BML 3063 IV RAGAM AYAT

Report
BML 3063
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Susunan dan Ragam Ayat:
Aktif dan Pasif
RAGAM AYAT
Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam
ayat pasif.
Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah
kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan.
Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang
digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-….
Contoh ayat aktif:
Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria.
RAGAM AYAT
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek
dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan
di-, teR-, beR-, ke- -an atau mempunyai kata ‘kena’
sebelum kata kerja.
Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima
sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri
kedua.
Contoh ayat pasif:
Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.
Ayat aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat aktif terdiri daripada
(i)
(ii)
Ayat aktif transitif
Ayat aktif tak transitif.
Ayat aktif transitif
Ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa
nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
(a)
(b)
Ali menunggang basikal
Ali menebas rumput
Ayat Aktif
Ayat aktif tak transitif
Ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif dalam kluasa
utamanya.
Kata kerja tersebut tidak memerlukan objek. Namun demikian,
kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh pelengkap atau unsur
keterangan.
Contoh :
(a)
(b)
(c)
(d)
Rombongan pengantin itu telah tiba.
Badannya menjadi kurus.
Harga gula naik pada musim perayaan sangat tinggi.
Kanak-kanak itu sedang tidur di bawah pokok.
AYAT PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif
transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi
mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang
diterangkan.
Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga
jenis iaitu:
(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
(ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan
kedua
(iii) Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir
sebelum kata kerja
AYAT PASIF
(i)
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Antara imbuhan kata kerja pasif ialah di-, ter-, ber-, dan ke-...an.
Digunakan dengan KGD ketiga.
Contoh:
(a)
(b)
(c)
(d)
Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.
Mereka kehujanan sepanjang hari.
Surat itu belum berjawab.
AYAT PASIF
(iii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar.
Kata ganti nama diri boleh berbentuk penuh atau tidak.
Contoh:
(a)
(b)
(c)
(d)
Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
Makanan itu belum kurasai lagi.
Hutang itu perlu engkau jelaskan sepenuhnya.
Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.
AYAT PASIF
(iii)
Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir
sebelum kata kerja.
Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar
yang tidak menerima awalan.
Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan.
Contoh:
(a) Pencuri itu kena tangkap (oleh polis)
(b) Dia kena tipu (oleh pemuda itu)
(c) Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)
Jenis ayat & Bentuk Ayat
Jenis Ayat (telah dikuliahkan sebelum ini)
• Ayat penyata
• Ayat tanya
• Ayat perintah
• Ayat seruan
Bentuk ayat
i.
Ayat tunggal
ii. Ayat majmuk
Majmuk gabungan
Majmuk pancangan
Majmuk campuran
Bentuk Ayat
i. Ayat tunggal
Ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek
dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat
mudah atau ayat selapis.
Contoh
(a) Salman Khan tampan.
(b) Sharmila menyapu halaman rumah.
Dalam ayat di atas, Salman Khan dan Sharmila ialah
subjek, manakala tampan dan menyapu halaman rumah
ialah predikat.
Bentuk Ayat
ii.
Ayat majmuk
Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih
ayat tunggal yang dihubungkan oleh perkataan kata
hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya
dan lain-lain.
Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu;
(i) Ayat majmuk gabungan.
(ii) Ayat majmuk pancangan.
(iii) Ayat majmuk campuran.
(i) Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri
daripada 2 ayat atau lebih yang digabungkan
menjadi ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan kata hubung gabungan.
Contoh kata hubung gabungan ialah dan,
atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta
dan sebagainya.
(i) Ayat majmuk gabungan
Penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis
gabungan iaitu;
(a) Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan.
Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata
hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan.
Contoh:
Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur.
Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama dia mengambil
buku itu ayat kedua, dia masuk ke bilik tidur.
Ayat majmuk gabungan (samb.)
(b) Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan.
Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata
hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan,
dan padahal.
Contoh
(a) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau
panas.
(b) Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih
murah.
(ii) Ayat Majmuk pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat
atau lebih yang kedudukannya tidak setara, iaitu ayatnya tidak
boleh berdiri sendiri
Ayat majmuk pancangan terdiri daripada ayat yang terdiri daripada
satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang
dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sendiri
tetapi ayat kecil tidak.
Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
(a) Ayat majmuk Pancangan relatif
(b) Ayat majmuk pancangan komplemen
(c) Ayat majmuk pancangan keterangan
Ayat majmuk pancangan
(a) Ayat Majmuk Pancangan relatif.
Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang
menggunakan kata hubung pancangan yang untuk
memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.
Contoh
(a) Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.
(b) Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya.
(c) Perompak yang menyamun bank itu telah ditangkap.
Proses pemancangan
Proses pancangan ayat (a):
Wanita itu memakai barang kemas. Barang
kemas itu mahal.
Wanita itu memakai barang kemas +
barang kemas itu mahal.
Wanita itu memakai barang kemas yang
mahal.
Proses Pemancangan
Proses pemancangan ayat (b):
Kanak-kanak itu comel. Kanak-kanak itu anak
buah saya.
Kanak-kanak itu comel + kanak-kanak itu anak
buah saya.
Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya.
Proses Pemancangan
Proses pemancangan ayat (c):
Perompak menyamun bank itu. Perompak telah
ditangkap.
Perompak menyamun bank itu + perompak telah
ditangkap.
Perompak yang menyamun bank itu telah
ditangkap.
Ayat Majmuk Pancangan
(b)
Ayat majmuk pancangan komplemen
Ayat komplemen ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat
utama sebagai sebagai unsur yang melengkapkan ayat
tersebut.
