maqasid_al-syariah_teras_pemerintahan_negara

Report
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
marilah
kita samasama
bertakwa
kepada
Allah SWT
dengan
bersungguhsungguh
melaksanakan
segala suruhanNya dan
meninggalkan
segala
larangan-Nya.
Mudahmudahan kita
menikmati
kesejahteraan
dan keberkatan
hidup serta
berbahagia di
dunia dan di
akhirat.
Dalam fiqh Islam
ketua negara atau pemimpin umat Islam
disebut dengan beberapa nama
Khalifah,
Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi)
al-Imam
Waliyyul Amr
Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin,
imam al-Muslimin,
Sultan,
al-Malik (Raja).
Maka
menjadi beberapa dasar yang wajib
dipikul dan dilaksanakan oleh setiap
yang bernama pemimpin sesuai
dengan kedudukan masing-masing
al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam AsSultaniah wawilayatu ad-Diniyah antaranya:
Pertama:
Memelihara Din al-Islam, mengenai asasnya
yang tetap dan juga tentang perkara-perkara
yang telah disepakati oleh ulama’.
Kedua:
Melaksanakan hukum di antara pihak-pihak
yang bertelagah serta menyelesaikan setiap
perselisihan yang timbul.
Ketiga:
Menjalankan setiap hukum dan perintah yang
Allah SWT amanahkan kepada manusia agar
hak Allah tidak diabaikan dan dapat pula
melindungi hak manusia dari kerosakan dan
kemusnahan.
Sabda Rasulullah SAW:
apakah teras kepada seseorang
pemimpin itu didalam
melaksanakan pemerintahan
sesebuah negara?.
maqasid alSyariah
menjadi teras
didalam
melaksanakan
tanggungjawab
kepada
pemerintahan
negara.
Maqasid al-Syariah
ialah melakukan
kebaikan dan kebajikan
bertujuan untuk
menjaga tata susila,
kepentingan dan sistem
hidup. Allah SWT
menjelaskan di dalam
al-Quran bahawa
perutusan Nabi Muhamad
SAW adalah untuk
kebaikan dan rahmat
bagi sekalian alam.
Maqasid al-Syariah yang
ingin dicapai ini perlulah
menjadi tonggak dan hala
tuju di dalam pensyariatan
hukum-hakam dan ajaran
Islam
Imam Ibn Taimiyah
pernah menyebut
bahawa:
Maqasid yang wajib bagi
pemerintah ialah memastikan
kebaikan agama bagi manusia,
jika hilang agama, mereka akan
menjadi orang yang sangat rugi
dan nikmat dunia yang diperolehi
tidak akan memberi manfaat
kepadanya.
Imam al-Mawardi di dalam
kitabnya al-Ahkam al-Al
Sultaniah bahawa:
Perlantikan pemerintah
disyariatkan bertujuan
menggantikan tugas
kenabian dalam menjaga
agama dan mentadbir dunia.
menurut Imam Ghazali di
dalam kitabnya' alMustashfa' bahawa
lima perkara pokok yang
perlu dipelihara dalam
maksud syariah itu sendiri
iaitu; agama, diri, akal,
keturunan dan harta.
Para ulama telah membuat
kajian secara terperinci tentang
tatacara hidup manusia.
Justeru, agama Islam telah mengariskan
dasar segala peraturan terutamanya sistem
yang sangat diperlukan oleh kehidupan
manusia bagi menjamin survival yang akan
mendatangkan manafaat dan menjauhkan
mudarat.
Dalam konteks ini, para ulama Islam telah
menggariskan lima kepentingan yang wajib
dijaga oleh pemerintah yang tiada tolak
ansur untuk mengabaikannya agar umat
Islam mampu bertahan menghadapi segala
cabaran.
Pertama:
Menjaga Agama
Sebagai pemerintah maka menjadi
kewajipan untuk meletakkan
kepentingan agama ditempat yang
teratas.
Menurut al Imam al-Juwaini
bahawa antara tanggungjawab
pemerintah ialah
memelihara akidah dan amalan umat
Islam sejauh yang boleh dilakukan,
menghapus kekeliruan yang dibawa
oleh penyeleweng agama, membenteras
amalan bidaah serta penganjurpenganjurnya.
Justeru segala
perkara yang
merosakkan
agama
hendaklah
dihindarkan.
Namun perlu diingat di dalam kita
menjaga agama pelbagai cabaran
yang perlu di atasi antaranya
gejala ajaran sesat, Syiah, aliran
pemikiran Pluralisme,
sekularisme, Liberalisme, LGBT
dan lain-lain lagi.
Mereka yang tidak beragama akan
lemah akhlaknya dan hilang
semangat patriotik dan jati
dirinya dan tidak mustahil akan
menggadaikan kepentingan
negaranya demi memenuhi
tuntutan hawa nafsunya.
Penyelewengan
akidah wajib
dibanteras.
