PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Report
PENYELIDIKAN TINDAKAN I
PSS3113
1. Pengenalan kepada Kaedah
Penyelidikan dalam Pendidikan
 Mengapa Guru Sebagai Penyelidik?
 1. Membina pengetahuan dan kefahaman tentang
situasi kerja melalui refleksi, inkuiri dan tindakan.
 2. Pereka bentuk kurikulum berasaskan dapatan
mereka.
 3. Peranan mereka sebagai guru apabila mereka
menyesuaikan amalan mereka berdasarkan
kesimpulan yang dibuat dalam kajian
 Guru adalah penyelidik dan pengamal bilik darjah.
 Melalui penyelidikan, guru akan meningkatkan
amalan dengan mengetahui apakah perubahan yang
perlu dilakukan dalam P&P serta kesannya.
 Penyelidikan adalah sebahagian daripada kehidupan
profesional guru.
 1. Profesionalisme yang berterusan melalui proses
adaptasi terhadap perubahan dalam bidang
pengetahuan, teknologi dan sosial.
 2. Profesionalisme berasaskan sekolah yang di
dalamnya terangkum kerja guru.
 3. Profesionalisme berasaskan semangat kolaboratif
melalui proses interaksi dengan rakan sekerja.
 4. Profesionalisme berfokus kepada pembelajaran
pelajar dan bagaimana untuk meningkatkannya.
 5. Profesionalisme yang mengiktiraf guru sebagai
profesional dan pembelajar dewasa.
 Sikap profesionalisme memerlukan sikap yang positif
terhadap inkuiri kurikulum dan inkuiri masalah yang
sebenar dalam konteks P&P.
 Memerlukan minat dan perasaan ingin tahu untuk
melaksanakan kerja-kerja inkuiri secara kolaboratif
untuk merasai nikmat intelektual (Penelitian masalah
sebenar dalam tugas seharian).
 Merapatkan jurang apa yang kita tahu dengan apa
yang kita tidak tahu
 Stenhouse (1975) – Jika guru hendak merealisasikan
aspirasi pedagogi mereka, adalah perlu mereka
menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.
 Donald Schon (1983) menyarankan perubahan amalan
guru dari berbentuk technical rationality kepada
reflective rationality yang menekankan amalan refleksi
sebagai asas perkembangan profesional (reflection-inaction dan knowing-in-action).
 Elliot (1993) mementingkan refleksi secara sistematik
yang bercorak peribadi, refleksif dan praktikal – konsep
guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektifmelibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan.
 Carl (1986) – kualiti pengajaran tidak boleh
dipertingkatkan melainkan dengan
mempertingkatkan keupayaan guru untuk
merealisasikan nilai-nilai pendidikan mereka
menerusi amalan praktis mereka – mesti melibatkan
proses penyelidikan dan refleksi untuk membina
semula secara sistematik praktis mereka.
 Proses-proses ini akan menjadikan guru lebih
memahami tugas dan tanggungjawab mereka
supaya benar-benar dapat meningkatkan kualiti
amalan mereka.
Kajian Tindakan dan Guru
 Guru perlu sentiasa meneliti peranan mereka supaya
dapat menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan dari masa ke semasa – pengisian ilmu dan
kemahiran serta penyesuaian diri dengan budaya dan
teknologi.
 Guru perlu bersedia membuat kritikan sendiri,
menyelidik dan mengubah suai perlakuan mereka.
 Amalan pengajaran perlu dijadikan sebagai amalan
pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan
sendiri.
 Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan
meningkatkan amalan menerusi perkembangan
peribadi dan profesional seseorang guru dengan
bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dalam
mewujudkan persekitaran P&P yang kondusif dan
dinamis.
 Guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya
ingin mengkaji konteks di mana mereka berada dan
bekerja sebab mereka ingin kajian yang dijalankan
memberi satu perubahan dan perbezaan dalam
persekitaran kerja mereka.
 Sagor (2000) melihat guru sebagai seorang




profesional yang mempunyai tanggungjawab dan
jangkaan berikut:
1. Melakukan kerja yang bukan rutin dan
melakukan secara kreatif.
