Slide 1

Report
BAB 1
SUBTOPIK “KEDATANGAN JEPUN”
TOPIK “PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA
KITA”
SEJARAH
TINGKATAN 4
Nama Ahli Kumpulan
No. Matrik
Emily Cynthia @ Surinah bt
Siewing
HT2006-6189
Norfazlulhuda bt Madun
HT2006-
Ronie Sabin
HT2006-6202
Ivy Marry bt Matinding
HT2006-6108
Nurhayati bt Kasimin
HT2006-
PENGENALAN



Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat penyelidikan
lebih dalam lagi bagi subtopik “Kedatangan Jepun”
khususnya dan topik “Pendudukan Jepun di Negara Kita”
bab 1 umumnya bagi matapelajaran Sejarah tingkatan 4.
Justeru, ternyata kajian lapangan ini sedikit sebanyak dapat
memaparkan maklumat mengenai peristiwa penjajahan
yang berlaku bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi juga di
Borneo Utara berdasarkan bukti dan hasil yang diperoleh.
Antara inisiatif yang digunakan adalah seperti kajian
lapangan yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji
seperti di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan, penyelidikan
berdasarkan penulisan buku, majalah, artikel dan pencarian
sumber melalui internet.
JEPUN SEBAGAI KUASA IMPERIALIS
PELUASAN KUASA JEPUN DI ASIA
TENGGARA
 Penyebaran Propaganda
Kemusnahan pertahanan udara dan laut
Amerika di Pearl Harbour dan Manila telah
membolehkan Jepun mara ke Asia Tenggara
tanpa halangan.
 Serangan ke atas Tanah Melayu bermula di
Kota Bharu pada 8 Disember 1941.

PENGEBOMAN PEARL HARBOUR
KEMARAAN TENTERA JEPUN DALAM PENAKLUKAN
ASIA TENGGARA PENGHUJUNG TAHUN 1941 DAN
AWAL 1942 (PERANG DUNIA KEDUA)
PERLUASAN KUASA JEPUN DI TANAH
MELAYU


Jepun mendarat di
Pantai Padang Pak
Amat sejurus selepas
tengah malam pada 8
Dis 1941.
Tentera Inggeris
di bawah pimpinan
Brigadier Kay yang
mengetuai ‘ 28th
Indian Infantry
Brigade’ telah tewas
dalam usaha
mempertahankan Kota
Bharu.



Jepun telah menandatangani Perjanjian
Persahabatan dengan Thailand yang membenarkan
Jepun mendarat dan mara ke Tanah Melayu melalui
Selatan Thailand iaitu melalui Singgora dan Patani.
Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai
Pattani, Butterworth dan Alor Setar pada 9 Disember
1941.
Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of
Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur
Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan
Jepun yang dilaporkan di Kuatan.
HMS PRINCE OF WALES (ATAS) DAN HMS
REPULSE (BAWAH) DISERANG OLEH TENTERA
UDARA JEPUN, 10 DISEMBER 1941
Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula
mengebom Pulau Pinang.
 Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12
Disember 1941, dan kemudiannya Alor Setar
pada hari yang sama. Tentera British terpaksa
berundur ke selatan.
 Pada 16 disember 1941, pihak British
meninggalkan Pulau Pinang dan pihak Jepun
mendudukinya pada hari yang sama.




Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26
Disember 1941.
Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British
dipintas dalam pertempuran di Slim River yang memberikan
tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara
Tanah Melayu.
Kuala Lumpur yang ditawan tentera Jepun pada 11 Januari
1941.
Kuala Lumpur Semasa Serangan Jepun
Pada 10 Januari 1942, Port swettenham
ditawan.
 Kemaraan Jepun ke Muar, 16 Januari 1942
dan Batu Pahat, 21 Januari 1942 masingmasing turut ditawan.
 Mersing menerima nasib yang sama, apabila
ditawan pada 28 Januari 1942.



Pada 7 Februari 1942,
pihak Jepun memulakan
serangan mereka ke atas
Singapura dengan
mendarat di pulau kecil
Pulau Ubin bagi
menumpukan tembakan
kencang pada Changi.
Dari lapangan terbang
Tenrah, pasukan tentera
Jepun bergerak ke selatan
dan pada 10 Februari 1942,
Bukit Timah diserang dan
akhirnya ditawan pada 11
Februari 1942.


Pihak Berikat terpaksa berundur ke bandar
Singapura di mana mereka dibom tanpa
belas kasihan oleh tentera Jepun.
Pada 6.10 petang 15 Februari 1942, Jeneral
Arthur Ernest Percival menandatangani
dokumen menyerah diri
KEKALAHAN TENTERA BERIKAT KE ATAS JEPUN
DI SINGAPURA
PETA KEMARAAN JEPUN DI TANAH MELAYU
PERLUASAN JEPUN KE BORNEO
UTARA
Pada 1 Januari 1942,
tentera Jepun
mendarat di Pulau
Labuan.
 Pada 16hb Mei
1942, secara
keseluruhannya
negeri ini jatuh ke
tangan Jepun.



Penaklukan Jepun di negeri Sabah
bermula dengan pendaratan Tentera
Empayar Jepun Ke-37 di Pulau Labuan
pada 1 Januari 1942.
Pada 1 Februari 1942, Kudat telah
ditawan dan pada Mei 1942 tentera Jepun
telah berjaya menguasai Pantai Barat
Sabah. Sejak itu, seluruh negeri Sabah
telah jatuh di bawah kuasa pemerintahan
tentera Jepun.
KESIMPULAN
Kawasan Tawanan Jepun
Tarikh Ditawan Jepun
Kota Bahru
8 Disember 1941
Jitra
12 Disember 1941
Alor Setar
13 Disember 1941
Pulau Pinang
17 Disember 1941
Ipoh
26 Disember 1941
Kuantan
31 Disember 1941
Slim River
7 Januari 1942
Kuala Lumpur
11 Januari 1942
Muar
16 Januari 1942
Batu Pahat
21 Januari 1942
Mersing
28 Januari 1942
Johor Bahru
31 januari 1942
Singapura
15 februari 1942
Secara keseluruhannya, kajian ini telah dapat
dilaksanakan dan mencapai objektifnya walaupun
terdapat beberapa masalah dan kelemhan yang
dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini.
 Justeru, adalah diharap agar setiap pembaca yang
membaca kajian ini bukan sahaja dapat
menambah pengetahuan tentang sejarah negara
kita tetapi juga dapt mengambil iktibar diatas apa
yang telah berlaku agar lebih mencintai negara
kita.


similar documents