File - Kamar Ilmu

Report
BAB 3
KREATIVITI DAN INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN
Pengenalan Kreativiti
 Bila
kita menyebut tentang kreativiti,
dapatkah anda senaraikan produkproduk di pasaran yang telah mendapat
sentuhan kreativiti???
 Apakah jenis/kaedah kreativiti yang
digunakan?
PERHATIKAN
GAMBAR DI BAWAH
1.
2.
4.
3.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1. Menerangkan komponen-komponen utama di dalam proses kreatif, cara
membangunkan kreativiti serta kaedah-kaedah menjana kreativiti yang
utama.
2.
2. Mengenal pasti empat halangan kepada kreativiti serta jenis-jenis inovasi
yang utama.
3.
3. Menganalisis mitos-mitos berkaitan inovasi dan menerangkan prinsipprinsip inovasi.
4.
4. Mengenali konsep keusahawanan tekno dan usahawan tekno.
•
5. Membincangkan prospek bidang sains dan teknologi kepada usahawan.
PENGENALAN



Pengetahuan berkaitan kreativiti dan inovasi harus
didedahkan kepada para usahawan/masyarakat
untuk mewujudkan negara dan masyarakat yang
kreatif.
Penekanan utama haruslah diberikan kepada
pembangunan sains dan teknologi serta kemudahan
prasarana yang membolehkan seseorang usahawan
itu berkreativiti dan berinovasi.
Usahawan yang menekankan aspek teknologi dlm
produk yang dihasilkan juga dikenali sebagai
usahawan tekno (technopreneur)
KREATIVITI DAN
USAHAWAN
Definisi dan Peranan Kreativiti




Kreativiti adalah penghasilan idea yang dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem.
Aspek utama kreativiti adalah proses dan manusia.
Proses berorientasikan matlamat serta digunakan untuk
mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Manusia pula
adalah sumber yang boleh mengenal pasti jalan
penyelesaian tersebut. Proses penyelesaian masalah
biasanya sama, tetapi kaedahnya adalah pelbagai.
Contohnya, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk
penyelesaian masalah daripada pengalaman lampau, atau
mencipta formula baharu.
KREATIVITI DAN
USAHAWAN
Proses Kreatif
Proses kreatif biasanya mempunyai empat fasa
yang penting. Fasa-fasa tersebut adalah seperti
berikut:
1. Pengumpulan pengetahuan atau latar belakang
2. Proses inkubasi
3. Pengalaman idea
4. Penilaian dan pelaksanaan
PROSES KREATIF
 Fasa
1: Pengumpulan Pengetahuan
atau Latar belakang
Kreativiti memerlukan penyiasatan dan
pengumpulan
maklumat
melalui
pembacaan, perbualan dengan rakan
niaga, menghadiri mesyuarat, bengkel
dan sebagainya.
PROSES KREATIF
 Fasa
2: Proses Inkubasi
Proses inkubasi berlaku apabila usahawan
cuba merehatkan minda mereka daripada
proses persediaan di fasa satu.
Usahawan akan cuba menghabiskan masa
dengan aktiviti-aktiviti yang tiada kaitannya
dengan permasalahan perniagaan mereka.
Inkubasi juga boleh berlaku ketika mereka
tidur…
PROSES KREATIF
Selain itu, usahawan juga boleh terlibat di dalam
aktiviti-aktiviti berikut di dalam proses inkubasi:
Terlibat di dalam aktiviti-aktiviti rutin yang
 melapangkan fikiran seperti berkebun, memasak,
 mengemas rumah, memandu dan sebagainya.
 Bersenam dengan kerap.
 Bersukan seperti bermain golf, memancing, dan
bermain badminton dsb.
 Berfikir dan berangan-angan sebelum tidur.
 Bermeditasi dan beryoga-(tidak dibenarkan dlm
Islam)
PROSES KREATIF
 Fasa
3: Pengalaman Idea
Fasa ini adalah fasa yang paling
menyeronokkan apabila usahawan mula
mendapat idea dan jalan penyelesaian
masalah. Proses ini juga dikenali
sebagai faktor eureka. Idea biasanya
datang ketika usahawan melakukan
aktiviti-aktiviti inkubasi. Kadangkala,
idea datang secara tiba-tiba.
PROSES KREATIF
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk
mempercepatkan proses pengalaman idea:
Berangan-angan mengenai sesuatu projek.
 Mempraktikkan hobi.
 Bekerja di dalam persekitaran yang menenangkan.
 Tidak terlalu memikirkan masalah.
 Meletakkan buku nota di sebelah katil untuk
mencatatkan idea-idea sebelum atau sesudah
bangun dari tidur.
 Berehat sebentar apabila penat bekerja.

