Gambar perdana menteri pertama

Report
NAMA:DARSHAN
KELAS:4 AZIM
NAMA CIKGU:PN.NORLELA
WASIMIN
YANG DIPERTUANG AGONG
 Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj
Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah dilahirkan pada 28 November 1927 di Alor
Setar, Kedah. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak
1958 serta merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia
yang ke-5 (1970 – 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011),
sekaligus menjadi sultan pertama yang menjadi Yang diPertuan Agong sebanyak dua kali.
GAMBAR SULTAN PERAK
 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin
Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah[1]
merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan.
Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan.
DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang diPertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
 Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak.
Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf
Izzuddin Shah
GAMBAR PERDANA MENTERI
KEDUA
 Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato'
Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan
Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari
tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam
pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang
bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan
ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya,
beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
GAMBAR PERDANA MENTERI
KETIGA
 Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 -
29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga
yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau
diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan
mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa
yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di
dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein
Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
GAMBAR PERDANA MENTERI
KEEMPAT
 Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ,‫محضير بن محمد‬dilahirkan pada
10 Julai 1925[1]). Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan
Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya
sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel
pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai,
1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu
Mencipta Kebebasan Sendiri).[2]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai
1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan
melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negaranegara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah
sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah
dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'[3].
GAMBAR PERDANA MENTERI
KELIMA
 Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939;
juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana
Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden
UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia.
Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1
September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]
GAMBAR PERDANA MENTERI
KEENAM
 YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23
Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April
2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan,
Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana
menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di
peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang
ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu
susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar
terakhir di Gowa, Sulawesi

similar documents