3.1 Bab 1-Tkt 5

Report
Peta menunjukkan wilayah-wilayah
imperialis Barat di
Asia Tenggara pada tahun 1914
KESAN
IMPERIALISME
MAKSUD IMPERIALISME
• Dasar sesebuah negara meluaskan
pengaruh dan wilayahnya untuk
kepentingan tertentu
• Berlaku sejak semenjak zaman Empayar
Yunani dan Rom
• Imperialisme moden bermula sejak abad
ke-15, di mana kuasa-kuasa Barat
menguasai wilayah-wilayah di Amerika
Latin, Afrika dan Asia
EMPAYAR YUNANI/ROM
Imperialisme Barat di Asia Tenggara
• Terdiri daripada Portugal, Sepanyol, Belanda,
Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat
• 1511 Portugis berjaya menawan Melaka dan Timor
Laste
• Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina
• Belanda menjajah Indonesia
• British menjajah Myanmar, Tanah Melayu,Sabah,
Sarawak dan Brunei
• Peranchis menjajah IndoChina
• Pada awalnya, imperialisme Barat bertujuan untuk
menguasai perdagangan rempah sahaja.
• Kesan Revolusi Perindustrian, berlaku persaingan
kuasa Barat semakin sengit untuk menguasai
ekonomi & politik tanah jajahan.
• Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara
kecuali Thailand telah dijajah oleh imperialis Barat
Faktor-faktor imperialisme Barat
•
•
•
•
•
Geografi
Revolusi Perindustrian
Sistem perhubungan dan pengangkutan
Persaingan kuasa-kuasa Barat
Beban Orang Putih
Geografi
• Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan
China dan India
• Menjamin pasaran yang lebih luas
• Tanah yang subur
• Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah
seperti Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah,
• Thailand- bijih timah dan kayu jati
• Burma- kayu jati
• Filipina- tebu dan kelapa
Revolusi Perindustrian
• Menyebabkan dasar imperialisme berubah.
• Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai
barang dagangan mewah
• Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang
kilang dikeluarkan secara besar-besaran
• Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan
pasaran baru
• Kesannya imperialisme Barat pesat di China,
India dan Asia Tenggara.
Sistem perhubungan dan
pengangkutan
• Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak
diangkut
• Mempercepatkan perjalanan Timur – Barat
• Pembukaan Terusan Suez 1869 yang
menghubungkan Laut Mediterranean dengan
Laut Merah memendekkan jarak perjalanan
antara Barat dan Timur
• Penggunaan kapal berkuasa wap dan
pembukaan Terusan Suez menjadikan
perjalanan lebih selamat & menjimatkan kos
TERUSAN SUEZ
• Penciptaan telegraf- kuasa imperialis
dapat memberi arahan kepada pegawaipegawai di tanah jajahan dengan lebih
cepat
• Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung
dengan wakil-wakil mereka di Timur dan
urusan perniagaan menjadi lebih mudah
• Perdagangan antarabangsa menjadi lebih
pesat
Persaingan kuasa-kuasa Barat
• Kesannya negara di Asia Tenggara
menjadi rebutan tanah jajahan
• Semakin luas jajahan, semakin tinggi
sanjungan diterima
• Keluasan tanah jajahan melambangkan
kekuatan dan kekayaan kuasa barat.
Beban kulit putih dan tugas
sebarkan tamadun
• Mendakwa kuasa barat lebih maju dan
bertamadun
• Bertanggungjawab membantu dan
memajukan penduduk di Asia
• British & Belanda – beban kulit putih
• Peranchis – tugas sebarkan tamadun
• Mubaligh Kristian bertanggungjawab
menyebarkan agama Kristian kepada
penduduk tanah jajahan.
TERUSAN
SUEZ
Perubahan Sistem Politik
Asia Tenggara
• Sebelum kehadiran barat – pemerintahan
beraja.
• Selepas kedatangan barat- digantikan
dengan sistem birokrasi Barat.
Ciri-Ciri Birokrasi Barat
Filipina
Sebelum penjajahan
• Terdiri daripada daerah-daerah kecil – barangay yang
diperintah oleh golongan Datu.
• Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam.