PROSES KREATIF









Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan
Fasa ini adalah fasa yang paling mencabar bagi usahawan
dan memerlukan disiplin diri, kesabaran serta keyakinan.
Di dalam fasa ini, usahawan dinasihatkan untuk mengambil
langkah-langkah berikut:
Meningkatkan tenaga fizikal melalui senaman dan
sebagainya
Melibatkan diri di dalam proses perancangan perniagaan dan
menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan
Menguji idea bersama-sama pihak yang mempunyai
pengetahuan dan kepakaran
Mempercayai gerak hati dan perasaan anda
Mempelajari teknik-teknik jualan
Mempelajari polisi organisasi
Mendapatkan nasihat orang lain
Menganggap masalah yang dihadapi sebagai cabaran.
KAEDAH MENJANA
IDEA KREATIF

Kumpulan Fokus

Kaedah ini mula digunakan sejak tahun 1950an lagi.

Kaedah ini menggunakan seorang moderator yang
akan melontarkan soalan-soalan mudah kepada
peserta untuk mendapatkan tindak balas.
Biasanya, kumpulan perbincangan akan dibahagikan
kepada 8 - 14 orang peserta.
Setiap kumpulan akan membentangkan pendapat
mereka dan kumpulan-kumpulan yang lain akan
memberi komen.


KAEDAH MENJANA IDEA
KREATIF

Percambahan Fikiran
Kaedah percambahan fikiran membolehkan individu meningkatkan
kreativiti melalui pertemuan dengan individu lain.
Kaedah ini dijalankan secara berkumpulan di mana idea-idea baru akan
dijana ke atas produk dan pasaran tertentu.
Perlu dijalankan di dalam suasana yang menyeronokkan dan bebas
daripada tekanan.
Terdapat empat peraturan penting yang harus diingat apabila
menggunakan kaedah ini, iaitu:

Tidak membenarkan komen-komen negatif serta kritikan.

Kebebasan idea adalah digalakkan.

Lebih banyak idea adalah lebih baik.

Kombinasi idea adalah digalakkan.
KAEDAH MENJANA IDEA
KREATIF

Analisis Masalah Inventori
Analisis masalah inventori biasanya digunakan oleh
individu-individu di dalam kumpulan fokus untuk menjana
idea-idea baru.
Di samping itu, individu-individu yang mewakili pengguna
ini akan menyediakan senarai masalah produk secara
umum.
Seterusnya, mereka dikehendaki mengenal pasti dan
membincangkan produk-produk yang mempunyai
masalah-masalah tertentu.
Melalui kaedah ini, masalah sesuatu produk akan dapat
dikenal pasti dan seterusnya idea-idea baru berkaitan
produk tersebut akan dapat dijana dengan mudah.
Analisis masalah inventori ini juga boleh digunakan untuk
menguji idea produk baru.
HALANGAN KEPADA
KREATIVITI
 Lambat
Bertindak
Kehidupan pada masa sekarang penuh
dengan ketidak jangkaan dan
memerlukan manusia berfikiran pantas.
Teknologi yang sering berubah-ubah
memerlukan manusia cepat bertindak
serta bersedia mempelajari sesuatu
yang baru supaya mereka tidak
ketinggalan.
HALANGAN KEPADA
KREATIVITI

Pemikiran Stereotaip
Kebanyakan manusia tidak berani melakukan
sesuatu yang berbeza dan mengandaikan
setiap situasi perlu berlaku di dalam situasi
dan kaedah yang sama. Mereka cenderung
berfikiran stereotaip dan takutkan perubahan.
Menurut Edward de Bono (1970), manusia
mesti mengubah pemikiran mereka untuk
meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran
yang sedia berubah sahaja akan dapat
menjana idea dan inovasi baru.
HALANGAN KEPADA
KREATIVITI
 Suka Membuat Andaian
Usahawan yang tidak berani menanggung risiko
akan cuba membuat keputusan berasaskan
kebarangkalian dan andaian.
Usahawan yang terlalu bergantung kepada
kebarangkalian akan membuat keputusan tidak
berasaskan realiti dan seterusnya menghalang
beliau untuk berfikiran kreatif.
Walau bagaimanapun, pemikiran intuitif dan andaian
kadangkala perlu digabungkan dengan pemikiran
logik untuk membuat keputusan yang lebih tepat.
HALANGAN KEPADA
KREATIVITI
 Takutkan Risiko
Setiap individu akan cuba untuk membuat keputusan
dan tindakan yang betul.
Sikap cuba untuk meminimumkan risiko juga akan
turut meminimumkan kehendak untuk berinovasi.
Seorang individu yang ingin berinovasi perlu berani
mengambil risiko yang telah dihitung dan tidak
takutkan kegagalan, kerana kegagalan adalah
merupakan pengajaran yang boleh dielakkan di
dalam inovasi seterusnya.
PERSEKITARAN YANG
KREATIF

Di antara ciri-ciri persekitaran organisasi yang kreatif adalah seperti
berikut:











