KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Report
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
KEMAHIRAN
MIKROPENGAJARAN
Dr Nurulhuda A.R
Modul Kuliah Minggu Kelima dan Keenam
Hasil pembelajaran
Unit 1:
 Menghuraikan empat kemahiran mikropengajaran iaitu
memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea),
menyoal, menerang, dan memperkukuh.
Unit 2:
 Menghuraikan lima kemahiran mikropengajaran iaitu
membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan
eksperimen, menutup pengajaran dan merefleksi
Unit 3:
 Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran
mikropengajaran semasa membuat persembahan.
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Unit 1: Apa itu kemahiran
mikropengajaran?



Pengajaran merupakan satu proses rumit yang
memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang
diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan
harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara
berkesan.
Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada
beberapa kemahiran yang lebih asas yang dipanggil
kemahiran mikropengajaran.
Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini,
guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran
mengajar apabila dapat menguasai setiap satu
kemahiran mikropengajaran tersebut.
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
9 kemahiran mikropengajaran utama
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
Menyoal
Menerang
Memperkukuh
Membuat demonstrasi
Mengendali perbincangan
Mengendali kerja amali
Menutup pengajaran
Membuat refleksi
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
1. Kemahiran memulakan pengajaran
Tujuan fasa permulaan pengajaran
 Menarik perhatian pelajar
 Membantu pelajar bersedia: sudut kognitif dan
afektif
 Memperkenalkan objektif pembelajaran
 Membina aliran pemikiran
 Mengetahui pengetahuan sedia ada dan
miskonsepsi pelajar
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Komponen kemahiran memulakan
pengajaran
Menarik perhatian
 Melalui suara, pergerakan, isyarat, & eye contact
 Gunakan alat pandang dengar
 Pelbagaikan interaksi
Menimbulkan motivasi
 Wujudkan hubungan baik
 Tunjukkan keghairahan
 Ransang sifat ingin tahu
 Bercerita
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Komponen kemahiran memulakan
pengajaran - sambungan
Menstruktur P&P
 Tunjukkan hasil pembelajaran
 Buat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
 Cungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan
diajar
Membuat perkaitan
 Banding dan bezakan
 Pengetahuan sedia ada
 Pengalaman/kejadian semasa yang berkait dengan
pelajar
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Mengapa perlu mencungkil idea pelajar?
“If I had to reduce all of educational psychology to
just one principle, I would say this: The most important
single factor influencing learning is what the learner
already knows. Ascertain this and teach him
accordingly."
(Ausubel, 1978, p.v)
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Mengapa perlu mencungkil idea pelajar?



Langkah pertama ke arah memurni, menstruktur
semula, dan/atau mengatasi sebarang
prakonsepsi/miskonsepsi yang pelajar kemungkinan
ada
Pelajar lebih menyedari idea asal mereka dan oleh
itu lebih mudah membuat perkaitan dengan
maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut
jika didapati ada percanggahan
Guru mengetahui status idea atau pengetahuan sedia
ada pelajar dan dapat merancang tindakan susulan
yang bersesuaian
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Beberapa cara mencungkil idea pelajar










Soal jawab keseluruhan kelas
Perbincangan kumpulan
Demonstrasi guru
Kuiz pendek atau praujian
Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
Peta konsep (Concept map)
Kartun konsep (Concept Cartoon)
Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
Interview about events
Interview about instances
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Aktiviti kumpulan



Gunakan enjin pencarian internet untuk mencari maklumat
tentang satu daripada cara mencungkil idea berikut:
 Ramal-Perhati-Terang (POE)
 Peta konsep
 Kartun konsep
 Peristiwa bercanggah
Nyatakan secara ringkas cara mencungkil idea tersebut,
berikan satu contoh dalam tajuk fizik, dan huraikan
bagaimana cara tersebut digunakan untuk mencungkil idea
pelajar. Gunakan PowerPoint untuk mencatat hasil kerja.
Bentangkan hasil kerja kumpulan kepada kelas
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
2. Kemahiran menyoal
Tujuan menyoal
 Memulakan inkuiri
 Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
 Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
 Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau
konsep
 Menggalakkan pelajar bertanya soalan
 Membina kemahiran berfikir
 Meminta penjelasan idea pelajar
 Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
 Mentaksir kefahaman pelajar
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah 1

Ajukan soalan kepada seluruh kelas
Dahului lontaran soalan dengan isyarat atau pemberitahuan
peraturan menjawab (jika perlu)
 Tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar
yang ingin menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya
 Nyatakan soalan dengan tepat dan seberapa boleh
menggunakan ayat yang pendek
 Elakkan soalan retorik
 Seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan
 Setarakan soalan mengikut kebolehan pelajar
 Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam

KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah 2

Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)
 Masa
berfikir seharusnya diberi selepas soalan
diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada
jawapan pelajar
 Masa berfikir yang sesuai adalah bergantung kepada
jenis dan tahap soalan yang diaju (3-5 saat untuk
soalan biasa yang diaju guru, dan lebih panjang untuk
soalan yang lebih mencabar)
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah 3

