KUALITI GRADUAN IPTA DAN IPTS

Report
MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ
P 61711


Dari sudut MS ISO 9000, kualiti ialah
keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk
dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi
kehendak pelanggan yang dinyatakan atau
yang tersirat.
Kualiti mengandungi kapasiti yang mampu
untuk memuaskan keperluan dan kehendak
pelanggan (Edward, 1968).




Beberapa piawai telah diamalkan oleh IPT bagi
memastikan mutu perkhidmatan yang baik
kepada pelajar
Malaysian Qualifications agency (MQA)
berperanan menyelia dan menyelaras jaminan
kualiti pendidikan tinggi negara
MQA adalah pemegang amanah Kerangka
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Framework, MQF)
MQF merupakan deklarasi Malaysia tentang
kelayakan tempatan dan kualiti yang dimilikinya



Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek
kemahiran generik
Kemahiran Insaniah (KI) atau dikenali sebagai
soft skills adalah antara elemen yang dikenal
pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan
yang bersifat global
Kemahiran Insaniah (KI) merupakan salah
satu aspek penting dalam menentukan kualiti
graduan IPT
Elemen utama yang disenaraikan di bawah ini
telah dipilih untuk dilaksanakan di IPT :
i)
Kemahiran Berkomunikasi
ii)
Pemikiran Kritis dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah
iii) Kemahiran Kerja Berpasukan
iv) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan
Maklumat
v)
Kemahiran Keusahawanan
vi) Etika dan Moral Profesional
vii) Kemahiran Kepimpinan




Isu pengangguran siswazah dan kegagalan
mereka mendapatkan pekerjaan sering kali
diperkatakan kerana tidak memiliki kemahiran
insaniah yang diperlukan majikan
Pihak majikan pula lebih cenderung mencari
bakal pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran
tanpa perlu memberi latihan dalam perkhidmatan
(Haslinda et al., 2005)
Graduan tempatan dikatakan kurang reseptif
terhadap proses pembelajaran, kurang mahir
berkomunikasi dengan berkesan dan mempunyai
sifat yakin diri yang rendah.


Isu-isu berkaitan dengan kemahiran insaniah
berada di tangga ke sepuluh semasa sesi
temuduga dijalankan berbanding dengan isu
berkaitan akademik yang berada di tangga ke
lapan belas (Mohamad Shatar dan Azali
Mohamad, 2008)
Selain pencapaian akademik cemerlang,
siswazah perlu mempunyai kemahiran
insaniah yang tinggi


Menurut “The Conference Board of Canada”
(1996), ‘employability’ ialah kemahiran dan
kualiti individu yang dikehendaki oleh para
majikan terhadap pekerja baru apabila
mereka mula bekerja.
Kemahiran “employability” merupakan
kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu
bidang kerja ke satu bidang kerja lain.
Kemahiran ‘employability’ terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu:
i)
Komunikasi dan Interpersonal
ii)
Membuat Keputusan dan Penyelesaian
Masalah
iii) ICT (Teknologi Maklumat)
iv) Kepimpinan
v)
Kerja Berpasukan
vi) Perancangan Kerja
vii) Kemahiran Berfikir
viii) Etika dan Nilai




Terdapat majikan yang menganggap
kompetensi akademik sahaja tidak
mencukupi
Majikan meminta IPT untuk menghasilkan
graduan yang dilengkapi dengan kemahiran
“employability”.
Kemahiran “employability” ini perlu, kerana
individu yang berkemahiran teknikal yang
baik, tanpa memiliki kemahiran
“employability” adalah dianggap tidak
berkualiti




Dengan gabungan pelbagai kemahiran
“employability” ini dapat meningkatkan
produktiviti graduan serta pengeluaran syarikat
(Mohd Safarin dan Kamaruddin, 2004).
Namun begitu, perangkaan pasaran buruh
menunjukkan bahawa keluaran institusi
pengajian dan latihan tinggi tempatan khususnya
di IPTA masih tidak dapat menampung
kekosongan pekerjaan
Graduan yang dihasilkan masih tidak dapat
memenuhi kehendak majikan masa kini.
Majikan tidak hanya mementingkan kemahiran
teknikal atau “ hard skills” sahaja tetapi juga
kepada kemahiran “employability” atau “soft
skills”



Pendidikan tinggi di Malaysia semakin
berkembang dengan pertambahan bilangan
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Namun begitu bagi mengatasi masalah lebihan
permintaan, kebanyakan IPTA terpaksa
menawarkan lebih banyak tempat kosong atau
kerajaan terpaksa menubuhkan lebih banyak IPT.
Maka kesannya, menimbulkan banyak perasaan
yang berasa ragu terhadap produktiviti sebenar
setiap IPT dalam negara



Dalam usaha mempertingkatkan tawaran
pendidikan tinggi, setiap IPTA menambah
bilangan kemasukan pelajar
Apa yang membimbangkan ialah peningkatan
jumlah penganggur siswazah dalam negara
yang akan memberi kesan masalah sosial
kepada masyarakat setempat
Apabila semakin banyak siswazah
menganggur, maka semakin banyak
peruntukan perbelanjaan kerajaan digunakan
untuk menawarkan latihan dan kursus kepada
golongan ini



Menurut takrif Malaysia Labour Force,
pengangguran boleh didefinisikan sebagai
orang yang bersedia untuk bekerja tetapi
tidak bekerja semasa tempoh rujukan
Pengangguran berlaku akibat berlakunya
lebihan tenaga kerja dan produk daripada IPT
berbanding dengan permintaan tenaga kerja
Pengangguran di Malaysia saban hari semakin
meningkat akibat kurangnya kualiti graduan
kita yang dihasilkan oleh IPTA dan IPTS di
negara kita



Dewasa ini, kadar pengangguran siswazah
tempatan semakin meningkat
Pelbagai pihak mula mempersoalkan kualiti
pendidikan di negara ini memandangkan
sejumlah besar siswazah tempatan menjadi
penganggur
Kadar pengangguran graduan juga disebabkan
berlakunya ketidaksepadanan antara kemahiran
yang khusus yang diperlukan dalam pasaran
buruh dengan kualiti pendidikan dan latihan
yang disediakan oleh IPT.



Pihak IPT boleh mengintegrasikan komponen
kemahiran yang relevan dengan tempat kerja
dan keusahawanan dalam program di
universiti (akademik dan kokurikulum).
Penggunaan komputer dan internet harus
dijadikan sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran utama di universiti.
Kerajaan boleh mewajibkan kursus kemahiran
insaniah di semua universiti


Siswazah yang akan menamatkan pengajian
boleh ditawarkan untuk mengikuti kursus
kemahiran tertentu (seperti latihan Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) )
mengikut minat masing-masing dengan
yuran kursus berpatutan
Kaedah pengajaran di universiti harus diubah
suai supaya menjadi lebih berorientasikan
tempat bekerja

similar documents