klik sini - WordPress.com

Report
KONSEP KEUSAHAWANAN
DUK 4012
PENGENALAN
 Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu
kembali popular selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) pada tahun 1970.
 DEB diperkenalkan selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13
Mei 1969 di mana pada masa tersebut telah berlaku rusuhan
antara kaum selepas pilihan raya umum diadakan. Punca
utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya perasan tidak
puashati antara orang Melayu dengan bukan Melayu
berhubung penguasaan ekonomi negara.
 Kadar kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa
itu sangat tinggi sedangkan orang-orang bukan Bumiputera
menguasai bidang perniagaan dan membuat berbagai
tuntutan kepada kerajaan yang menjejaskan kedudukan
orang Melayu sebagai kaum Peribumi.
 DEB diperkenalkan dengan dua objektif utama iaitu membasmi






kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun kembali
struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak
dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.
Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk
menggalakkan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan ialah :
Dasar Pengswastaan,
Dasar Persyarikatan Malaysia,
Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera,
Pengwujudan Kontraktor Kelas F,
Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB)
DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN
USAHAWAN
 KEUSAHAWANAN boleh didefinisikan sebagai
Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan
kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu
bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan
merebut peluang dan menterjemahkannya kepada
strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk
faedah ekonomi dan keuntungan.
 KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah
Mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan
secara perniagaan oleh seseorang samada dengan
menghasilkan sesuatu barangan atau memberi
sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang
halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan
dengan syariah
 USAHAWAN boleh didefinisikan sebagai





Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab
membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan
menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan
buruh serta berkebolehan melakukan perkara-perkara seperti
;
Mencari peluang-peluang perniagaan
Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa
kebaikan kepada dirinya dan orang ramai.
Dapat memenuhi keperluan orang ramai.
Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan
produktiviti.
Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.
PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN
PENIAGA
USAHAWAN
 Aktiviti untuk
keuntungan, sumbangan
kepada masyarakat &
negara
PENIAGA
 Mementingkan
keuntungan daripada
aktiviti perniagaan
PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN
PENIAGA
USAHAWAN
 Cipta suatu yang baru,
buat pembaharuan
produk untuk penuhi
keperluan pelanggan
PENIAGA
 Hanya jalankan aktiviti
jual beli, tiada
pembaharuan dan
pengubahsuaian produk
PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN
PENIAGA
USAHAWAN
 Sanggup terima
risiko untuk
memajukan
perniagaan
PENIAGA
 Kurang sanggup
hadapi risiko oleh
itu perniagaan
tidak berkembang
PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN
PENIAGA
USAHAWAN
 Berpandangan
jauh, cuba rebut
peluang, bercitacita tinggi, gigih
dan yakin pada
diri
PENIAGA
 Mudah berpuas
hati dengan apa
yang ada
PERANAN USAHAWAN
 Menyumbangkan Idea dan Pembaharuan
 Dalam konteks perhubungan usahawan dengan
firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan
pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak
semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea
yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas.
Untuk memainkan peranan ini usahawan harus
sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.
 Merancang
 Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan
merancang. Perancangan strategik harus
mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang
bakal ada. Perancangan menentukan apa yang
diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor
pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus
menyusul.
 Mengurus / Mengeluar / Mengedar /
Menanggung Risiko
 Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil
dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar.
Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat
penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula
terbitnya idea hingga ke penawaran barangan atau
perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai
ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik
mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia
memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan
kadang-kadang tidak terduga adalah menjadi
tanggungan usahawan.
 Menawarkan Peluang Pekerjaan
 Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada
tenaga kerja yang sesuai. Dengan ujudnya industri
dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan
kesannya kadar pengangguran semasa akan
menurun.
 Menyumbang kebajikan dan kepimpinanan
 Memenuhi keperluan asas masyarakat akan
menyumbang ke arah peningkatan kebajikan
masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma,
zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan.
Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan
sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang
kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan
semata-mata. Kepakaran dan pengalaman usahawan
juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara
dan sosial.
KOMPETENSI KEUSAHAWANAN
 Definisi kompetensi keusahawanan bermaksud
kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan
fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan
bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang
usahawan.
 Berinisiatif
 Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi
keusahawanan yang paling penting kerana dengan
ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan
untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau
keadaan dengan cekap.
 Melihat dan Merebut Peluang
 Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung
kepada kemampuannya melihat dan merebut
peluang-peluang yang wujud di sekitarnya.
 Kecekalan
 Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks.
Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai
halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu,
usahawan perlu mempunyai ketabahan dan
kecekalan diri yang tinggi.
 Mencari Maklumat
 Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak
bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi,
secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara
maklumat tersebut digunakan dalam membuat
keputusan.
