PANTUN BERKAIT

Report
MARI BELAJAR
PANTUN BERKAIT (BEKERJA)
Pengenalan
• Pantun berkait membawa maksud bahawa baris
kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam
setiap rangkap akan diulang semula sebagai baris
pertama (pembayang) dan ketiga (maksud) bagi
rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama
dan ketiga dalam rangkap pertama, serta baris kedua
dan keempat rangkap terakhir yang tidak berulang.
• Proses mengarang pantun berkait memerlukan
ketelitian supaya kesinambungan pembayang dan
maksud yang disampaikan tampak lancar.
RANGKAP 1
Perahu layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan, memunggah barang;
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.
(Maksud Rangkap 1: Pemuisi menyeru sekalian
kenalan, kawan dan sahabat supaya bingkas
bangun melakukan sesuatu yang bermanfaat)
RANGKAP 2
HAPUSKAN
MALAS!
Sampai di pangkalan memunggah barang,
Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan malas.
(Maksud Rangkap 2: Bagi menjayakan sesuatu
pekerjaan, seseorang itu mesti menjauhi sikap
sambil lewa dan malas yang menggambarkan
tiada kesungguhan / tidak serius)
RANGKAP 3
Barang habis dibawa ke rumah,
Tiada satu tinggal di perahu;
Hapuskan semangat culas dan malas,
Semua kerja mestilah tahu.
(Maksud Rangkap 3: Setelah sikap culas dan malas
dijauhi, seseorang itu harus tahu melakukan
segala kerja yang diamanahkan. Maksudnya,
telah membuat persediaan atau belajar terlebih
dahulu)
RANGKAP 4
Tiada satu tinggal di perahu,
Tidaklah bimbang barangkan hilang;
Semua kerja mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas, dan tebang.
(Maksud Rangkap 4: Segala pekerjaan yang
dilakukan hendaklah sempurna dari awal hingga
akhir. Pendek kata, semua kerja dapat
dibereskan)
RANGKAP 5
Tidaklah bimbang barangkan hilang,
Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas, dan tebang,
Semuanya dikerja dengan cermat.
(Maksud Rangkap 5: Segala kerja dilakukan dengan
cermat (teliti). Tiada kecuaian berlaku. Dalam
bahasa pejabat, kerja dilaksanakan menepati
spesifikasi / kehendak / kualiti / piawai yang
ditetapkan)
RANGKAP 6
Semuanya ada dalam selamat,
Boleh disimpan turun-temurun;
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.
(Maksud Rangkap 6: Sikap cermat dalam pekerjaan
membolehkan apa-apa jua kerja dapat dilaksanakan
tanpa banyak soal. Kerja yang bersifat berat dapat
ditangani dengan sikap yakin. Tiada sifat mengalah,
menarik diri atau pesimis (seperti si corot yang banyak
alasan dan fobia)
RANGKAP 7
Boleh disimpan turun-temurun,
Itulah tanda barang yang berharga;
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.
(Maksud Rangkap 7: Apabila yakin mampu melaksanakan segala
kerja, seseorang itu akan berasa lega / lapang / puas hati /
gembira / seronok setelah kerja itu sempurna)
RANGKAP 8
Itulah tanda barang yang berharga,
Payah dicari susah mendapat;
Semuanya siap hati pun lega,
Tiadalah tinggal terbuang penat.
(Maksud Rangkap 8: Kerja yang berjaya disempurnakan
bererti segala penah lelah yang dialami berbaloi,
terbayar dan terubat. Kepuasan diri kerana dapat
melaksanakan kerja dengan sempurna ialah ganjaran
tertinggi bagi seseorang yang bekerja dengan
bersungguh-sungguh, cekap, cermat dan penuh
keyakinan)
TEMA
Semangat untuk melakukan sesuatu
pekerjaan sehingga selesai.
PERSOALAN
1) Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.
Contoh:
Bajak, cangkul, tebas dan tebang,
Semuanya dikerja dengan cermat.
2) Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu
kerja.
Contoh:
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.
3) Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.
Contoh:
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.

similar documents