Pihak pengurusan yang memberi sepenuh kepercayaan kepada
pekerja.
Tidak terlalu mengawal pekerja.
Saluran komunikasi organisasi yang terbuka.
Berkomunikasi dengan individu/kumpulan di luar organisasi.
Pekerja yang mempunyai kepelbagaian personaliti.
Bersedia menerima perubahan.
Seronok bereksperimen dengan idea.
Tidak takut menerima kesan daripada kesilapan yang dilakukan.
Menilai prestasi pekerja berdasarkan merit.
Menggunakan teknik-teknik penjanaan idea seperti kaedah
percambahan fikiran dan sebagainya.
Mempunyai sumber kewangan, pengurusan, sumber manusia dan
masa yang mencukupi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Fikirkan…….
Produk apakah
yg dapat anda
dpt hasilkan drp
bahan dibawah???
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
 Definisi
Inovasi
Inovasi adalah proses di mana
usahawan menukarkan peluangpeluang perniagaan ke dalam
bentuk
idea
yang
boleh
dipasarkan.
PROSES INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN
Otak Kiri
* Lisan
* Analitikal
* Abstrak
* Rasional
* Logikal
* Linear
Otak Kanan
* Bukan lisan
* Sintesis
* Melihat analogi
* Tidak rasional
* Mementingkan ruang
* Gerak hati
* Imaginasi
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
Secara ringkasnya, otak kanan membantu
usahawan memahami analogi, berimaginasi dan
menggabungkan maklumat.
 Otak
kiri
pula
membantu
usahawan
menganalisis, berkata-kata dan menggunakan
rasional di dalam penyelesaian masalah.

PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
 Jenis-Jenis
Inovasi
a.Penciptaan
Penciptaan ialah rekacipta produk atau
proses baru yang asli dan belum pernah
dicuba oleh orang lain. Contohnya
Kapal terbang (Adik beradik Wright),
Mentol (Thomas Edison) dan Telefon
(Alexander Graham Bell).
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
b. Pengembangan
 Pengembangan
ialah penggunaan
aplikasi yang berbeza ke atas produk
atau proses yang sedia wujud.
Contohnya McDonald, Telekom
Malaysia dan Agensi Pelancongan.
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
c. Duplikasi
Duplikasi ialah replikasi ke atas produk atau
proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan
seratus peratus, tetapi penambahbaikan ke
atas sesuatu produk dengan sentuhan kreatif
usahawan untuk bersaing di dalam pasaran.
Contohnya perniagaan secara maya, perisa
minuman Pepsi dan batik Malaysia.
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
d. Sintesis
Sintesis ialah gabungan konsep dan
faktor sedia ada ke dalam formulasi
baru. Ia juga boleh diaplikasikan ke
atas penciptaan sedia ada. Contoh:
Tuku refleksi, kertas bersabun dan mp3
pendrive.
PROSES INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

