HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Report
HUBUNGAN ETNIK
DI
MALAYSIA
Disediakan oleh :
Noor Asmarusnie bt Deraman
Nor Aisyah binti Zakaria
Pewujudan masyarakat majmuk di
Malaysia
• Berpunca daripada kemasukan imigran cina dan
india ke Tanah Melayu pada abad ke-19 apabila
British membawa masuk golongan imigran untuk
berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak
mendapat sambutan penduduk tempatan.
• Hubungan baik British dengan China dan India
memudahkan British membawa masuk
masyarakat dari negara-negara tersebut untuk
kepentingan British di Tanah Melayu.
• Tiga cara imigran cina ke Tanah Melayu
– Sistem Tiket Kredit
– Sistem Kangchu
– Secara bersendirian
• Bagi orang India, imigrasi mereka dijalankan
melalui sistem buruh kontrak (1820-1910) dan
Sistem Kangani (1898-1938)
• Hasilnya,wujudlah masyarakat majmuk yang
kekal sehingga sekarang.
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya.
Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan
menyebabkan kesesakan jalan
Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi
Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.
Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata
apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.
Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu,
sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.
Pada 12 Mei 1969,
-satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan
Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung,
Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka
kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.
•
Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis,
kasi halau semua polis.”
Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia
negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”
Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”
Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau
semua Melayu.”
•
Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”
MAYAT CINA
DIARAK..
MAYAT TANPA KEPALA!!
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami
kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada
66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang
majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi
dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12
kerusi.
Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP
telah mengutuk dan menghina orang-orang
Melayu semasa mengadakan perarakan di jalanjalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah
menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau
minta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di Selangor
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan
menuju ke Kampung Baru.
Kaum Cina yang menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina
akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan
raya dengan menghina Melayu.
Rumah Menteri Besar Selangor.UMNO telah
mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei
1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa
ini
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri
Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz
di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Jam 3.00 petang datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya
dua kilometer dari rumah Menteri Besar
Selangor.
4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang
melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung.
Sebuah van membawa rokok dibakar dan
pemandunya dibunuh.
Pasukan FRU ( Polis Simpanan Persekutuan ) di
keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari
Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan
ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan
lain-lain turut menembak orang-orang Melayu
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap
telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16
Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran
dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul
Razak. Parlimen dibubarkan.
Punca-punca yang membawa kepada
Peristiwa 13 Mei 1969
Layanan berbeza dari Jepun ke atas kaum Melayu dan Cina
Dasar pecah dan perintah : kegiatan ekonomi dan pendidikan
Peranan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura
Perasaan tidak puas hati terhadap hak orang Melayu
Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei
1969
Rusuhan kaum tidak
menguntungkan
sesiapa. Malahan,
rusuhan kaum
merugikan semua
pihak dengan
kehilangan nyawa
dan kerosakkan
harta benda
Langkah-langkah
konkrit harus
diambil untuk
mengeratkan
perpaduan nasional
dan keharmonian
antara kaum
Perpaduan nasional
tidak akan dicapai
sekiranya terdapat
sebilangan besar
rakyat yang miskin
Setiap rakyat harus
menghormati satu
sama lain. Kita harus
bersikap toleran dan
menghormati adat
resam kumpulankumpulan etnik lain.
(Ranjit Singh Malhi,
2005)
Kepentingan hubungan etnik
yang harmonis
•
Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis
menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan
politik.
•
Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa Malaysia sebagai
sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada
pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan.
•
Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk
ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang
harmonis.
•
Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan
politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara
terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN
ETNIK
• Konsep masyarakat
– Kumpulan manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu
(Kamus Dewan,2005)
Etnik
Etnisiti
Etnosentrisme
Konsep Etnik,Etnisiti dan
Etnosentrisme
• Etnik
– Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya
yang hampir seragam termasuk adat resam,
pakaian,bahasa dan kegiatan ekonomi.
– Etnik berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa:
memberikan penekanan pada perbezaan fizikal
atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia
(Mansor Abdul Rahman dan Mohd Ainuddin,
2006)
– Dikelaskan melalui perbezaan budaya
– Bersikap etnosentrik (mengangap ciri-ciri
budayanya sebagai wajar,betul dan lebih utama
berbanding etnik lain)
– Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan
etnosentrisme.
• Etnisiti
– Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan
etnik.
– Wujudnya satu kebudayaan atau subbudaya yang
jelas yang menyatakan anggotanya dengan satu
sejarah,nilai, dan tingkah laku yang sama.
• Etnosentrisme
– Merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga
dalam kalangan kelompok etnik bahawa budaya
dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan
hebat daripada kelompok lain.
– Membawa makna suatu perspektif yang melihat
kelompok etnik lain menerusi kaca mata etnik
sendiri.
Ras
Rasisme
Stereotaip
Prejudis
Diskriminasi
Konsep Ras dan Rasisme
• Definisi Ras
– Kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif contohnya berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal seperti warna kulit,warna mata,
rambut dan sebagainya.
– Ciri paling ketara yang digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
• Rasisme
– Definisi: pandangan,pemikiran dan kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap
sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan ras.
– Rasisme merupakan gabungan prejudis dan kuasa
yang diartikulasi melalui diskriminasi berdasarkan
warna kulit dan ciri-ciri fizikal yang lain.
• Wujud pada dua tahap :
Tahap
individu
Tahap
institusi
• Rasisme berlaku dalam bentuk
kepercayaan wujudnya ras tertentu yang
berstatus lebih tinggi dan ada ras yang
berstatus lebih rendah
• Wujud dalam bentuk kepercayaan dan
sikap individu
• Rasisme melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi
seterusnya membentuk ketidaksamaan
bagi masyarakat daripada ras yang
berbeza
• Dapat dilihat secara tersirat dalam
struktur sosial
Konsep Prejudis dan Stereotaip
• Prejudis
– Ditakrif pandangan negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati
seseorang.
– Tidak diluahkan secara terbuka
– Apabila prejudis disuarakan,prejudis menjadi
stereotaip
• Stereotaip
– Kenyataan-kenyataan umum yang negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik contohnya:
• “semua orang arab beragama islam”
• “orang Belanda bersifat kedekut”
– Merupakan gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan
kepada sesuatu kumpulan etnik kepada etnik lain.
Konsep Diskriminasi
• Diskrimininasi
– Pandangan,pemikiran dan kepercayaan negatif
oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota etnik lain.
– Perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciriciri etnik semata-mata.
– Mudah berlaku apabila wujud prejudis dan
stereotaip dalam sesuatu masyarakat.
"Saya fikir kalau kita lupa sejarah, kita
akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah
pula menyebut mereka yang lupa
pengajaran sejarah akan dihukum,"
Dr Mahathir.

similar documents