Memilih pelajar untuk menjawab
 Pilih
pelajar yang hendak menjawab secara sukarela
dan sebaliknya. Pemilihan pelajar secara rawak
berupaya mengekalkan perhatian pelajar sepanjang
sesi soal-jawab
 Panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakan
pelajar menjawab secara beramai-ramai
 Ingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan
seperti mengangkat tangan, dan sebagainya (jika
perlu)
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah 4

Memberi respon atau reaksi kepada jawapan pelajar
Pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan
pelajar
 Beri respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar
(tidak mengatakan salah atau betul) dengan cara mengolah
jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza, jika
guru ingin meneruskan perbincangan dan soal-jawab
berdasarkan soalan tersebut. Jika sebaliknya, hargai
jawapan pelajar dengan peneguhan positif
 Jika jawapannya salah, kenal pasti bahagian yang betul
(jika ada) serta tanya lebih lanjut untuk mendapatkan
penjelasan atau minta jawapan alternatif daripada pelajar
lain

KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah 4 - sambungan
Beri galakan jika pelajar tidak boleh menjawab
(prompting). Misalnya dengan memberi klu atau isyarat
atau mengolah semula soalan dalam bentuk yang lebih
mudah difahami.
 Tanya lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan penjelasan
tentang idea pelajar, mencabar pelajar dan seterusnya
menggalakkan pemikiran tahap tinggi
 Tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking
around) sebelum menerima sesuatu jawapan atau tujukan
soalan lain yang dibangkitkan pelajar kepada pelajar lain
(redirect)
 Kaitkan semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu
pelajar membuat satu kesimpulan (interrelating)

KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah 5

Memberi penekanan atau membuat ringkasan
jawapan tepat/yang boleh diterima
Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi
soal jawab yang panjang diikuti dengan jawapan tepat
atau yang boleh diterima dengan seboleh-bolehnya
menggunakan jawapan pelajar yang bertepatan
 Gunakan alat pandang dengar di mana sesuai
 Bagi penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pada fasa
permulaan pengajaran, langkah 5 ini tidak perlu dilakukan.
Sebaliknya ajak pelajar menjalankan penyiasatan bagi
mendapatkan jawapannya, jika soalan bersifat inkuiri

KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Ringkasan langkah menyoal
1. Ajukan soalan
2. Beri masa berfikir yang sesuai
3. Pilih pelajar untuk menjawab
4. Beri respon/reaksi kepada jawapan
pelajar
5. Tekankan/buat ringkasan jawapan
tepat/yang boleh diterima
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
3. Kemahiran menerang
Tujuan menerang



Menyampaikan maklumat dengan cara yang
berkesan
Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
Pelajar dapat mengikut arahan
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Jenis-jenis penerangan

Penaakulan
 Menggunakan
proses logik untuk menjawab soalan
 Menstruktur semula konsep atau idea

Interpretatif
 Menghuraikan
maksud sesuatu istilah atau penyataan
 Idea, konsep, prinsip, atau teori

Diskriptif
 Menghuraikan
proses, struktur, dan prosedur
 Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Komponen menerang





Ayat pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik
perhatian, cthnya dengan bertanya soalan
Isi kandungan: Intipati tentang apa yang hendak
diterangkan
Penghubung: Perkataan dan frasa yang digunakan
untuk menjadikan penerangan berkesan, iaitu penanda
wacana (cth: oleh itu, adalah disebabkan oleh, Inilah
sebabnya)
Ayat penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan
Soalan bagi menaksir kefahaman: soalan pendek
untuk menilai kefahaman pelajar
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
4 prinsip utama kemahiran menerang
Gunakan kejelasan
 Tumpukan kepada aspek yang spesifik
Gunakan penegasan
 Gunakan contoh, illustrasi dan media yang
relevan dan menarik
 Intonasi berbeza
 Fokus semula dengan membuat ringkasan
 Penunjuk/penyerlah
 Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan
pelajar
 Pergerakan, gerak
 Elak kekaburan dan ayat tidak relevan
isyarat
Urutan/Kesinambungan
Dapatkan maklum balas
 Induktif/deduktif
 Libatkan pelajar
 Bantu ingat (prompts)
 Wujudkan peluang pelajar
 Variasi dan kata penghubung
menunjukkan kefahaman,
 Pelbagaikan kelajuan
minat dan sikap
penyampaian
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
4. Kemahiran memperkukuh (secara positif)
Tujuan memperkukuh