Sumber-Sumber Inovasi
a. Situasi di luar Jangkaan
Inovasi kadangkala terhasil daripada kegagalan
usahawan serta tanpa dirancang dan dijangka.
Inovasi sebegini akan memberi kejutan kepada
penciptanya. Contohnya, penciptaan komputer pada
asalnya hanyalah untuk kegunaan ketenteraan, tetapi
inovasi di luar jangkaan menjadikan komputer bukan
sahaja sebagai alat untuk memberi maklumat tetapi
juga alat untuk berhibur.
PROSES INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN
b.Ketaksamaan
Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di
antara jangkaan dan realiti. Misalnya, perkhidmatan
penghantaran bungkusan biasanya dilakukan pada waktu
siang hari sahaja dan bukan 24 jam sehari.
Contoh :FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan
memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan
malam. ternyata berjaya memberi inovasi kepada
perkhidmatan mel dan mendapat sambutan di luar jangkaan.
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
c. Keperluan Proses
Keperluan proses berlaku apabila usahawan cuba
untuk memenuhi permintaan pasaran dan pelanggan.
Usahawan akan berinovasi selaras dengan kehendak
dan trend pelanggan. Contohnya, peningkatan di
dalam permintaan makanan organik dan penggunaan
komputer yang meluas akan turut mengembangkan
inovasi makanan kesihatan dan penggunaan
pengantara komputer yang lebih moden.
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
d. Perubahan Pasaran dan Industri
Perubahan pasaran dan industri berlaku apabila sikap
pengguna berubah, teknologi yang bergerak pantas,
pertumbuhan industri dan sebagainya.
Contohnya industri minuman ringan yang terpaksa
bersaing dengan minuman berasaskan kesihatan
yang memenuhi keperluan pengguna zaman ini yang
lebih mementingkan kesihatan. Maka, lahirlah Light
Coke, susu rendah lemak, minuman ringan rendah
kalori dan sebagainya.
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
e. Perubahan Demografi
Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya
perubahan trend populasi, umur, pendidikan,
pekerjaan,
lokasi
geografi
dan
sebagainya.
Perubahan demografi dapat memberi peluangpeluang perniagaan kepada usahawan.
Misalnya, peningkatan bilangan wanita yang bekerja
memberi peluang-peluang perniagaan kepada
usahawan yang mengusahakan pusat penjagaan
kanak-kanak.
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
f. Perubahan Persepsi
Situasi ini lahir daripada intepretasi masyarakat
terhadap sesuatu fakta dan konsep. Contohnya,
persepsi
masyarakat terhadap berat badan
berlebihan akan mengakibatkan penyakit, dan
meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap
pentingnya alat bantuan senaman di rumah.
Secara tidak langsung, permintaan terhadap
peralatan senaman ini akan bertambah.
PROSES INOVASI
DALAM
KEUSAHAWANAN
g. Konsep Berasaskan Pengetahuan
Pengetahuan dan kepakaran yang ada pada
sesetengah individu adalah asas kepada penciptaan
produk. Penciptaan adalah satu bentuk inovasi. Ia
adalah berasaskan pengetahuan di mana produk
yang dihasilkan adalah daripada pemikiran, kaedah
serta pengetahuan yang baru.
Penciptaan biasanya memerlukan jangkamasa yang
lama untuk dipasarkan kerana ia memerlukan
pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya.
MITOS-MITOS
DALAM INOVASI
Mitos 1 - Inovasi adalah dirancang dan
dijangkakan
 Mitos ini ternyata berdasarkan konsep lama
organisasi di mana sebarang keputusan
berkaitan inovasi adalah tanggungjawab
jabatan kajian dan pembangunan yang telah
membuat perancangan rapi sebelum inovasi
dilaksanakan.
 Fakta – Inovasi tidak boleh dijangka dan
dirancang kerana ia berlaku tidak kira masa
dan buah fikiran untuk berinovasi juga tidak
terhad hanya kepada jabatan yang
bertanggungjawab kerana idea boleh
dikeluarkan oleh sesiapa sahaja.
MITOS-MITOS
DALAM INOVASI
Mitos 2 – Penyediaan spesifikasi
teknikal perlu diberi keutamaan

Fakta – Persediaan spesifikasi teknikal untuk
berinovasi memerlukan jangkamasa yang lama. Oleh
yang
demikian,
usahawan
perlu
sentiasa
mementingkan percubaan dan pengujian terhadap
produk yang akan dipasarkan dan tidak terlalu
menghabiskan banyak masa dengan penyediaan
dokumentasi prosedur dan sebagainya.
MITOS-MITOS
DALAM INOVASI
Mitos 3 – Kreativiti bergantung kepada
mimpi dan angan-angan

Fakta – Penginovasi adalah individu-individu
yang
praktikal
yang
cuba
membuat
perubahan kepada peluang-peluang yang ada
di alam nyata. Mereka bukan sekadar
bermimpi dan berangan-angan, tetapi cuba
merealisasikan mimpi menjadi kenyataan.
MITOS-MITOS
DALAM INOVASI
Mitos 4 – Perlaksanaan projek di dalam
kumpulan yang besar akan
melahirkan inovasi yang baik
berbanding kumpulan yang kecil.

Fakta - Mitos di atas adalah kurang tepat
kerana pada masa sekarang banyak syarikat
besar menggalakkan pekerja-pekerjanya
bekerja di dalam kumpulan-kumpulan yang
kecil di mana idea lebih senang untuk dijana.
MITOS-MITOS
DALAM INOVASI
Mitos 5 – Teknologi adalah
penggerak kepada inovasi dan
kejayaan syarikat.

Fakta – Teknologi merupakan salah satu
sumber kepada inovasi. Pengguna dan
pasaran adalah merupakan penggerak
inovasi yang utama. Kajian menunjukkan,
inovasi berasaskan pasaran dan kehendak
pengguna mempunyai kebarangkalian yang
tinggi untuk berjaya.
PRINSIP-PRINSIP
INOVASI




Berorientasikan tindakan
Penginovasi mestilah aktif mencari idea baru,
peluang dan sumber inovasi
Memastikan produk, proses serta perkhidmatan
yang dihasilkan adalah ringkas dan difahami
Pengguna sepatutnya memahami inovasi yang
dilakukan ke atas sesuatu produk.
Menghasilkan produk, proses dan perkhidmatan
yang berasaskan pengguna
Penginovasi perlu mengaitkan pengguna dengan
produk yang diinovasikannya supaya konsep dan
idea yang dihasilkan dapat diterima oleh pengguna.
Bermula dengan inovasi yang ringkas
PRINSIP-PRINSIP
INOVASI



Jangkaan yang tinggi
Jangkaan terhadap inovasi mestilah tinggi dengan
memfokuskan kepada posisi di dalam pasaran.
Cuba/uji/ulang semula
Inovasi perlu mengikuti peraturan cuba, uji dan ulang
semula. Peraturan ini dapat mengisi kekangan dan
kelemahan di dalam penghasilan produk, proses dan
perkhidmatan.
Belajar daripada kesilapan
Bukan semua inovasi akan menempa kejayaan.
Banyak inovasi yang gagal. Namun demikian,
kegagalan daripada inovasi yang pertama akan
menghasilkan inovasi baru yang lebih mantap.



