BML 3063 TUTORIAL

Report
BML 3063
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TUTORIAL
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut
kepada ayat pasif
Ayat aktif
Guru disiplin yang garang itu
memarahi pelajar lelaki yang
tidak memakai lencana sekolah.
Ayat pasif
Pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana sekolah sedang dimarahi
oleh guru disiplin yang garang
itu.
Ayat aktif
Doktor yang berkaca mata tebal
itu sedang menjalankan
pembedahan ke atas pesakit
tersebut.
Ayat pasif
Pembedahan ke atas pesakit
tersebut sedang dijalankan oleh
doktor yang berkaca mata tebal
itu.
Ayat aktif
Awak belum menjelaskan yuran
keahlian persatuan Sains dan
Matematik.
Ayat pasif
Yuran keahlian persatuan Sains
dan Matematik belum awak
jelaskan.
Ayat aktif
Saya telah melukis gambar
pemandangan di tepi pantai itu.
Jawapan
Gambar pemandangan di tepi
pantai itu telah saya lukis.
Kucing jantan berbulu lebat itu
menangkap seekor tikus yang sangat
besar.
Ayat pasif
Seekor tikus yang sangat besar
ditangkap oleh kucing jantan
berbulu lebat itu.
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut
kepada ayat aktif
Ayat pasif
Negeri-negeri di Pantai Barat
Semenanjung Malaysia dihubungkan
oleh Lebuh Raya Utara.
Ayat aktif
Lebuh Raya Utara selatan
menghubungkan negeri-negeri di
Pantai Barat Semenanjung
Malaysia.
Ayat pasif
Perasaan gadis itu dipermainkan
oleh pemuda bermata keranjang
yang tinggal di bandar.
Ayat aktif
Pemuda bermata keranjang
yang tinggal di bandar
mempermainkan perasaan
gadis itu.
Ayat pasif
Ujian untuk memasuki kelas
memandu kereta telah saya duduki
pada awal bulan lalu.
Ayat aktif
Saya telah menduduki ujian untuk
memasuki kelas memandu kereta
pada awal bulan lalu.
Ayat pasif
Getah yang telah diproses itu telah
dimasukkan ke dalam bekas plastik
oleh para pekerja di bahagian
pemprosesan.
Ayat aktif
Para pekerja di bahagian
pemprosesan telah memasukkan
getah yang telah diproses itu ke
dalam bekas plastik.
Ayat pasif
Sebatang pokok kelapa di sebelah
rumah barunya sedang ditebang
oleh bapa saudara saya.
Ayat pasif
Bapa saudara saya sedang
menebang sebatang pokok
kelapa di sebelah rumah
barunya.
Gabungkan ayat-ayat berikut
menggunakan kata hubung yang
bersesuaian
Ayat-ayat tunggal
(a) Budak lelaki itu duduk di atas
bangku.
(b) Budak lelaki itu adik saya.
Ayat majmuk
Budak lelaki yang duduk di
atas bangku itu adik saya.
Jenis: Ayat majmuk pancangan
relatif.
Ayat tungal:
(a)Kereta itu dijual olehnya.
(b)Kereta itu sentiasa rosak.
Ayat majmuk
Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki
lalu dijual olehnya.
Ayat ( a ) dan ( b ) digabungkan
dengan kata hubung lalu, sementara
ayat( c ) dipancangkan melalui proses
relatif ke dalam ayat induk.
Ayat-ayat tunggal
(a)
(b)
Masalah itu tidak sukar.
Kami mengatasi masalah itu.
Ayat majmuk
Untuk kami mengatasi masalah itu
tidak sukar.
Ayat majmuk gabungan campuran.
Bahagian objek dalam ayat kecil, iaitu
`masalah itu’ berkongsi dengan bahagian
subjek dalam ayat induk, iaitu `masalah itu’
dalam ayat komplemen dengan menggunakan
kata hubung komplemen `untuk’.
Ayat-ayat tunggal
(a) Saya tidak hadir
(b) Saya dihidapi demam kuning.
Ayat majmuk
Saya tidak hadir kerana dihidapi
demam kuning.
Ayat majmuk keterangan
menggunakan kata hubung
‘kerana’.
Ayat-ayat tunggal
(a) Amri memerhatikan keadaan
di sekelilingnya.
(b) Amri menikmati udara segar.
Ayat majmuk
Amri memerhatikan keadaan di
sekelilingnya sambil menikmati
udara segar.
* Ayat majmuk gabungan
menggunakan kata hubung
‘sambil’.
Cerakinkan ayat-ayat majmuk berikut
menjadi ayat tunggal.
Ayat majmuk
Pak Mail menyiang sementara
Cik Salma menggoreng ikan
parang.
Ayat-ayat tunggal
(a) Pak Mail menyiang ikan
parang.
(b) Cik Salma menggoreng ikan
parang.
Ayat Majmuk
Fatin bertungkus-lumus belajar
tetapi Rafiq bermain komputer
sejak petang semalam.
Ayat ayat tunggal
(a) Fatin bertungkus-lumus
belajar sejak petang semalam.
(b) Rafiq bermain komputer sejak
petang semalam.
Ayat majmuk
Halimah memilih bunga ros
manakala Zahidah mengambil
bunga orkid untuk hiasan rumah
mereka.
Ayat-ayat tunggal
(a) Halimah memilih bunga ros
untuk hiasan rumahnya.
(b) Zahidah mengambil bunga orkid
untuk hiasan rumahnya.
Ayat Majmuk
Shafie atau Rizwan akan dipilih untuk
menyertai pertandingan bola sepak
peringkat antarabangsa minggu depan.
Ayat-ayat tunggal
(a) Shafie akan dipilih untuk menyertai
pertandingan bola sepak peringkat
antarabangsa minggu depan.
(b) Rizwan akan dipilih untuk menyertai
pertandingan bola sepak peringkat
antarabangsa minggu depan.
Tukar ayat-ayat di bawah
kepada ayat songsang tanpa
mengubah maksud asalnya
Ayat biasa
Syarikat pengedar komputer di
Malaysia tumbuh dengan pesat
kini.
Ayat songsang
Tumbuh dengan pesat kini
syarikat pengedar komputer di
Malaysia.
Ayat biasa
Sudah dua tahun Azman menjadi
jurutera setelah menamatkan
pengajian di universiti.
Ayat songsang
Setelah menamatkan pengajian
di universiti sudah dua tahun
Azman menjadi jurutera.
Ayat biasa
Kami akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk
memenangi pertandingan itu.
Ayat songsang
Untuk memenangi pertandingan
itu kami akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh
Baca petikan di bawah dengan teliti
dan gabungkan ayat-ayat dalam
petikan berikut menjadi ENAM
(6) ayat dengan mengekalkan
susunan dan maksud asalnya.
Langkah kerajaan menggalakkan rakyat
menggunakan barangan tempatan amatlah
dialu-alukan. Barangan tempatan mempunyai
mutu yang setanding dengan barangan
import, cumamentaliti segelintir rakyat yang
belum berubah. Barangan tempatan seperti
kenderaan, pakaian,alat elektrik, dan kraf
tangan mempunyai nilai komersial yang
mampu memberi kepuasankepada pelanggan
dan patut dikekalkan penggunaannya.
(i) Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan amatlah dialu-alukan.
(ii) Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding
dengan barangan import.
(iii) Mentaliti segelintir rakyat belum berubah.
(iv) Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian, alat
elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial.
(v) Barangan tempatan mampu memberi kepuasan
kepada pelanggan.
(vi) Barangan tempatan patut dikekalkan penggunaannya.
TAMAT

similar documents