File - Cikgu K3 PISMP Semester 3

Report
Hubungan Etnik WAJ 3106
– Tugasan Tutorial 2
Pembangunan Ekonomi dalam
Konteks Hubungan Etnik di
Malaysia.
Siti Aishah Mohd Yusof
Nurul Sakinah Hashim
Soalan 1
Nyatakan Konsep-konsep
Asas Hubungan Etnik :
a. Konsep Budaya
b. Kebendaan
c. Bukan Kebendaan
Konsep Budaya
Kebendaan
Bukan Kebendaan
Ciri-ciri Budaya
Konsep
Konsep Budaya
Budaya
• Perkataan budaya berasal daripada perkataan
Sanskrit dan Melayu iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’.
• ‘Budhi’ bermaksud kecergasan fikiran dan akal.
• ‘Daya’ bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh.
• Kesimpulannya, menurut Kamus Dewan budaya
merupakan kemajuan fikiran, akal budi,
berkelakuan dan sebagainya.
• Menurut Nik Safiah Karim pula, budaya
membawa maksud tenaga fikiran, usaha
rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.
• Selain itu, budaya didefinisikan sebagai suatu
cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
• Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
• Kebendaan
• Bukan Kebendaan
Budaya Kebendaan
• Budaya kebendaan ialah peralatan dan
kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
dan sebagainya.
• Sebagai contoh, orang Melayu mempunyai
reka bentuk rumah yang berbeza dengan
orang Inggeris.
Budaya Bukan Kebendaan
• Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan,
adat istiadat dan undang-undang.
• Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat
yang tersendiri dalam menjalani kehidupan.
• Contohnya, dalam adat perkahwinan Melayu
pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala dalam masyarakat
India hantaran perkahwinan diberikan oleh
pihak perempuan kepada lelaki.
Ciri-ciri Budaya
•
•
•
•
•
•
•
Dipelajari
Dikongsi
Bersifat sejagat
Diwarisi
Berubah-ubah
Mempunyai unsur simbolik
Adanya pandangan semesta (worlwide)
Soalan 2
Huraikan secara ringkas
maksud Perpaduan dan
Integrasi, Segregasi,
Akomodasi, Akulturasi,
Asimilasi dan
Amalgamasi
PERPADUAN
Satu proses menyatupadukan seluruh
masyarakat dan Negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.
INTEGRASI
Satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan geografi
dalam sesebuah unit politik. Unsur
integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah,
ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan,
dan politik.
UNSUR INTEGRASI
Integrasi Wilayah
• mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi
dan sosial antara yang maju dan kurang maju contohnya
Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
Integrasi Ekonomi
• mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara
kumpulan etnik.
Integrasi Kebudayaan
Integrasi Sosial
• membentuk satu kebudayaan kebangsaan.
• merangkumi usaha-usaha untuk menyatupadukan rakyat
melalui aktiviti sosial antaranya sukan, pendidikan (aktiviti
kokurikulum), kesihatan dan sebagainya.
Integrasi Pendidikan
• mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan
sempurna dari segi JERI. Contoh penubuhan sekolah Wawasan,
Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari.
Integrasi Politik
• menyatukan rakyat melalui kerjasama politik seperti
Parti Perikatan.
SEGREGASI
Pemisahan atau pengasingan antara
satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam
sesebuah negara.
AKOMODASI
Proses yang memerlukan setiap kumpulan
etnik menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik yang lain. Mereka juga akan
mempertahankan budaya hidup masingmasing.
AKULTURASI
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan
dalam kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia
terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga
unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan
sendiri.
ASIMILASI
Satu proses percantuman dan penyatuan
antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Kejayaan asimilasi bergantung
kepada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan
menerima identiti kumpulan etnik
majoriti.
AMALGAMASI
Satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk
jenis budaya dan ras baru.
Cara utama ialah melalui
perkahwinan
campur.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.. =)

similar documents