PRINSIP-PRINSIP
INOVASI
Ikut jadual yang ditetapkan
Setiap inovasi perlu mengikuti jadual yang ditetapkan.
Kadangkala, projek yang dijalankan mungkin lambat atau
melepasi jadual. Walau bagaimanpun, jadual tetap penting
sebagai aras perancangan dan penilaian projek inovasi.
Memberi ganjaran kepada pencetus idea dan aktiviti
berinovasi
Prinsip ini adalah penting untuk memberi motivasi kepada
individu yang mencetuskan idea kepada inovasi. Aktiviti
berinovasi juga perlu diberi ganjaran dan penghormatan. Ini
bermaksud, pihak pengurusan perlulah bertoleransi serta
bersedia menerima kegagalan di dalam inovasi.
Kerja, kerja dan kerja
Prinsip ini ringkas tetapi adalah tepat untuk merangkumkan
ke semua prinsip-prinsip di atas. Inovasi mementingkan
tindakan dan bukannya semata-mata bergantung kepada
TEKNOUSAHAWAN
Definisi Tekno Usahawan
keusahawanan tekno itu adalah bidang
keusahawanan yang mengaplikasi dan
menggunapakai teknologi di dalam
pengeluaran produk, pengurusan perniagaan
dan pembuatan keputusan berkaitan
perniagaan.
Manakala usahawan tekno pula adalah
usahawan yang menggunakan teknologi di
dalam perlaksanaan perniagaannya.
TEKNOUSAHAWAN

Kerajaan Malaysia dengan bantuan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) banyak membuka peluang kepada
usahawan-usahawan dan memberi galakan
kepada usahawan untuk menceburi bidang
sains dan teknologi untuk diaplikasikan dalam
perniagaan. Salah satu dasar yang
diperkenalkan oleh MOSTI adalah Dasar
Sains dan Teknologi Kebangsaan yang ke
2 dengan memberi fokus utama kepada
perkara-perkara berikut:
TEKNOUSAHAWAN




Meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di dalam
pengambilalihan serta penyelidikan dan pembangunan
teknologi.
Menggalakkan kerjasama di antara organisasi awam dan
industri serta di antara firma tempatan dan firma luar
negara di dalam kerjasama teknologi.
Meningkatkan perpindahan pengetahuan ke dalam produk,
proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah
kepada industri.
Memposisikan Malaysia sebagai penyedia teknologi di
dalam bidang bioteknologi, bahan berteknologi,
pengeluaran berteknologi, mikroelektronik, teknologi
maklumat dan komunikasi, aeroangkasa, tenaga kuasa,
farmasi, teknologi nano dan fotonik (teknologi sains
pengcahayaan melibatkan transmisi maklumat melalui
cahaya, fiber optik dan teknologi laser).
Bidang Sains dan Teknologi di
dalam Keusahawanan
a. Bioteknologi
Biologi membawa maksud kajian sains tentang
benda hidup, manakala teknologi adalah
penggunaan sains untuk menyelesaikan masalah
atau menghasilkan produk yang bermanfaat untuk
manusia. Gabungan biologi dan teknologi
menghasilkan bioteknologi yang bermaksud teknik
atau proses yang melibatkan penggunaan sains
yang berkaitan dengan benda hidup seperti mikro
organisme, haiwan atau tumbuhan untuk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk
yang bermanfaat kepada manusia.
Kronologi Bioteknologi
Moden
TAHUN
PRODUK BIOTEKNOLOGI
1930an
1960an
1970an
Antibiotik penisilin
Teknologi molekul
Teknik kejuruteraan genetik
1980an
1994an
Hormon insulin manusia
Tomato transgenik lambat masak
1997
Klon binatang pertama-kambing biri-biri
(Dolly)
Penjujukan DNA genom manusia yang
lengkap telah diperoleh.
Abad ke 21
Bioteknologi
Bioteknologi dalam Industri Permakanan
Bioteknologi dapat membantu penghasilan makanan yang
berkhasiat dan bervitamin. Misalnya, penghasilan beras yang
mengandungi beta-carotene adalah salah satu sumber
vitamin A.
 Bioteknologi di dalam Bidang Perubatan
Bidang perubatan turut mendapat sentuhan bioteknologi.
Misalnya, penghasilan insulin melalui teknologi DNA
Rekombinan untuk merawat penyakit kencing manis.
 Bioteknologi dan Alam Sekitar
Bioteknologi sangat berguna di dalam merawat dan
mengawal pencemaran alam sekitar yang terhasil melalui
bahan-bahan buangan dan industri yang bertoksik. Kaedah
yg digunakan ialah bioremidiasi dengan menggunakan mikro
organisma.