Ayat komplemen dihubungkan dengan ayat induk
menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan
untuk.
(a) Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal.
(b) Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang.
(c) Ibu ke pasar untuk membeli ikan dan sayur.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat komplemen berbeza daripada ayat relatif dari segi
hubungan ayat-ayat kecil dengan ayat induk .
Komplemen bertujuan untuk melengkapkan kata kerja
yang terdapat dalam ayat induk tersebut.
Penggunaan kata hubung bahawa dan untuk bertujuan
untuk menandakan hubungan tersebut.
ini dapat digambarkan sepertiberikut:
Proses pemancangan ayat komplemen
Ayat (a)
Ayat induk: Dia mengakui (sesuatu)
Ayat kompleman: Anaknya itu nakal
Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal.
Ayat (b)
Ayat induk: Nenek itu yakin (sesuatu)
Ayat komplemen: Anaknya akan pulang.
Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang.
Proses pemancangan ayat komplemen
Ayat (c)
Ayat Induk : konflik itu adalah rumit.
Ayat Komplemen: (untuk) mereka menangani konflik itu.
Untuk mereka menangani konflik itu adalah rumit.
Ayat majmuk pancangan
(c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau
lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
(a) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
(b) Anak itu menangis kerana ia lapar.
Kedudukan ayat keterangan tidak tetap, boleh hadir di depan atau di
belakang ayat induk,
Contoh:
(a) Ketika saya bekerja dahulu, dia bukan ketua saya.
(b) Anak itu menangis kerana dia lapar.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan terdiri daripada ayat majmuk
keterangan musabab, waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan,
pertentangan dan akibat.
(i)
Keterangan musabab (sebab berlaku sesuatu kejadian/
perbuatan)
Contoh:
(a) Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.
(b) Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak
dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.
(c) Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguhsungguh.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(ii) Keterangan akibat
Contoh:
(a) Shafie bersorak terlalu kuat hingga
serak suaranya.
(b)
Pelajar itu berusaha bersungguhsungguh sehingga ia berjaya
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(iii) Kerterangan syarat
Contoh:
(a) Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa
sepuluh hari.
(b) Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan
bersungguh-sungguh.
(c)
Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah
membenarkannya.
(d) Jika diizinkan tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(iv) Keterangan waktu
Contoh:
(a) Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang
pergaduhan itu.
(b) Saya belum berkunjung ke rumah Ali semenjak dia
berpindah ke sana.
(c) Sementara menunggu padi masak, petani itu
menanam jagung.
(d) Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(v) Keterangan pertentangan
Contoh:
(a) Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis
perayaan itu.
(b) Kendatipun pahlawan itu telah terkena tikaman, dia terus
melawan musuhnya.
(c)
Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka
masih di kampung.
(d) Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu
meneruskan perjalanan.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(vi) Keterangan harapan
Contoh:
(a) Kita mesti bertolak ansur agar semua
pihak berpuas hati.
(b) Supaya suasana menjadi aman damai, mereka
semua bersetuju dengan cadangan pemimpin itu.
(c) Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia
mengetahuinya.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(vii) Keterangan cara
Contoh:
(a) Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.
(b) Aziz memecahkan tingkap rumah itu dengan
menggunakan besi.
(c) Mereka ke sekolah dengan menunggang
basikal.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(viii) Keterangan tujuan
Contoh:
(a) Pemuda itu datang dengan menaiki kereta
api.
(b) Aziz memecahkan tingkap rumah itu dengan
menggunakan besi.
(c) Mereka ke sekolah dengan menunggang
basikal.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
(ix) Keterangan perbandingan
Contoh:
(a) Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.
(b) Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.
(c) Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk
merindui bulan.
(d) Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan
hendak menangis.
(iii) AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi
lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada
campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.
Ayat sedemikian biasanya panjang.
Contoh
Ahmad sedang membaca buku tetapi kawankawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat tersebut terdiri daripada ayat majmuk
gabungan yang disambungkan dengan kata
hubung tetapi.
Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca
buku sementara ayat yang kedua ialah kawankawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat yang kedua merupakan ayat majmuk juga
kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih
lesu, dipancangkan ke dalamnya.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
(b) Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir
dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan
tersebut.
Dalam ayat tersebut terdapat dua ayat relatif yang
dipancangkan ke dalam ayat induk, iaitu yang lahir dalam
tahun 2002 dan yang telah menerima suntikan tersebut.
Subjek ayat majmuk ini ialah mereka, kata kerjanya
mendaftarkan dan objek tepat ialah kanak-kanak.
Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada
objek tepat.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
(c) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan itu
penting dan mereka menyedari bahawa walaupun
mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu
mesti dipatuhi.
Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat yang
digabungkan dengan kata hubung dan, iaitu muridmurid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting
dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka
tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti
dipatuhi.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
Kedua-dua ayat tersebut merupakan ayat majmuk juga,
iaitu yang pertama terdiri daripada ayat induk dengan ayat
komplemen objek tepat, iaitu murid-murid itu mengetahui
(sesuatu ) - ayat induk dan bahawa peraturan itu penting –
ayat komplemen.
Ayat yang kedua pula terdiri daripada ayat induk dengan
dua ayat komplemen objek tepat.
Ayat induk ialah mereka menyedari (sesuatu ), sementara
ayat komplemen ialah bahawa walaupun mereka tidak
senang hati dengannya dan peraturan itu mesti dipatuhi.
~ Tamat ~

similar documents