DOL SAID - SEJARAH2ARIF

Report
SEJARAH
BAB 7
SEJARAH TING 2
BAB 7.2
DOL SAID PAHLAWAN
NANING
DOL SAID
Dato' Dol Said, atau Abdul Said (1773 - 1849),
ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Sejak kecil
lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila
beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni
silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang
tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri
dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga
seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.Dol Said
dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan
Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26
tahun.
Mempertahankan Kemerdekaan Naning
Pada tahun 1824, British dan Belanda
menandatangani Perjanjian Inggeris - Belanda
menurut perjanjian perjanjian ini, Melaka
diserahkan kepada British. British mendakwa
Naning merupakan sebahagiann daripada
Melaka. Oleh itu, British mengalakkan Naning
memeatuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka.
Dakwaan British tidak dapat diterima oleh
peghulu Dol Said dan rakyat Naning.
Menentang Pelaksanaan Undang – undang British
British juga mengenalkan Peraturan Penghulu yang
menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini
melarang penghulu membicarakan kes jenayah. Pada
tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana
menyelesaikan kes jenayah di Naning. Beliau juga
diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak
mematuhi arahan British.
Menentang Bayaran Cukai
Melalui Undang – undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil
keluaran pertanian. Arahan ini dibuat setelah pihak British mendapat hasil daerah Naning berjumlah 4500
dolar sebulan.
Perang Naning
Perang Naning pertama yang berlaku pada
tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang
telah mengukir tempat di sejarah Melaka kerana
berjaya mengalahkan British. British sebuah kuasa
besar dunia tetapi pernah dikalahkan oleh
pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning
pertama pada tahun 1831 .Pada mulanya, British
yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari
sahaja.Setelah 18 hari maka tentera British
terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang
terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat
memalukan Inggeris kerana diibaratkan tikus
mengalahkan gajah.
Dalam Perang Naning yang berlangsung selama 18 hari
antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, Dol Said telah
berjaya menewaskan pihak British selepas mendapat
sokongan orang Melayu sebanyak 1,000 orang. British
tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan
kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832
dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan
ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke Pasir
Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke
dalam tangan British pada 15 Jun 1832. Naning
kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negerinegeri Selat pada 27 Oktober 1832. Dol Said meninggal
dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah
Perkuburan Taboh Naning.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru Sejarah kami yang memberi tunjuk ajar
kepada kami untuk menyiapkan kerja ini. Selain itu,
kami juga mengucapkan kesyukuran ini kepada ibu
bapa yang menyediakan barang yang diperlukan
untuk menyiapkan kerja ini.
• TEBBA
•AMANDA
•VANIISHA
•KOK MUN HONG
•CHUA XIAO QI

similar documents