Bioteknologi

Bioteknologi dalam Pertanian
1. Pengklonan
Pengklonan melibatkan proses penghasilan
anak-anak pokok atau penghasilan haiwan
daripada tisu pokok atau haiwan berkenaan
yang sama kandungan genetiknya dengan
induk, bertujuan untuk menghasilkan jumlah
pokok atau haiwan yang lebih banyak.
Bioteknologi
2. Kacukan atau Hibrid
Proses hibrid melibatkan pemindahan genetik secara
semula jadi daripada dua organisme yang sama
untuk menghasilkan anak baru. Contoh tumbuhan
transgenik yang menggunakan kaedah bioteknologi
adalah:






Buah tomato lambat masak
Kacang soya yang menerima gen enzim daripada bakteria
Kapas B+ yang mempunyai ketahanan daripada serangan larva
serangga.
Betik yang mempunyai ketahanan daripada serangan virus.
Beras emas yang menerima enzim penghasilan beta karoten.
Kambing polly yang menerima gen manusia untuk membantu
pembekuan darah. Digunakan untuk membantu pesakit
hemofilia.
Agro teknologi

Agro teknologi merupakan penggunaan
teknologi di dalam pertanian yang berbentuk
tanaman, haiwan peliharaan dan tenusu. Di
Malaysia amnya, perkembangan dapat
dilihat dalam agro teknologi, misalnya di
dalam penghasilan padi yang dahulunya
hanya ditanam dua kali setahun, tetapi
dengan penyelidikan dan teknologi terkini,
penanaman padi telah dapat ditingkatkan
kepada tiga atau empat kali setahun dengan
benih padi yang lebih baik dan bermutu.
Agro teknologi

Teknologi Nuklear dalam Pertanian
Bidang pertanian menggunakan teknologi
nuklear dalam menghasilkan kepelbagaian
baka baru yang lebih berkualiti melalui proses
radiasi bagi menghasilkan tumbuhan mutan
yang lebih hasil.
Teknologi nuklear juga telah digunakan untuk
mengenal pasti kandungan sisa racun
serangga dan dalam industri asas tani untuk
pemprosesan makanan.
samb: teknologi
nuklear



Pihak
yang
bertanggungjawab
menjalankan
penyelidikan di dalam teknologi ini ialah : Institut
Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).
Cth tanaman mutan ialah pisang padi, kacang tanah
dan tanaman hiasan.
Lumbu klon juga boleh menggunakan teknik nuklear.
Telekomunikasi dan
Teknologi Maklumat

Bagaimana
Malaysia?

Pada tahun 1870an, peralatan telegraf telah
diperkenalkan sebagai salah satu alat komunikasi.
Telegraf digunakan bertujuan untuk membolehkan
pegawai-pegawai British berkomunikasi dengan dunia
luar. Alat ini telah telah diperkenalkan dan dipatenkan
oleh Samuel Morse.
Seterusnya, telegraf telah diperkenalkan di Malaysia
pada tahun 1874 dan dipasang buat kali pertama di
kediaman residen British di Perak.

Telekomunikasi
Bermula
di
Telekomunikasi dan
Teknologi Maklumat

Teknologi Komputer di Malaysia
Teknologi komputer mula dicipta oleh J.
Presper Ecker Jr. dan John W. Mauchly.
Teknologi komputer elektronik pada ketika itu
bersaiz besar menyamai saiz sebuah bilik.
Tetapi kini, komputer telah dibangunkan
dengan teknologi perisian dan cip. Melalui
teknologi komputer, banyak permasalahan
manusia dapat diselesaikan. Penubuhan
MSC telah mencetus pelbagai kemajuan
seperti penubuhan Bandar Cyberjaya pada
tahun 1999 sebagai sebuah Bandar pintar.
Telekomunikasi dan
Teknologi Maklumat

Manfaat kepada Usahawan
i) kepada bidang kesihatan apabila telekesihatan
mula diperkenalkan.
ii) Perniagaan - Usahawan juga mendapat peluangpeluang perniagaan melalui teknologi perisian dan
perkakasan serta dapat memberi peluang pekerjaan
kepada 40,000 penduduk.
Malaysia juga telah dapat mengeksport produk ICT
berupa cip komputer yang bernilai RM1.5 bilion.
Banyak syarikat yang telah mendapat status MSC
dan telah berjaya menjana pendapatan sebanyak
RM7.21 bilion pada tahun 2004.
Automotif
Sektor automotif merupakan industri penting
kepada ekonomi Malaysia.
Sumbangan sektor ini kepada ekonomi
negara adalah besar, serta berkait
rapat dengan sektor pembuatan dan
perkhidmatan.
 Penubuhan Proton pada tahun 1985 diikuti
dengan Perodua pada tahun 1993
bertindak sebagai pemangkin kepada
perkembangan sektor automotif. Ini
turut menyebabkan perkembangan industri
komponen automotif yang seiring.
 MODENAS – AUGUST 1995.

