Mangsa-pemangsa (prey * predator)

Report
Mangsa-pemangsa
(prey – predator)
• Pemangsa memburu dan membunuh haiwan lain sebagai
makanan.
• Haiwan yang diburu dan dibunuh dikenali sebagai mangsa.
• Pemangsa merupakan karnivor dan biasanya lebih besar
daripada mangsa.
• Biasanya pemangsa mempunyai gigi dan cakar yang tajam,
penglihatan yang baik,boleh berlari pantas dan ada yang
mempunyai bisa.
• Contoh hubungan mangsa-pemangsa:
a)ikan yu putih makan anjing laut dan singa laut
b) katak dan kodok makan lalat,nyamuk dan serangga lain
c) harimau makan rusa dan kambing
Simbiosis
• Dalam simbiosis, dua organisma dari spesies
yang berbeza hidup bersama dan
hubungannya dalam masa yang lama.
• Terbahagi kepada 3 jenis:
a) komensalisme
b) mutualisme
c) parasitisme
Komensalisme
• Dalam komensalisme, satu organisma beruntung dan
yang lain tidak terjejas.
• Organisma yang beruntung ialah komensal. Organisma
yang lain disebut perumah.
• Contoh-contoh komensalisme:
a) ikan remora ,melekat pada badan ikan yu dan
mendapatkan perlindungan dan pengangkutan. Ikan yu
tidak terjejas.
b) orkid yang hidup pada pokok mendapat untung dari
segi ketinggian pokok untuk mendapatkan lebih cahaya
matahari. Orkid membuat makanan sendiri dan tidak
menjejaskan pokok yang ditumpanginya.
Kesalingan (mutualisme)
• Dalam kesalingan, kedua-dua organisma beruntung
dari hubungan yang erat.
• Contoh-contoh kesalingan ialah:
a) liken terdiri daripada alga hijau dan kulat yang hidup
bersama. Alga menerima perlindungan dari kulat. Kulat
menyumbang karbon dioksida pada alga untuk
menjalankan fotosintesis. Kulat yang tidak dapat
menjalankan fotosintesis kerana tidak mempunyai
klorofil, menerima makanan dan oksigen dari alga.
b) semut dan afid. Semut melindungi afid dari
pemangsa dan afid merembes makanan pada semut.
Parasitisme
• Parasitisme merupakan hubungan di antara perumah
dan parasit.
• Parasit mendapat keuntungan daripada hubungan itu
dan menjejaskan perumah.
• Terdapat dua jenis parasit :
a) ektoparasit- yang hidup di luar badan perumah.
Contoh : nyamuk, pijat, sengkenit.
b) endoparasit - yang hidup di dalam badan perumah.
Contoh : cacing pita, cacing kerawit dalam usus
manusia dan haiwan.
• Parasit mendapat makanan dan perlindungan dari
perumah. Beberapa parasit akhitrnya membunuh
perumah atau menjangkitkan perumah dengan
penyakit.
Persaingan
• Persaingan berlaku apabila organisma di kawasan yang sama berebut
untuk mendapatkan sumber-sumber sama yang terhad.
• Haiwan bersaing dengan satu sama lain untuk mendapatkan makanan,
pasangan, air, ruang dan perlindungan.
• Tumbuhan bersaing untuk ruang , cahaya matahari, air dan mineral.
• Persaingan terbahagi kepada dua:
a) persaingan intraspesies
Organisma yang sama spesies bersaing untuk mendapatkan
sumber-sumber.
b) persaingan interspesies
Organisme dari spesies yang berbeza bersaing untuk
mendapatkan sumber-sumber.
Contoh –contoh persaingan
a) Pokok-pokok dalam hutan hujan bersaing
untuk mendapatkan cahaya matahari dengan
bertumbuh tinggi-tinggi.
a) Haiwan karnivor seperti harimau bintang dan
singa bersaing untuk mendapatkan makanan.
