
6 : Tidak berminat/tidak suka (2)
 Daripada kategori-kategori yang diwujudkan itu, anda boleh
memberi kesimpulan bahawa dua faktor utama yang
menyebabkan murid tidak berminat belajar tajuk pecahan
ialah faktor guru yang mengajar mata pelajaran matematik
dan anggapan bahawa belajar pecahan adalah tidak relevan.
 Selain daripada itu, murid juga menyatakan mereka tidak
faham apa yang diajar, mendapati topik pecahan susah dan
tiada bantuan pelajaran di rumah.
 Daripada analisis data temu bual ini, seterusnya guru boleh
memikirkan cara yang paling baik untuk merancang pelan
tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid
itu.
ANALISIS MELALUI KOMPUTER
 Menggunakan software NVIVO.
PEMERHATIAN
Terdapat dua jenis pemerhatian
pemerhatian turut serta
pemerhatian tidak turut serta.
 Pemerhatian tidak turut serta biasa digunakan dalam kajian
kualitatif.
 Dalam pemerhatian tidak turut serta, pemerhati tidak terlibat
secara langsung dalam situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian,
2000). Selepas itu, penyelidik harus menentukan bentuk kutipan data
yang sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian.
 Pemerhatian turut serta
 Pemerhati akan terlibat secara langsung dalam situasi yang
diperhatikan.
 Contoh: memerhati tsunami, memerhati air mendidih, memerhati
satu program
Terdapat dua cara untuk
mendapatkan data melalui kaedah
pemerhatian
pemerhatian berstruktur
pemerhatian tidak berstruktur.
Pemerhatian berstruktur
 Pemerhatian berstruktur selalunya menggunakan senarai
semak pemerhatian
 Pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak
lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada
penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan
penyelidik lain.
 Kirakan kekerapan dan peratusan.
 Susunkan mengikut keutamaan (ranking).
Pemerhatian tidak berstruktur
 biasanya menggunakan catatan nota lapangan
 catatan nota lapangan agak sukar untuk dijalankan tetapi masih boleh






digunakan dengan bantuan rakan penyelidik lain atau merakam
menggunakan video/ alat perakan audio
Semasa pemerhatian ini, penyelidik akan mencatat beberapa perkara
yang diperhatikan seperti masa dan tempat pemerhatian dijalankan,
keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi
penyelidik
Semak maklumat dengan terperinci.
Baca semua catatan, pemerhatian dan kemudian highlight atau gariskan
maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu.
Semak maklumat semula.
Tentukan kategori maklumat yang digunakan untuk analisis.
Cari tema untuk kategori itu.

similar documents