2. Mempertimbangkan pelbagai perspektif semasa
membuat keputusan
3. Memainkan peranan signifikan dalam
menghasilkan pengetahuan dan celik akal yang
memacu profesionnya ke hadapan
4. Dipertanggungjawabkan menggunakan dan
mengamal amalan-amalan yang terbaik.
Cabaran dalam Menjalankan
Kajian Tindakan
 1. Faktor Masa
 2. Kekurangan Sumber
 3. Kesukaran dalam Membentuk Soalan Kajian
 4. Menolak Perubahan atau Tidak Mendapat Sokongan
 Pertimbangan Etika
Konsep Penyelidikan
 Mc Millan & Schumacher (1977) – Satu proses sistematik
dalam mengumpul dan menganalisis data atau
maklumat untuk tujuan-tujuan tertentu.
 Kerlinger (1986) – Satu penyelidikan terhadap
fenomena semulajadi yang dilaksanakan secara
sistematik, berempirikal, terkawal dan begitu kritikal
berpandukan teori dan hipotesis tentang pertalian atau
kaitan yang diandaikan wujud antara fenomenafenomena berkenaan.
 Best & Kahn (1993) – “ a systematic and objective
analysis and recording of controlled observation that
may lead to the development of generalisation,
principles or theories, resulting in prediction and
possibly ultimate control of event”.
 Cohen & Manion (1989) – Kombinasi pengalaman
dan pentakulan ke arah mencari kebenaran ssesuatu
fenomena.
Definisi Kajian Tindakan
 Definisi Klasik:
 1. Kurt Lewin (1947) – “Action research is a three step
spiral process of (1) planning which involves
reconnaissance; (2) taking action; and (3) fact-finding
about the results of the action”
 2. Stephen Corey (1953) – “ Action research is the
process by which practitioners attempt to study their
problems scientifically in order to guide, correct and
evaluate their decisions and action”
 Definisi Moden
 1. Mc Kernan (1988) – “Action research is a form of
self-reflective problem solving, which enables
practitioners to better understand and solve pressing
problems in social settings”
 McNiff (1988) – Satu pendedahan untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan
melalui perubahan yang menggalakkan guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan bersedia mengubah amalan.
Tujuan Penyelidikan dalam
Pendidikan
 1. Membantu guru menangani cabaran berhubung
dengan amalan P&P
 2. Memperkembangkan profesionalisme guru
khususnya dalam mengenal pasti teknik atau kaedah
pembelajaran berkesan
 3. Mengukuhkan asas pengetahuan profesional guru
 4. Menyelesaikan masala-masalah profesional tanpa
bantuan luar
 5. Membebaskan guru daripada kongkongan amalanamalan rutin
 6. Mengupayakan guru sebagai seorang profesional.
Dengan itu, guru mempunyai hak milik (ownership)
dalam memperkenalkan amalan-amalan yang
berkesan dan berkuasa untuk membuat keputusan
(empowerment)
 7. Membawa pembaharuan dan kemajuan kepada
amalan-amalan refleksi kendiri dan usaha sendiri
 8. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha
kolaborasi dan secara tidak langsung boleh menmbah
baik prestasi dan kepuasan kerja
 8. Menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi
dan menganalisis kekuatan serta kelemahan diri
Ciri-ciri Penyelidikan dalam
Pendidikan
 1. menambah baik kerja sendiri
 2. Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
 3. Menyebar dab berkongsi pengalaman kepada
peserta dan mereka yang berminat
 4. Mengumpul data dan memberi pengupayaan
(empowerment) kepada penyelidik untuk
menyelesaikan masalah sendiri melalui penyelidikan
 5. Menggalakkan usaha kolaborasi untuk mewujudkan
komuniti guru yang berfikiran kritis
 6. Mempunyai komitmen untuk
meningkatkan kefahaman praktis untuk
menambah baik amalan pendidikan
 7. Membolehkan guru mengalami
pembelajaran progresif secara berterusan
dalam satu gelungan
Tutorial
 Bincangkan pengalaman anda semasa
melaksanakan program praktikum Fasa 2 dengan
menggunakan pendekatan “reflective rationality”.
Ia seharusnya berkaitan dengan amalan P&P anda.
Pendekatan Penyelidikan dalam
Pendidikan
 1. Pendekatan Positivistik
(Kuantitatif)
 2. Pendekatan Interpretatif
(Kualitatif)
Penyelidikan Kuantitatif
(Quantitative Research)
 Melibatkan pengumpulan dan analisis data
numerikal untuk mendapat celik akal bagaimana
satu pembolehubah mempengaruhi
pembolehubah lain.