Kawalan biologi (biological control)
• Kawalan biologi ialah cara mengawal haiwan
perosak dengan menggunakan musuh semulajadi
perosak itu.
• Kawalan biologi digunakan dalam pertanian
untuk menggantikan penggunaan racun serangga
(insektisid), dan racun perosak.
• Inteeraksi yang mungkin digunakan dalam
kawalan biologimungkin mangsa-pemangsa,
parasitisme atau persaingan.
• Contoh-contoh kawalan biologi:
a) Ikan dibela di kolam dan di tempat-tempat menakung air untuk
memakan larva nyamuk.
b) Burung pungguk digunakan di sawah padi dan ladang kelapa sawit
untuk mengawal populasi tikus.
• Rumput khas ditanam di ladang kelapa sawit untuk mengawal populasi
rumpai.
-
Kebaikan kawalan biologi:
a) cara ini tidak mencemar alam sekitar
b) perosak tidak membentuk rintangan terhadap pemangsa atau parasit.
c) agen yang digunakan dalam kawalan biologi tidak menjejaskan
kesihatan manusia atau membunuh organisma lain. Ini kerana agen
menjejaskan mangsa atau perumah tertentu sahaja.
-
Keburukan kawalan biologi:
a) Jangka masa yang diambil untuk menjejaskan populasi perosak agak
lama. Cara kimia bertindak lebih cepat.
Sekian
Persaingan
•
Persaingan berlaku apabila organisma di kawasan yang sama berebut untuk
mendapatkan ________________________________.
•
Haiwan bersaing dengan satu sama lain untuk mendapatkan __________,
__________, air, ________ dan ________________.
•
Tumbuhan __________ untuk _______ , cahaya matahari, ____ dan mineral.
•
Persaingan terbahagi kepada dua:
a) persaingan _______________
Organisma yang _______ spesies bersaing untuk mendapatkan
sumber-sumber.
b) persaingan _______________
Organisme dari spesies yang _________ bersaing untuk
mendapatkan sumber-sumber.
Contoh –contoh persaingan
a) ________________ dalam hutan hujan
bersaing untuk mendapatkan
______________dengan bertumbuh
______________.
a) Haiwan karnivor seperti ______________dan
_____________ bersaing untuk
mendapatkan __________.
Kawalan biologi (biological control)
• __________________ialah cara mengawal haiwan
perosak dengan menggunakan
________________________ perosak itu.
• Kawalan biologi digunakan dalam pertanian untuk
menggantikan penggunaan
_________________(insektisid), dan _____________.
• Interaksi yang mungkin digunakan dalam kawalan
biologi mungkin _______________, parasitisme atau
________________.
• Contoh-contoh kawalan biologi:
a) ________ dibela di kolam dan di tempat-tempat menakung air untuk
memakan _______________.
b) __________________digunakan di sawah padi dan ladang kelapa sawit
untuk mengawal populasi _________.
c) _______________ ditanam di ladang kelapa sawit untuk mengawal
populasi _____________.
-
Kebaikan kawalan biologi:
a) cara ini tidak _____________ alam sekitar
b) perosak tidak ____________________terhadap pemangsa atau parasit.
c) agen yang digunakan dalam kawalan biologi tidak menjejaskan
____________manusia atau _________ organisma lain. Ini kerana agen
menjejaskan mangsa atau perumah tertentu sahaja.
-
Keburukan kawalan biologi:
a) Jangka masa yang diambil untuk menjejaskan populasi perosak agak
_________. Cara kimia bertindak lebih _________.
Exercise (latihan)
1. Organisma yang hidup di dalam badan
organisma lain dan melemahkannya dipanggil
_____________________.
2. Penggunaan satu organisma untuk mengawal
populasi perosak dikenali sebagai
___________________
3. _____________________merupakan jenis
interaksi antara organisma berlainan spesies di
mana kedua-dua organisma beruntung.
4. ________________berlaku apabila banyak
organisma memerlukan sumber-sumber asa
yang sama.

similar documents