BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA DARI ASPEK

Report
KEPELBAGAIAN BUDAYA
EDU 3109
DEFINISI BUDAYA
• Budaya ialah tamadun, peradaban, kemajuan
fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan
sebagainya) – Kamus Dewan Edisi Keempat
• Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap dan nilai.
• Cara hidup manusia dari segi pemikiran,
kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu
masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya
serta diwarisi secara turun-temurun. – Noriati A.
Rashid, Boon Pong Ying et al.
• Oleh itu, kepelbagaian budaya merujuk
kepada masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India, Kadazan, Murut, Iban dan
sebagainya.
• Setiap kaum mempunyai budaya
masing-masing dan setiap budaya
berbeza dari segi agama, bahasa,
kepercayaan dan sistem nilai.
CABARAN dalam aspek KEPELBAGAIAN
BUDAYA
• Di sekolah kebangsaan – pelajar berbilang bangsa
atau etnik.
• Mempunyai pemikiran, kepercayaan dan agama
yang berbeza.
• Cabaran kepada guru – mewujudkan suasana bilik
darjah yang produktif dan mesra budaya.
• Perancangan dan pelaksanaan rapi perlu dibuat
supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan
bermakna kepada semua pelajar.
• Konsep kepelbagaian budaya perlu
difahami supaya dapat mewujudkan
perpaduan dalam kepelbagaian dan
persamaan untuk semua rakyat
Malaysia.
• Salah satu cara untuk
menyatupadukan rakyat pelbagai
budaya adalah membina negara
bangsa dengan pemupukan
semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar.
• Pemahaman konsep kepelbagaian
budaya melalui :
- penghayatan prinsip rukun negara.
- pendedahan aspek
kewarganegaraan
dalam Pendidikan Moral dan bidang
pelajaran distrukturkan mengikut
nilai-nilai yang berkaitan dengan
perkembangan diri, keluarga,
masyarakat, alam sekitar dan
negara.
- pengajaran mata pelajaran Kajian
Tempatan di sekolah rendah dan
CONTOH SITUASI GURU MENANGANI
CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
• Guru memahami budaya pelajarnya.
Guru menerima jemputan menghadiri
jamuan makan malam bersama keluarga
pelajar di rumahnya – beri peluang teroka dan
alami cara hidup, tabiat dan cara sapaan
pelajar berlainan budaya untuk tangani isu
budaya dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Guru wujudkan peluang mengumpul
maklumat tentang aspek kepelbagaian
budaya dalam kalangan pelajar –
perbincangan dan perkongsian ilmu dalam
mata pelajaran yang sesuai.
• Guru menggunakan bahan kurikulum yang
mewakili kumpulan etnik secara positif dan
pelajaran akan menyeronokkan.
Dalam topik Pakaian Tradisional,
guru tunjuk gambar atau bawa pakaian
tradisional pelbagai kaum – pelajar dapat
teliti serta kuasai
pengetahuan
tentang ciri unik setiap pakaian.
• Di sekolah yang pelajarnya homogen dari
segi budaya, guru wujudkan peluang
untuk memahami latar belakang budaya
lain.
Wujudkan pakatan dalam
program sekolah anak angkat di
mana pelajar berbilang kaum boleh
berkomunikasi melalui email,
bertukar berita, foto dan projek yang
boleh dilaksanakan di Sekolah
Wawasan.
KESIMPULAN
• Perpaduan dalam masyarakat pelbagai
budaya merupakan nadi kepada
kestabilan politik, pembangunan ekonomi
dan keharmonian rakyat.
• Peranan guru sebagai pemimpin di dalam
bilik darjah amat penting untuk
membudayakan ciri-ciri kesederhanaan,
kepekaan terhadap orang lain, toleransi
dan berakomodasi dalam kalangan
pelajar.

similar documents