 Penggunaan penyelidikan kuantitatif yang
berbeza bergantung kepada:
 1. Jenis soalan yang ditanya;
 2. Tujuan penyelidikan, dan;
 3. Bilangan subjek yang boleh diperolehi oleh
penyelidik
Penyelidikan kualitatif
(Qualitative Research)
Melibatkan pengumpulan data naratif untuk memperolehi
celik akal kedalam fenomena yang diminati. Data dikumpul:
 Secara intensif dalam tempoh masa tertentu
 Dalam “naturalistic setting”,
 Tanpa cuba mengawal peristiwa.
Contoh:
Sekolah A telah memenangi banyak hadiah dalam
melaksanakan teknologi merentas kurikulum. Anda
mengambil keputusan untuk menyiasat apakah yang telah
mereka lakukan membantu mereka berjaya. Selepas
perbincangan dengan guru besar, anda dapati terdapat 3
orang guru penting dalam pembangunan teknologi. Sebagai
penyelidik kualitatif apakah yang akan anda lakukan untuk
kenalpasti mengapa mereka sangat berjaya?
Perbandngan Kajian Tindakan dan Kajian
Konvensional
BIL
1
2
3
4
5
ASPEK
KAJIAN TINDAKAN
(KUALITATIF)
OBJEKTIF
Memperbaiki amalan
sendiri dan membentuk
teori
REKA BENTUK Boleh ubahsuai
berdasarkan keadaan dan
keperluan situasi sebenar
SUBJEK KAJIAN Penyelidik sebahagian
daripada subjek kajian
KAEDAH
Dijalankan dalam situasi
sebenar dan memerlukan
tindakan dan penilaian
ke atas tindakan
LAPORAN
Menggunakan bahasa
KAJIAN
yang mudah difahami
KAJIAN KONVENSIONAL
(KUANTITATIF)
Menguji teori, membuat
generalisasi dan menjelaskan
prinsip
Ditetapkan terlebih dahulu dan
tetap
Merupakan sampel yang dipilih
Bergantung kepada teknik
persampelan dan analisi statistik
yang canggih, tidak semestinya
dalam situasi yang sebenar
Lebih bersifat teknikal dan
memerlukan pengetahuan yang
khusus untuk memahaminya.
Etika dalam Penyelidikan dalam
Pendidikan
 Definisi Etika
 - Aktiviti yang meneliti standard moral seseorang atau
masyarakat dan bagaimana standard tersebut
digunakan dalam kehidupan.
 Ia merujuk kepada watak individu dan cara bertingkah
laku.
 Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan
nilai.
 Prinsip Etika
 - Dalam penyelidikan sosial perlu bersikap berkecuali,
tidak memihak dan objektiviti.
 Tidak bias dari awal kajian, menganalisis dan menulis





laporan kajian
Sesuatu yang sukar direalisasikan
Persoalan etika adalah merupakan soal subjektiviti
antara penyelidik, kumpulan penyelidik dan
partisipan. Ia terangkum dalam tiga tahap:
1. Hubungan penyelidik-responden
2. Hubungan penyelidik-penyelidik
3. Hubungan penyelidik-persatuan penyelidikan
profesional
Prinsip Etika
 1. Prinsip Hormat kepada Autonomi
 -Hak individu untuk terlibat atau tidak dalam
penyelidikan dihormati
 -Individu yang terlibat perlu bebas, tanpa pengaruh
atau desakan serta paksaan (termasuk dibayar)
 2. Prinsip Perlindungan
 -Proses dan prosedur tidak akan menyebabkan
kecederaan atau mendedahkan individu kepada
risiko
 -Kerahsiaan berkait dengan identiti responden
 3. Prinsip Keadilan
 -Manusia perlu diberi layanan yang adil
memandangkan tidak semua manusia mempunyai
keupayaan dan kebolehan yang sama.
 -Bassey (1999) menyatakan etika penyelidikan
melibatkan tiga aspek – hormat pada demokrasi,
hormat pada kebenaran dan hormat pada manusia.
 - Tiada unsur plagiat, memalsu atau merahsiakan
data.

similar documents