Selepas penjajahan
• Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan
• Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat
pusat
• Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
•
Barangay disatukan menjadi
encomienda yang ditadbir oleh
encomiendaro
• Tugas encomiedaro:
 Menjaga keamanan
 Mengutip cukai
 Mengkristiankan penduduk barangay
• Penyatuan barangay menjejaskan kuasa
Datu
• Sistem Encomienda dibenci oleh
penduduk Filipina kerana mengenakan
cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
Indonesia
Sebelum penjajahan
• Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan
Bantam
• Diperintah oleh raja dan pembesar
• Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar
daerah
Selepas penjajahan(Belanda)
• Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
diperkenalkan
• Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang
bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda
• Pentadbiran tempatan dijalankan oleh
pembesar tempatan tetapi dikawal oleh
pegawai Belanda
• Ditubuhkan jabatan kerajaan –Jabatan
Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
• Dewan Tempatan dibentuk berfungsi
sebagai penasihat pentadbiran Belanda
tetapi tiada kuasa undang-undang
• Majlis Rakyat “Volksraad” ditubuhkan atas
desakan Parti Sarekat Islam.
Burma
Sebelum penjajahan
• Mengamalkan pemerintahan beraja di bawah
Dinasti Konbaung
• Raja dibantu oleh Majlis diraja [Huttaw]
• Pegawai kerajaan [wun]
• Ketua Bandar [myothugyi]
• Pegawai diraja[Ahmudan]
• Pembesar tradisional [Athi]
• Raja penaung sami Buddha
Selepas penjajahan
• Perang Inggeris-Burma menyebabkan Burma
dikuasai oleh British
• Kesannya dinasti Konbaung, institusi raja dan
pembesar dihapuskan
• Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah
tertinggi
• Akta Kampung Ulu Burma(1887) dan Akta
Perkampungan Burma(1889) melenyapkan
pemerintahan tradisional
• Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai
bandaran [Myo-ok]
• Undang-undang Barat diperkenalkan
• Pengaruh golongan agama merosot
• Fungsi raja sebagai penaung sami
terhapus
• Majlis Perundangan ditubuhkan
• Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan
dan Jabatan Pelajaran diwujudkan.
Indochina
Sebelum penjajahan
• Wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang
berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh
kepada pembesar tempatan.
• Kerajaan Vietnam tua diperintah oleh raja
berkuasa mutlak
• Birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang
dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa
dan kesusasteraan China
Selepas penjajahan (Perancis)
• Pentadbiran diketuai oleh Gabenor
general yang bertanggungjawab terus
kepada Kementerian Tanah Jajahan di
Paris.
• Dibantu oleh Leftenan Gabenor
pemerintah wilayah naungan/jajahan
• Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen
General
• Leftenan General dibantu oleh
• Residen Wilayah
• Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali
sebagai Union Indochinoise (1887)
• Merupakan Persekutuan Indochina yang
terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
• Laos menyertainya pada tahun 1904
• Semua undang-undang di Indochinoise
diluluskan oleh Parlimen Perancis.
• Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh
kerajaan pusat tetapi perlu membayar
cukai dan menyediakan kerahan tenaga
Tanah Melayu
• Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu
Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
• Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan
institusi raja di Melaka
• Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus
terhapus
• Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang dan
Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri
Selat(NNS). Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS
dan dibantu oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran
peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan
• Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah
memperkenalkan Sistem Residen
• Di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu(NNMTB), Kedah,
Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor,
British memperkenalkan Sistem Penasihat
• Residen dan penasihat British ini
diletakkan di bawah Gabenor NNS
• Tugas utama residen dan penasihat British
adalah untuk menasihati Sultan dalam
semua perkara kecuali hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu
Thailand
• Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja
Mongkut dan Raja Chulalongkorn
• Dasar Raja Mongkut:
- Melantik 80 penasihat Barat mengetuai
pelbagai jabatan di samping melatih
pegawai tempatan
- Bidang Kewangan, Pelabuhan dan Polis
dari Britain
Raja Chulalongkorn
• Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis
Mesyuarat Tertinggi (merupakan badan penasihat raja
dalam pentadbiran negeri) serta Kabinet Menteri(terdiri
daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat
yang mengetuai kementerian)
• Juruaudit Britain dilantik berkhidmat di bahagian
perbendaharaan negara
• Pada 1932 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan
menggantikan raja berkuasa mutlak.
• Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar
tradisional dan institusi raja.
• Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan
antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan
Thailand.
RAJA CHULALONGKORN
Rumusan
• Pada keseluruhannya, perubahan sistem politik
yang diperkenalkan oleh imperialis Barat
terhadap negara yang dijajah menjadi faktor
kejayaan mereka menguasai ekonomi tanah
jajahan untuk kepentingan mereka.
• Walaupun institusi-institusi pemerintahan beraja
masih kekal di beberapa tanah jajahan tetapi
peranannya berkurangan.
• Birokrasi Barat yang diperkenalkan telah
mengambil alih peranan raja dan pembesar
yang akhirnya membawa kepada tercetusnya
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

similar documents