Dengan menjaga agama akan
menjadi seorang yang adil dan
berintegriti tidak akan
membenarkan sesuatu berlaku
yang akan merosakkan akhlak
dan moral.
Kedua
Menjaga nyawa
Islam mengharamkan penumpahan
darah dengan jalan yang tidak
benar. Apabila nyawa tidak
terpelihara maka negara akan
musnah, ketenteraman dan
keamanan akan hilang.
Seseorang Islam itu ialah
yang menyelamatkan
Hadith
kaum muslimin melalui
Rasulullah
lidah (bicara) dan
SAW yang
tangannya
(kuasa
dan
bermaksud:
perlakuan), dan orang
yang beriman pula ialah
orang yang dipercayai oleh
orang lain dalam
menjamin nyawa dan
harta benda mereka.
Ketiga
Menjaga
akal
Akal wajib
dipelihara dan
dipupuk dengan
nilai-nilai mulia
dan ilmu.
Semua unsurunsur yang
menjurus
kepada
kehilangan akal
seperti arak,
dadah, filem
yang
merosakkan
pemikiran wajib
dibanteras
dengan segera.
Keempat
Menjaga maruah
dan keturunan.
Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial
dalam masyarakat Islam. Apabila keturunan telah rosak
dengan sebab menyalahi syariat dan tabie manusia seperti
penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya
maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan
akhirnya akan runtuh dengan sendirinya.
Dalam menjaga
harta Islam telah
mengariskan
prinsipnya iaitu al-
adl wal ihsan.
Kelima:
Menjaga
harta.
Pendekatan Islam
amat menitik berat
soal keadilan
dengan
mengharamkan
segala bentuk
penindasan, amalan
riba, penipuan,
rasuah, monopoli
yang tidak
seimbang, cetak
rompak, menipu hak
intelek, manipulasi
pasaran dan segala
bentuk
penyelewengan atau
perkara-perkara
yang menzalimi dan
merugikan pihak
lain.
Mimbar yang mulia pada hari ini ingin menegaskan
kepada para jemaah dan umat Islam sekalian bahawa
maqasid al- Syariah adalah menjadi teras pemerintahan di
negara kita.
Maka menjadi tanggungjawab bagi pemerintah
untuk menjaga segala kepentingan2 yang
berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama
seperti keamanan negara, keselamatan nyawa
dan harta benda, kebajikan rakyat,
keselamatan akidah serta kemudahan
menunaikan perintah agama.
Kesemua inilah diusahakan
oleh pemerintah melalui
Kementerian, Jabatan dan
Agensi di bawahnya adalah
berlandaskan maqasid alsyariah demi kepentingan
rakyat dan negara.
Justeru, sebagai
rakyat kita
hendaklah
bersyukur di atas
segala nikmat
yang dikecapi
selama ini.
Kita juga dapat melihat
bagaimana kesungguhan pihak
pemerintah dalam memastikan
keselamatan dan keamanan
negara terutama dalam
membendung jenayah kongsi
gelap, gengsterisme pada akhirakhir ini.
Maka, menjadi tanggungjawab
kita sebagai rakyat
memberikan taat setia lebihlebih lagi kita sebagai umat
Islam telah diajar supaya taat
dan patuh kepada pemerintah
selagi tidak bercanggah
dengan syariah.
bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50
tahun penubuhan Tabung Haji pada tanggal 30
September 1963
menyeru sidang jumaat sekalian untuk sama-sama
menyokong usaha pemerintah terutama di dalam
mengembangkan syiar Islam di negara kita.
Hari ini Lembaga Tabung Haji bukan sahaja menjadi pengurus kepada hal ehwal
pemergian umat Islam menunaikan ibadah haji, bahkan menjadi salah satu milik
umat Islam terkemuka yang terbukti berjaya menguruskan pelaburan yang cekap
bagi meningkatkan modal umat Islam menerusi pelaburan patuh syariah yang
menguntungkan. Inilah sebahagian daripada maqasid al-syariah yang dilaksanakan
demi kepentingan umat Islam.
marilah sama-sama kita sekalian
memperteguhkan keimanan kepada
Allah, SWT memperbanyakkan amal
kebajikan, menjalankan tugas
dengan jujur, menjauhi segala
perbuatan berdosa dan maksiat.
Suburkan perasaan perpaduan
di antara rakyat yang berbilang
kaum, eratkan hubungan di
kalangan mereka semoga
sentiasa hidup aman damai,
menikmati keadilan,
kemakmuran dan keselamatan
sepanjang zaman.
Kita doakan juga agar
negara kita ini dikekalkan
nikmat kestabilan politik
dan keamanan, dijauhkan
dari segala perbuatan
melampau yang boleh
membawa malapetaka dan
kehancuran.
‫ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ‬
‫ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ‬
‫ﮭ ﮭ ﮭ ﮭ‬
Segala puji-pujian hanya bagi Allah
SWT

similar documents