KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS - Portal Rasmi SRK Seri Indera

Report
KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDRA
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
PENGENALAN
SIAPA PENGAWAS?
• Pengawas sekolah adalah kumpulan murid
yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
untuk membantu pihak sekolah, terutamanya
dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin
murid ke tahap yang lebih baik.
• Pengawas dianggap mata dan telinga sekolah.
SIAPA PENGAWAS?
• Pengawas juga adalah pelajar , mereka
memerlukan keyakinan diri untuk bertugas
dengan penuh dedikasi dan berketrampilan.
• Ringkasnya, pengawas adalah pemimpin
pelajar di peringkat sekolah.
PEMIMPIN MESTILAH…
• Beriman dan bertaqwa kepada Allah
• Memiliki sahsiah yang cemerlang seperti
amanah, adil, thiqah (dipercayai), sabar, ikhlas
dan bertanggungjawab.
• Berilmu dan beramal dengan ilmu yang
dimiliki.
PEMIMPIN ITU…
Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi
SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan
engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya
jika engkau diberikannya dengan permintaan maka
engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau
diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu
(oleh Allah).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi,
Nasaie dan Ahmad)
PEMIMPIN ITU…
“ Ia (iaitu kepimpinan)
adalah amanah dan di
akhirat ia menjadi
kehinaan dan penyesalan
kecuali mereka yang
mengambilnya dengan hak
dan melaksanakan
tanggungjawab yang
diamanahkan di
dalamnya.”
( Riwayat Muslim )
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
BIDANG TUGAS PENGAWAS
PENGAWAS ITU…
• Bangga dengan tugasnya.
• Sentiasa tahu dan mahu bertugas.
• Bekerja tanpa disuruh, berusaha bersungguhsungguh.
• Petah tuturkatanya, bijak tegurannya.
• Bijak dalam tindakan, cantik dalam
penampilan.
TANGGUNGJAWAB ANDA
• Melaksanakan segala tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak
sekolah.
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan
selamat menerusi penguatkuasaan peraturanperaturan sekolah.
• Menjadi pemimpin dan contoh teladan
kepada murid-murid yang lain.
BIDANG TUGAS UMUM
• Melaksanakan segala arahan daripada Ketua
Pengawas sekolah.
• Membantu pihak sekolah dalam
menguatkuasakan peraturan dan disiplin di
sekolah.
• Mencatat kesalahan murid dan melaporkan
sebarang salahlaku disiplin murid kepada
guru.
BIDANG TUGAS UMUM
• Mengawasi kelas ketika ketiadaan guru.
• Mengendalikan kemasukan murid di pintu
pagar/ laluan masuk sekolah.
• Mengendalikan perhimpunan rasmi, bacaan
doa pagi dan majlis-majlis yang ditentukan
pihak sekolah.
• Membantu mewujudkan persekitaran sekolah
yang selamat dan bersih.
BIDANG TUGAS UMUM
• Melaksanakan tugas mengawal murid pada
waktu rehat di kantin.
• Menguruskan dan menceriakan bilik gerakan
pengawas.
• Menjadi model / contoh teladan kepada
murid yang lain.
• Melaksanakan tugas seperti yang telah
dientukan di dalam jadual tugasan.
BIDANG TUGAS UMUM
• Berucap dan mengendalikan program yang
ditentukan oleh pihak sekolah.
• Mewujudkan papan kenyataan pengawas yang
informatif.
• Mengenalpasti masalah murid / murid yang
bermasalah dan memaklumkan kepada guru.
• Membantu guru melaksanakan spot check ke
atas murid.
IKUTANKAH BILA…
• Tidak berpakaian kemas
• Tidak mematuhi
peraturan sekolah
• Membuat bising dan
bermain di dalam kelas
• Malas menyiapkan
tugasan / kerja sekolah
IKUTANKAH BILA…
•
•
•
•
•
Sentiasa datang lewat
Ponteng sekolah
Berlagak dan sombong
Tidak menghormati guru
Gagal dalam peperiksaan
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
TATACARA BERTUGAS
TATACARA BERTUGAS
Perhimpunan rasmi dan
perhimpunan pagi
Bacaan doa pagi
Pintu masuk sekolah
Waktu rehat / kantin sekolah
PERHIMPUNAN RASMI
• Pengacara majlis
– Hadir awal, mendapatkan teks ucapan daripada
guru bertugas dan bersedia untuk memulakan
majlis.
– Membaca teks ucapan pengacara majlis seperti
yang ditentukan oleh guru.
– Memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar
dan teratur.
PERHIMPUNAN RASMI
• Pengawas Kelas
– Hadir awal dan bergerak ke kelas yang ditugaskan.
– Mengiringi murid ke dewan perhimpunan
sebelum perhimpunan dimulakan.
– Memastikan kehadiran penuh murid ke majlis
perhimpunan rasmi.
– Meluruskan barisan murid.
PERHIMPUNAN RASMI
• Pengawas Kelas
– Berdiri tegak di sisi dewan dalam keadaan teratur
dan tertib.
– Memastikan murid tidak membuat bising dan
mengambil tindakan terhadap murid yang bising.
– Membawa pulang murid ke kelas dalam keadaan
senyap dan tertib.
– Mengawal kelas ketika ketiadaan guru.
BACAAN DOA PAGI
• Hadir awal ke sekolah.
• Bergerak ke pejabat sekolah dan
menyempurnakan bacaan doa pagi.
• Pengawas lain memastikan murid berbaris di
luar kelas dan membaca doa pagi.
PINTU MASUK SEKOLAH
• Hadir awal ke sekolah
• Membawa buku nota kecil, bergerak ke pintu
masuk sekolah dan tunggu di pintu masuk
sehingga loceng dibunyikan.
• Memanggil dengan sopan dan mencatat nama
murid yang datang lewat.
• Murid yang telah memasuki kawasan sekolah
tidak boleh keluar kembali.
WAKTU REHAT / KANTIN
• Pengawas yang bertugas hendaklah makan
terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas.
• Memastikan murid beratur ketika membeli /
mengambil makanan di kaunter.
• Mencatat nama murid yang melakukan
kesalahan / tidak memberikan kerjasama dan
melaporkannya kepada guru.
PENUTUP
• Diharapkan menerusi kursus ini, para
pengawas SKSI menyedari dan mengetahui
akan bidang tugas dan tanggungjawab anda.
• Tugas ini merupakan amanah yang wajib dan
mesti anda laksanakan selagi anda menyarung
blazer dan uniform pengawas.
• Bagi pengawas, tiada istilah tidak boleh dan
tidak tahu.
RENUNGAN
• Jika anda gagal merancang, bererti anda
merancang untuk gagal.
• Try your best, then let your God do the rest.

similar documents