Automotif

Sektor Automotif di Malaysia
Pada masa ini, sektor automotif di Malaysia
terdiri daripada beberapa pihak terbabit yang
merentasi keseluruhan rantaian nilai sektor
ini. Terdapat empat pembuat kenderaan
penumpang dan komersial termasuk Proton
dan Perodua. Berdasarkan rekod prestasi
perkembangan dan kestabilannya selama ini,
sektor automotif di Malaysia mempunyai
potensi yang besar untuk
berkembang pada masa hadapan.
Automotif

Program Pembangunan Vendor
Program Pembangunan Vendor (PPV) yang
telah dilancarkan pada tahun 1988 yang
bermatlamat membangunkan industri kecil
dan sederhana (IKS) sebagai vendor yang
menjadi pengilang dan pembekal komponen
serta perkhidmatan kepada syarikat besar
tempatan dan syarikat multinasional (MNCs)
dengan kerjasama bank dan institusi
kewangan.
Aeroangkasa

Penglibatan Malaysia sebagai pengguna
teknologi angkasa bermula dengan
pembinaan stesen bumi satelit yang pertama
pada penghujung tahun 60-an yang
dikendalikan oleh Jabatan Penyiaran
Malaysia. Pada tahun 1995, program
mikrosatelit kebangsaan, TiungSAT-1, telah
dilancarkan dengan rasminya. Program ini
merupakan langkah penting bagi Malaysia
berpindah daripada pengguna kepada
pengeluar teknologi angkasa sebagai satu
bidang strategik negara.
Kejayaan Usahawan
dlm Aeroangkasa
Penggabungan Boeing & McDonnell Douglas
/ Penggabungan syarikat aeroangkasa &
pertahan Eropah membawa penubuhan
European Aeronautic Defence and Space
Company).
 Perkongsian Bestari – pembelian luar
disalurkan kepada syarikat aeroangkasa Asia
kerana kos pengeluaran & buruh yg rendah.

Samb……





MAS telah membuat perkongsian dengan British &
Singapore.
AIROD telah berkembang maju sebagai unit dalam
Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM).
Subang International Aerospace Park (SIAP) dan
Composite Tech City di Batu Berendam Melaka
menggalakkan lagi pembangunan aeroangkasa di
Malaysia.
Majlis Industri Pertahanan Malaysia bagi
memantapkan industri pertahanan (udara dan
aeroangkasa Malaysia).
Geran IRPA (Intensified Research in Priority Areas) di
peruntukan bagi menggalakan penyelidikan dalam
bidang ini.
Aeroangkasa

Usahawan dan Industri Aeroangkasa
Kebelakangan ini, beberapa syarikat Malaysia
sama ada di peringkat awal menubuhkan
syarikat usaha sama bagi pembuatan
bahagian dan komponen bagi kontraktor
utama ataupun telah sedia menyerahkan
beberapa set bahagian-bahagian yang dibuat
di Malaysia bagi kontraktor-kontraktor utama.
Oleh itu, industri aeroangkasa Malaysia
sememangnya tidak asing lagi dengan
pendekatan perkongsian bestari, malahan
boleh berbangga menjadi antara yang
pertama melaksanakan pendekatan tersebut
di negara ini.
Rancangan Malaysia
ke 9

Dasar Bioteknologi Negara (DBN)









Teras 1 – Pembangunan bioteknologi pertanian
Teras 2 – Pembangunan bioteknologi kesihatan
Teras 3 – Pembangunan bioteknologi industri
Teras 4 – Pemerolehan R&D dan teknologi
Teras 5 – Pembangunan modal insan
Teras 6 – Pembangunan infrastruktur kewangan
Teras 7 – Pembangunan rangka kerja kawal selia
Teras 8 – Pemposisian strategik
Teras 9 – Komitmen kerajaan

FASA DASAR
BIOTEKNOLOGI
NEGARA
Fasa 1 (2005 – 2010)







Penubuhan majlis penasihat dan perlaksanaan penasihat.
Penubuhan Malaysian Biotech Corp.
Pendidikan dan latihan kepada pekerja
Pembangunan perundangan dan rangka kerja Perlindungan
Harta Intelektual
Pembangunan perniagaan melalui program accelatarot
Membina penjenamaan Malaysia
Pencipataan kerja dan industri dalam bioteknologi pertanian,
bioteknologi kesihatan dan bioinformatik.

