File

Report
Tiada Ganti
Pembangunan Keluarga (D)
Objektif
Setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat
memahami dan menyedari diri anak-anak mereka tidak
boleh diganti dengan kebendaan.
Bagi tajuk tiada ganti kita akan melihat
dari 2 aspek yang berbeza.
Iaitu dwikerja dan ibu tunggal
Maksud keluarga dwikerja
 Dwikerja bermaksud individu tersebut mempunyai
dwi kerjaya atau lebih mudah untuk difahami
seseorang itu mempunyai lebih dari satu pekerjaan.
 Sebagai contoh seseorang wanita itu bekerja di pejabat
dan menjadi suri rumah apabila berada dirumah.
Konflik dalaman
Secara terperinci seseorang yang mempunyai dwi
kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan
oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga iaitu
suami,anak,ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan
tempat kerja.
AMALAN DAN
CADANGAN UNTUK
KELUARGA
DWIKERJA
 AMALAN
Tidak dapat membahagikan masa untuk bekerja dan
melayan anak-anak kerana terlalu sibuk.
 CADAGAN
Walaupun sibuk dengan kerjaya, ibu bapa haruslah
meluangkan masa bersama anak-anak
Contohnya, bercuti bersama anak-anak.
 AMALAN
 Ibu tidak dapat memasak dirumah dan sering
membeli makanan di luar.
 CADANGAN
Pastikan dalam masa seminggu sekali ibu dapat
menyediakan masakan untuk anak-anak walaupun
makanan yang ringkas. Ini kerana air tangan ibu dapat
mengeratkan lagi kasih.
 AMALAN
Anak-anak sering dibiarkan untuk melakukan semua
perkara sendirian. Sebagai contoh ketika mereka
bermain dan membuat kerja rumah.
 CADANGAN
Meluangkan masa walaupun sekejap untuk memantau
anak melakukan kerja rumah. Ini dapat menaikkan
semangat anak untuk membuat kerja rumah dan rajin
belajar.
 AMALAN
 Tidak menitikberatkan pendidikan agama kepada anak
kerana lebih mengejar kekayaan dan urusan duniawi.
 CADANGAN
 Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mendapat
pendidikan agama dan moral perlu diberikan sejak kecil,
bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak ibarat kain putih yang perlu
dicorakkan warna atas kain tersebut.
Keluarga
Ibu Tunggal
Definisi Ibu Tunggal
Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan
tugas membesarkan anak-anak.
Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi
hak penjagaan ke atas anak-anaknya.
Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk
menyara hidupnya dan anak-anaknya.
Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang
mungkin akan mengambil masa yang panjang).
Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah
dan memerlukan penjagaan rapi.
Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa
pertolongan suami.
Cara menguruskan masa bersama
anak
 Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat
berjumpa anda.
 Cth, pada hari bekerja, pastikan andalah yang
mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika
boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu
petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan
dan
berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya
pada hari itu.
 Tumpukan sepenuh perhatian bila bersama mereka.
Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan
komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra
dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda
hanya dapat bersamanya pada hari minggu.
 Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan
anak anda membantu anda memasak atau
menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran
atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu
keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang
aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika
anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti
gembira dapat melihat anda dan makan bersamasama.
 Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya
cubalah untuk bersama-samanya ketika makan
malam, mandi dan waktu tidur.
 Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti-
aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman
permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau
pergi berenang.
VIDEO
RUMUSAN
 Kemewahan tidak menjamin kebahagian
 Keutamaan harus diberi pada penjagaan dan
bimbingan anak
 Cari jalan untuk menguruskan masa supaya anak tidak
diabaikan
 “Jadilah ibu bapa yang membanggakan”

similar documents