ETIKA-PENGGUNAAN-INTERNET-TMK-TAHUN

Report
MODUL 3 – SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA
INTERNET
UNIT 3
3.0 MENGENAL INTERNET
STANDARD PEMBELAJARAN
3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan
internet kepada pengguna.
1.
Perkongsian Maklumat
Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan
diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa
dikenakan sebarang bayaran dan had masa.
Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam
bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik.
Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan
enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang
mereka inginkan same ada digunakan untuk
pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin
carian dan google.com, search.com dan
yahoo.com adalah beberapa contoh enjin
carian yang lazim digunakan.
2.
Alat Komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk
berkomunikasi. Internet merupakan alat komunikasi yang
amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan
Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai
pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain
berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya
telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
video yang membolehkan kita berkomunikasi dengan
menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing
hanya dengan menggunakan internet. Alat komunikasi ini
juga amat berguna kepada syarikat-syarikat yang
mempunyai cawangan di serata dunia. Komunikasi antara
setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya
menggunakan Video Conferencing atau Tele-conference.
3.
Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah
menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan kos
pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan
menggunakan telefon analog amat mahal jika
dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak
mengenakan sebarang caj. Manakala penggunaan voice
over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang
dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan
biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat
di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di
seluruh dunia. Mesyuarat atau perbincangan dapat
dilakukan hanya dengan menggunakan video conference
atau tele-conference. Mereka tidak perlu mengembara
ke serata tempat untuk bermesyuarat.
4.
Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini
disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar
mempunyai laman web sendiri seperti The Star dan
CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini dan
memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh
dunia.
5.
Promosi
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk
sesebuah syarikat. Internet bukan sahaja murah malah
lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia.
Terdapat syarikat yang menawarkan program
berkembar yang amat berkesan dan murah untuk
mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang
perseorangan.
6
Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati
hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton
secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai
laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut
seperti http://www.youtube.com dan
http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga
permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam
talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia.
Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti
mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawankawan baru di alam maya.
7.
Pendidikan Secara Dalam Talian
Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah
menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang
memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak
perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah
dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya
mengaktifkan video conference untuk menghadiri
kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara
dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar
boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali.
Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh
diperolehi secara dalam talian.
8.
Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat
perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi
pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas
talian bagi memudahkan pengguna. Contohnya,
Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan
secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank
boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan
tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga
dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh
menempah tiket penerbangan secara atas talian pada
bila-bila masa.
9.
Sosial
Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung
dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya.
Antara laman sosial yang popular ialah Facebook,
Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial,
pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama,
mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada
minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktivitiaktiviti semasa dengan cepat dan berkesan.
1.
Ketidaktepatan Maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi
dari internet. Namun demikian, adakah semua
maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita hendak
memastikan sama ada maklumat yang kita terima itu
tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan
malah memberi impak yang besar kepada sesetengah
pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan
internet dan menyebarkan maklumat mengikut
kepentingan diri masing-masing. Ada yang
menggunakan internet untuk menabur fitnah bagi
tujuan menjatuhkan pihak tertentu. Oleh yang
demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan
sesuatu maklumat yang diterima.
2.
Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan
untuk menyebarkan segala virus, malware, worm atau
trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan
tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk
memastikan komputer yang digunakan selamat daripada
serangan virus dan data selamat daripada diceroboh.
Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara
menghindari komputer kita daripada serangan virus akan
memudahkan komputer tersebut diceroboh. Virus,
malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang
sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang
terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini akan
menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer
seterusnya akan menganggu prestasi komputer dan juga
rangkaian.
3.
Bahan-Bahan yang Tidak Bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang
tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video
yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak
dan remaja. Bahan-bahan ini memberi impak yang
tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahanbahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa
hendaklah memantau laman-laman web yang diakses
oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, perisian
penapisan internet seperti Norton Family, DNS Angel,
Bitdefender, Parental Controls, Family Safety dan lainlain, perlulah dipasang di komputer yang digunakan
oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa
untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh
anak-anak mereka.
4.
Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang
terdapat di bank, sekolah, universiti, jabatan-jabatan
kerajaan selamat daripada diakses oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap
keselamatan yang terdapat di dalam pelayan-pelayan
yang menyimpan data-data kita? Pelayan yang mudah
digodam oleh para penggodam boleh menyebabkan
segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke
tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap
keselamatan dalam mengakses ke pelayan dan sistem
sekuriti rangkaian haruslah dipertingkatkan serta
dikemaskini dari semasa ke semasa.
5.
Pembaziran Masa dan Melalaikan
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama
bermain permainan dalam talian, sembang maya dan
melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktivitiaktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang
diperuntukkan mestilah dihadkan. Laman sosial
facebook sahaja mempunyai pelbagai aplikasi yang
boleh diguna seperti permainan dan sembang maya.
Sesetengah syarikat menyekat akses ke laman tersebut
kerana boleh mengurangkan produktiviti pekerja
terhadap kerja mereka.
1. ………………………
……………………………
………………………..
1. ………………………
……………………………
………………………..
2. ………………………
……………………………
………………………..
2. ………………………
……………………………
………………………..
3. ………………………
……………………………
………………………..
3. ………………………
……………………………
………………………..

similar documents