Fasa 2 (2011-2015)








Membentuk pakar dalam penemuan daha dan
pembangunan berasaskan sumber asli.
Pembangunan produk asli.
Pakatan teknologi
Kenal pasti promosi pelaburan
Kenal pasti syarikat-syarikat spinning-off
Mengukuhkan penjenamaan
Membina keupayaan dalam perlesenan teknologi.
Penciptaan kerja intensif-pengetahuan.
 Fasa




3 (2016 – 2020)
Kukuhkan kekuatan dan keupayaan dalam
pembangunan teknologi.
Pembangunan berterusan untuk pakar dan
kekuatan dalam penemuan dan
pembangunan.
Mengukuhkan inovasi dan perlesenan
teknologi.
Promosi syarikat-syarikat global Malaysia.
BIONEXUS DI
MALAYSIA

BioNexus Malaysia adalah satu jaringan
kepada pusat kecemerlangan melalui negara,
syarikat dan institusi yang mempunyai
pengkhususan dalam sub-sektor bioteknologi.
Permulaan jaringan ini boleh dilihat melalui
kemudahan-kemudahan, infrastruktur dan
modal insan yang sedia ada di sesetengah
univeristi, pusat penyelidikan dan pusat
perdagangan.

terdapat tiga pusat kecemerlangan yang akan
dibangunkan sebagai sebahagian daripada
Bionexus:



Pusat Kecemerlangan untuk Bioteknologi
Pertanian yang memfokuskan kepada MARDI dan
Universiti Putra Malaysia di Serdang.
Pusat Kecemerlangan untuk Biologi Genomik dan
Molekular yang akan ditumpukan di Universiti
Kebangsaaan Malaysia di Bangi.
Pusat Kecemerlangan untuk Farmakutikal dan
Nutrakutikal yang akan dibina di tapak BioValley,
berhampiran Dengkil.
Contoh syarikat-syarikat yang mendapat pengiktirafan BioNexus.
 Ar-Raudhah Bio-Tech Farm Sdn. Bhd.
 Asia Pacific Special Nutrients Sdn. Bhd.
 Bio Molecular Industries Sdn Bhd.
 BioFact Life Sdn Bhd.
 Biovic Sdn Bhd.
 Chakra Biotech Sdn Bhd.
 First Base Laboratories Sdn Bhd.
 Granulab (M) Sdn Bhd.
 Holista Biotech Sdn Bhd.
 IPT Kosmo Biotechnology Sdn Bhd.
 KL Biotech Manufacturing Sdn Bhd.
 Malaysian Agri Hi-Tech Sdn Bhd.
 Nova Laboratories Sdn Bhd.
 Olipro Biotechnology Sdn Bhd.
 Power Biotechnology Sdn Bhd.
 Profound Vaccine Sdn Bhd.
 Stemlife Bhd.
 Stevian Biotechnology Corporation Sdn Bhd.
 TSH Biotech Sdn Bhd.
 Vivantis Technology Sdn Bhd
Institut Pelaksana &
Peruntukan



Majlis Pelaksanaan Bioteknologi akan menentukan
hala tuju keseluruhan dasar, mengawasi pelaksanaan
inisiatif bioteknologi negara dan menyediakan forum
bagi memastikan penyelarasan antara kementerian.
MOSTI.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Kementerian Kesihatan dan kementerian
Industri Perladangan dan Komoditi akan membantu
pembangunan bidang terpilih dalam bioteknologi
pertanian, bioteknologi industri dan bioteknologi
penjagaan kesihatan.
Peruntukan…….

Peruntukan sebanyak RM 2.0 bilion akan
disediakan untuk pembangunan bioteknologi.
Daripada jumlah ini, 45.9 peratus akan
disediakan untuk pembangunan infrastruktur
fizikal, manakala baki sebanyak 54.1 peratus
akan diperuntukan kepada pembangunan soft
infrasctructure termasuk R &D dan
pengkomersilan serta program pembangunan
perniagaan.
TOKOH-TOKOH TERKENAL
DALAM BIDANG USAHAWAN
TEKNO MALAYSIA
a. Datuk Iskandar Mizal Mahmood (Ketua
Pegawai
Eksekutif,
Malaysia
Biotechnology Corporation)
b. Goh Cheh Yak (Pengasas Gintell (M)
Sdn. Bhd.)
c. Profesor Dato’ Dr Norbik Bashah Idris
( Pengasas SCAN Associates )
d. Tan Sri Dato’ Profesor Dr. Lim Kok
Wing (Pengasas The Lim Kok Wing
University
College
of
Creative
Technology)
KESIMPULAN

Persekitaran perniagaan pada masa kini
adalah dinamik dan usahawan terpaksa
berhadapan dengan perubahan teknologi
yang begitu pantas. Usahawan perlu
menghadapi cabaran-cabaran ini untuk
menangani ekonomi moden. Globalisasi,
kemajuan internet, era maklumat turut
memberi cabaran kepada usahawan di dalam
persaingan pasaran. Persaingan yang ada
membuatkan usahawan perlu mempunyai
kreativiti dan berinovasi bagi menyesuaikan
diri dengan pantas kepada perubahan
pasaran.

similar documents