SUMBER DORONGAN USAHAWAN
 FAKTOR PENARIK
 Faktor penarik bermaksud faktor penyebab
seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin
kerana sesuatu kehendak antaranya : Status sosial
 Politik dan dasar kerajaan
 Sistem sokongan kerajaan
 Peluang ekonomi
STATUS SOSIAL
 Ahli korporat / mewah
 Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang
status sosial pada masa kini. Seseorang yang
menerajui dan memiliki perniagaan sendiri
mempunyai pengaruh dan dihormati dalam
masyarakat.
 Kuasa / Kebebasan
 Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa
untuk membuat keputusan dalam melakukan
sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa
melibatkan campur tangan orang lain
POLITIK & DASAR KERAJAAN
 Politik
 Keadaan politik yang stabil dan di tambah pula
dengan wujudnya persefahaman antara kaum di
negara ini memungkinkan perniagaan berkembang
dengan pesat dan turut mendorang seseorang
menceburi bidang perniagaan.
 Dasar Kerajaan
 Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru
kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya
dalam bidang ekonomi bagi memaju dan
meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup
masyarakat.
SISTEM SOKONGAN KERAJAAN
 Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan
untuk memberi sumber-sumber maklumat, peningkatan
kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari agensiagensi berikut memberi impak positif kepada
penglibatan seseorang dalam bidang keusahawanan.
Contohnya :
 Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi
kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank
Pembangunan.
 Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan
/ swasta.
PELUANG EKONOMI
 Peluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula
dengan wujudnya sistem francais dan sistem vendor
menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan
individu dalam bidang ini.
 FAKTOR PENOLAK
 Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak
seseorang/terpaksa menceburi bidang
keusahawanan.
 Peluang terbatas
 Ekonomi meleset
 Ketidakpuasan
 Budaya keusahawanan
ETIKA PERNIAGAAN
 Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua
sumber utama hukum islam ia itu Al-Quran dan AsSunnah.
 Niat yang betul
 Seseorang usahawan muslim harus memastikan
bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan
yang telah disebut agar mendapat keredhaan Allah
s.w.t dalam segala aspek kehidupannya (rujuk surah
An-Nahl ayat 90)
 Keadilan dalam perniagaan
 Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya
yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah
membuat tindakan atau keputusan sebagaimana
yang dikehendaki oleh syariat islam.
 Tidak terlibat dengan amalan riba
 Seorang usahawan muslim seharusnya
membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang
mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan.
Perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa
,membuat pilihan dari sumber pembiayaan yang ada
berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang
akan di tanggung.
 Menyediakan perkhidmatan yang halal dan
berkualiti.
 Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari’at ialah
untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara
aspek-aspek ini disebut sebagai masa’lih. Kalau
sebaliknya disebut sebagai mafa’sid dan merosakkan
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
 Tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika
perniagaan:
 Peniaga atau pengusaha
 Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu
pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan
ini menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat
yang terangkum dalam syariat Islam.
 Mereka harus yakin bahawa mereka akan
dihadapkan kepada Allah di hari akhirat nanti dan
timbul perasaan takut untuk melanggar perintahNya
 Pengguna atau pembeli
 Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan
memastikan agar peniaga dan pengusaha
mengamalkannya.
 Peranan kerajaan
 Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai
etika perniagaan untuk diedarkan kepada peniaga dan
pengusaha-pengusaha.
 Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami
garis panduan tersebut dan melaksanakannya.
MENGENALI KONSEP KENDIRI
 KEPENTINGAN MENGENAL DIRI
 Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti
berikut :
 Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri
kita sebagai individu yang unik.
 Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih
bersedia menerima orang lain walaupun mereka berbeza
dari kita.
 Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan
orang lain seperti ahli keluarga, rakan, jiran dan orangorang di sekeliling kita.
 Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui
kelebihan / kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri
sendiri.
 Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan
kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa.
KAEDAH MENGENAL DIRI
 Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu:
 Pengkajian diri sendiri.
 Pandangan atau maklumbalas orang lain.
 Pengkajian Diri Sendiri
 Melalui kaedah ini, kita harus mengenalpasti sifat
diri kita dengan mengkaji diri daripada pelbagai segi
dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri
sendiri. Seterusnya kita akan menggunakan
kekuatan diri untuk menjayakan tugas dan
tanggungjawab kita. Sebaliknya dari kelemahan diri,
kita mesti cuba memperbaiki atau mengatasi
kelemahan tersebut.
 Fizikal
 Mengenal diri dari aspek fizikal bermaksud
mengetahui sifat tubuh badan sendiri. Terdapat sifat
fizikal yang boleh diperbaiki, seperti kelihatan kemas
dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti
mempunyai lengan dan kaki yang panjang.
