CERPEN Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Report
Mak Timah dan Pungut
CERPEN PUNGUT
(Pungut [email protected]
[email protected] Siew Hong)
Watak dan Perwatakan
Mak Timah (ibu angkat Pungut)
-penyayang / tegas / empati / ikhlas
/ kuat berdoa
Zahara binti Muhamad Alias@ Yap Siew Hong /
Pungut
-24 tahun
-cacat ( bisu / pekak / tidak mampu urus diri),
ketinggian 0.6 meter
-bergantung kepada orang lain sepenuhnya
Bibik
-nenek Pungut, keturunan Cina
peranakan, tauke rumah sewa Mak
Timah / jiran Mak Timah
-percaya kepada tilikan, licik
anak lelaki bongsu Mak Timah
-tempat Mak Timah menumpang /
memelihara Pungut
-ambil mudah / hormat ibu /
penyayang
SINOPSIS CERPEN
Pungut diambil sebagai anak angkat ketika berusia tidak
sampai sebulan. Pungut lahir dengan tidak cukup bulan dan
seluruh organ tubuhnya amat halus. Ramalan doktor bahawa
Pungut hanya boleh bertahan setahun dua nyata meleset. Dari
sebesar buah betik, Pungut hanya membesar setinggi satu
kaki dan cacat segala-galanya. Mak Timah yang telah uzur
menguruskan semua keperluan makan minum dan penjagaan
Pungut yang hanya tahu merengek seperti bunyi nyamuk,
menggeleng-geleng kepala dengan pantas dan keluar masuk
bilik sambil bermain jari sendiri.
Mak Timah sering berdoa supaya Tuhan
mengambil nyawa Pungut sebelum nyawanya
sendiri dicabut. Mak Timah tidak setuju dengan
cadangan anak lelaki bongsunya supaya
Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak cacat.
Mak Timah menganggap Pungut sebagai ujian
Tuhan terhadap dirinya.
Peristiwa Penting
1) Kelakuan
dan pergerakan Pungut sama
sahaja sepanjang masa. Dia tergigil-gigil,
suara berdengung macam nyamuk,
menggeleng-gelengkan kepala dengan pantas
dan meluru keluar masuk bilik, bermain
dengan jari sendiri, dan duduk di atas kerusi
kecil.
2) Mak Timah yang uzur tetap membersihkan
Pungut, memandikannya, dan menyuapkan
Pungut makanan. Pungut tidak tahu
menguyah, sebaliknya menelan makanan
sekali gus seperti ular sawa.
3) Setelah Pungut (Yap Siew Hong) dilahirkan
sebesar buah betik, neneknya Bibik mahu
menyerahkannya kepada sesiapa yang mahu.
Bibik mengatakan Pungut sebagai anak sial
sebagaimana ramalan bomoh (loktang / datok)
4) Bibik memberitahu Mak Timah bahawa anak
sulungnya Siew Lan mahu membuang Siew Hong
jika tiada orang yang mahu mengambilnya. Bibik
menawarkan Mak Timah bayaran angkat sumpah
(mahkamah) dan duit seratus lima puluh ringgit.
5) Sangkaan Mak Timah bahawa Pungut akan
membesar seperti gadis normal yang lain meleset.
Harapan Mak Timah supaya apabila dia tua, Pungut
akan membantu dan menjaganya, tetapi perkara
sebaliknya yang terjadi.
“Adakah Pungut akan
membesar menjadi gadis
yang normal?”
6) Bomoh Dollah memberitahu Mak Timah
bahawa Pungut terkena kenan patung. Bibik juga
memberitahu perkara yang sama bahawa ketika
mengandung, Siew Lan pernah menonton wayang
patung.
7) Mak Timah berleter, menyeranah, memaki
Pungut apabila terpaksa bangun semasa sakit
untuk membersihkan Pungut. Mak Timah terfikir
Tuhan mahu membanyakkan dosanya dengan
memanjangkan umur Pungut.
“pot pet pot
pet…bla bla
bla….!!!!”
8) Mak Timah kesal dengan sikap anak lelaki
bongsunya yang hanya tahu mengira duit dan
untung rugi dalam memelihara anak. Mak Timah
bertegas dengan pendiriannya sehingga anaknya
itu terdiam apabila Mak Timah menyebut tentang
mati.
“Hantarkan saja ke rumah
kanak-kanak cacat. Buat
susah-susah mak pelihara
si Pungut tu,apa dapat?”
Apakah Tema dan Persoalan yang Terdapat
dalam Cerpen?
Mari kita fikirkan bersama 

similar documents