Meningkatkan interaksi bilik darjah
Memperbaiki disiplin bilik darjah
Memotivasi pelajar
Meningkatkan keyakinan pelajar
Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar
secara positif
Meningkatkan kefahaman pelajar
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Komponen kemahiran memperkukuh
(secara positif)
Penggunaan
bahasa lisan
• Gunakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus,
baik, tepat sekali, dsbnya
• Gunakan kiu lisan tambahan seperti um, aha, teruskan,
fikir sekali lagi, untuk galakkan pelajar berfikir lebih lanjut
Penggunaan
tindakan
bukan lisan
• Gunakan bahasa isyarat seperti mengangguk kepala, senyum,
mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang,
menghampiri pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi
perhatian penuh
Penggunaan
ganjaran
• Sekali-sekala beri peluang pelajar buat projek, lawatan,
mencari maklumat di perpustakaan, bermain permainan yang
mendidik, atau membatalkan kerja rumah jika pelajar mencapai
tahap masteri
Penggunaan
jawapan
pelajar
•
•
•
•
Struktur semula atau susun semula jawapan pelajar
Ulang jawapan pelajar
Bina idea atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar
Tulis jawapan pelajar di papan tulis
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Prinsip memperkukuh (secara positif)




Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat
kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
Bersifat ikhlas
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
5. Kemahiran membuat demonstrasi
Tujuan membuat demonstrasi
 Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing
 Membantu pelajar membina kefahaman
 Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Komponen membuat demonstrasi

Membuat persediaan awal
Tentukan konsep, prinsip, proses, yang hendak diajar
 Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
 Jana beberapa soalan penting yang akan digunakan
 Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas
bagi memastikan demonstrasi berjaya


Menjalankan demonstrasi – jenis-jenis demonstrasi
Demonstrasi guru
 Demonstrasi guru-pelajar
 Demonstrasi pelajar
 Demonstrasi tetamu jemputan

KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Prinsip menjalankan demonstrasi








Seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan
demonstrasi interaktif (cth. Teknik demonstrasi POE)
Utamakan proses induktif berbanding deduktif – mulakan
dengan soalan
Tunjukkan keterujaan supaya demo kelihatan ‘hidup’
Pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
Sentiasa bertanya soalan berorientasi inkuiri
Dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep
yang hendak diajar
Beri pengukuhan positif
Lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
6. Kemahiran mengendali perbincangan
Tujuan mengadakan perbincangan
 Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
 Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan
masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
 Memperkukuhkan pembelajaran
 Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang
kefahaman pelajar
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah-langkah mengendali
perbincangan
Perancangan
 Tetapkan tujuan dan objektif
 Senaraikan soalan utama yang boleh membawa
kepada pencapaian objektif
 Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik
untuk memotivasi dan merangsang sifat ingin tahu
pelajar (jika sesuai)
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Langkah-langkah mengendali
perbincangan
Pelaksanaan
 Mulakan dengan satu persoalan saintifik
 Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan
bukti
 Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan
persoalan “Apa pendapat kamu?”
 Aplikasi langkah-langkah menyoal
 Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat
refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan
meringkaskan isi-isi penting
 Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Prinsip mengendali perbincangan kumpulan
besar







Wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja dialualukan bahkan diharapkan
Sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
Puji pelajar yang memberi perhatian sehingga mampu mengenal pasti
kesilapan guru atau pelajar lain
Cuba ingat semua idea yang dilontar pelajar dan gabungkan di mana
sesuai dengan menyebut nama pelajar yang menyumbang idea tersebut
Tunjukkan sikap positif dan terbuka
Ingatkan pelajar peraturan berbincang seperti mendengar apabila pelajar
lain sedang memberi idea, dan mengelak daripada memburukkan idea
atau soalan pelajar lain
Pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar dan
mengelak daripada seolah-olah bercakap dengan pelajar yang bertanya
sahaja
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
7. Kemahiran mengendali kerja amali
Tujuan menjalankan amali
 Meningkatkan penguasaan isi kandungan
 Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah,
dan semangat sains
 Membina kemahiran dan sikap saintifik
 Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
 Membina kemahiran praktik yang generik
 Membina pengetahuan sains secara empirik
 Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Prinsip mengendali kerja amali








Tentukan objektif kerja amali
Tumpukan kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu
pengajaran
Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali
hendak dijalankan
Sebaiknya bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga
(kumpulan kecil)
Seimbangkan amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri
mengikut kebolehan pelajar
Wujudkan persekitaran yang mengujakan, meransang sifat ingin
tahu, dan bersemangat sains di makmal
Beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
Ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak
kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
8. Kemahiran menutup pengajaran


Aspek Kognitif
Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran
sesuatu yang tidak dapat dilupakan
Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar
dan membuat kesimpulan
Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai
Aspek Sosial
Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan
pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka
pelajari itu penting dan istimewa
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
9. Kemahiran membuat refleksi
Tujuan membuat refleksi
 Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin
dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
 Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
 Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut
peribadi dan profesionalisme
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R
Komponen kemahiran membuat refleksi






Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan
Mengenal pasti sumber masalah
Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil
kira/mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi
menerangkan masalah yang dihadapi
Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau
kesedaran baru yang timbul
Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang
boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau
menambahbaik amalan
KPD3016 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran 1
Dr Nurulhuda A.R

similar documents