 Mental - Emosi
 Ia merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang.
 Sosial
 Aspek ini bermaksud perhubungan individu dengan orang
lain dalam kehidupan hariannya. Melalui pergaulan harian,
kamu dapat menerima tingkah laku yang positif dan
memahami perbezaan- perbezaan di kalangan individu.
 Minat
 Ia merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan
sesuatu aktiviti yang dapat memberi kepuasan kepadanya.
Orang yang berminat melakukan sesuatu tidak semestinya ia
handal dalam bidang tersebut.
 Kebolehan
 Ia adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu
tugas atau kemahiran tertentu. Kadang-kadang ianya tidak
mudah dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu
yang baru, didapati bahawa kebolehan itu ada pada dirinya.
 Nilai Peribadi
 Ianya adalah pegangan dan pertimbangan terhadap sesuatu.
Nilai- nilai ini akan mempengaruhi keputusan yang dibuatnya
dalam pelbagai situasi harian. Ia boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu kebendaan seperti mementingkan
kekayaan, harta, wang dan kelihatan cantik dan nilai bukan
kebendaan seperti mementingkan penetapan masa, kasih
sayang, tanggungjawab dan kemesraan.
 Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain
(Tingkap Johari)
 Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat
maklumbalas atau meminta pendapat daripada orang
lain. Ada kalanya orang lain tidak melihat kita
sepertimana kita melihat diri sendiri.
 Pandangan orang lain terhadap sifat anda mungkin
positif, negatif atau bertentangan dengan pandangan
anda. Biasanya mudah bagi kita menerima pandangan
positif atau pujian orang lain terhadap diri kita tetapi
sukar bagi kita menerima pandangan dan kenyataan
yang negatif.
Teori Tingkap Johari
 Ibnu Khaldun ialah orang yang pertama
memperkenalkan Konsep Tingkap Johari dan
kemudiannya dipopularkan oleh Joe Luft dan Harry
Ingham.
MENETAPKAN MATLAMAT DIRI
 Matlamat boleh didefinisikan sebagai arah tujuan.
Ia menentukan apa juga yang kita inginkan atau
harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan
kelak.
KEPENTINGAN MATLAMAT
 Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada
langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat
beberapa sebab mengapa matlamat menjadi begitu
penting dalam kehidupan seseorang:
 Memenuhi Kehendak Asas
 Setiap perlakuan dan tindakan kita adalah
berdasarkan kepada matlamat. Matlamat
menunjukkan kepada kita arah dan tujuan bagi
menghadapi kehidupan. Ini adalah satu kehendak
psikologi yang asas bagi semua manusia sama ada
tua atau muda.
 Asas Menyalurkan Masa,Tenaga dan Idea
 Sistem matlamat dan objektif yang dirancang
dengan betul melancarkan segala kegiatan seharian.
Matlamat menghalang kita daripada mengikut jalan
yang salah.
 Mewujudkan Asas Keyakinan dan Kemajuan
Diri.
 Apabila kita mula mencapai matlamat yang telah
ditetapkan, akan timbul perasaan bangga dan yakin
dengan kemajuan yang telah diperolehi. Dengan itu,
kita akan menetapkan matlamat yang lebih besar
dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang
sepenuhnya terhadap diri sendiri.
 Membuat Kehidupan Lebih Menarik dan
Menyeronokkan
 Kebahagiaan hidup sebenarnya terletak di tangan
kita. Jika kita berupaya mencorak kehidupan yang
lebih bermakna maka kebahagiaan akan sentiasa
berada di samping kita. Sebaliknya jika kita sentiasa
berkata “Tidak Boleh” maka kita akan menempah
kegagalan.
 Tulang Belakang Kepada Sikap Positif
 Sikap mental yang positif adalah satu aset yang
penting dalam pencapaian matlamat. Asas kepada
pendirian positif pula ialah penetapan matlamat.
Oleh itu kita dapati sikap positif terletak di tengahtengah penetapan dan pencapaian matlamat.
CIRI – CIRI MATLAMAT YANG
BERKUALITI
 S – Spesifik (Khusus atau Tertentu).
 M – Measurable (Boleh Diukur).
 A – Achievable (Boleh Dicapai).
 R – Realistic (Boleh Menjadi Kenyataan).
 T – Time Bound (Batasan Waktu).
PANDUAN MERANGKA MATLAMAT
 Tetapkan matlamat- matlamat utama anda
berasaskan pernyataan misi peribadi anda.
 Pecahkan matlamat- matlamat anda mengikut
jangka masa (panjang /sederhana /pendek).
 Susun matlamat- matlamat mengikut keutamaannya
dan tumpukan usaha anda untuk mencapai
matlamat yang lebih penting dahulu.

similar documents