Slide 1 - PPD Johor Bahru

Report
PERMOHONAN KE SEKOLAH
KAWALAN DAN SEKOLAH
BERASRAMA PENUH (SBP)
TAHUN 2014
1. Pengguna
 Guru Besar, PK HEM, Admin APDM, Guru Kelas.
Login di http://www.sekolahmalaysia.com atau
http://apdm.moe.gov.my
 Ibu bapa/penjaga
Login di http://public.moe.gov.my
2.




Permohonan secara ONLINE
Tarikh permohonan 1 September hingga 15 Oktober 2013.
Sila keluarkan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga.
Permohonan boleh dibuat di semua jenis sekolah kawalan.
Sekolah Kawalan daerah Johor Bahru
i. SMK Sultan Ismail
ii. SMK Mohd Khalid
iii. SMK Dato’ Jaafar
iv. SMK Tasek Utara
vi. SMK IJ Convent
vii. SMK (P) Sultan Ibrahim
viii. Maktab Sultan Abu Bakar
 Ibu bapa wajib mencetak dan menghantar permohonan yang
lengkap (berserta dokumen sokongan yang disahkan) kepada
Guru Kelas.
 Guru Kelas perlu menyemak maklumat yang diisi, dokumen
yang disertakan. Maklumat perlu dipastikan benar sebelum
permohonan secara online diserahkan.
3. Pengesahan Permohonan
 Tanggungjawab Guru Besar dan dibantu oleh Guru PK HEM.
 Guru Kelas perlu menghantar borang permohonan (bersama dengan
salinan dokumen) yang telah diserahkan secara online kepada Guru
Besar/PK HEM untuk tujuan pengesahan.
 Guru Besar/PK HEM perlu menyemak dan mengesahkan permohonan
secara online dan menandatangani borang permohonan yang diberikan.
 Sekolah perlu menyimpan borang permohonan dan tidak perlu
menghantar ke PPD atau ke sekolah-sekolah yang dipohon.
 Sila rujuk manual Guru Besar/PK HEM untuk membuat pengesahan.
DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN MURID
TINGKATAN SATU (1)
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
TAHUN 2014
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dasar Pengambilan
70 : 30
• Keutamaan murid
sekolah luar bandar
berbanding murid
sekolah bandar
Murid Miskin
Cemerlang
Murid Cemerlang
Sukan
• Keutamaan murid
cemerlang akademik
dari keluarga miskin
terutama di bawah
PGK (Paras Garis
Kemiskinan)
• Keutamaan murid
cemerlang sukan
memenuhi hasrat
SBP sebagai Pusat
Kecemerlangan
Sukan (1M1S)
2013
 Bilangan calon memperoleh 5A :
 Bilangan permohonan
46,012
: 105,357
 Bilangan penawaran tempat di 66 buah SBP:
 SBP baharu untuk 2013:
i.
SM Sains Jeli
7710
Dasar Pemilihan T1
 Pengetua SBP diberikan kuasa autonomi untuk memilih 20%
murid mengikut bidang kebitaraan Sekolah Berasrama Penuh
masing-masing;
 Peruntukan 10 tempat khas untuk anak alumni masing-masing
di tujuh Sekolah Berasrama Penuh Premier sahaja MCKK (Malay
College Kuala Kangsar), TKC (Tengku Kurshiah College), STAR
(Sekolah Tunku Abdul Rahman), SDAR (Sekolah Datuk Abdul
Razak), SSAS (Sekolah Sultan Ahmad Shah), SSP (Sekolah Seri
Puteri) dan STF);
 Peruntukan 10 tempat khas untuk anak-anak bekas atlet
negara di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)
di Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia;
 Murid Bukan Bumiputera dipertimbangkan 10% tempat di
Sekolah Menengah Sains (kecuali Sekolah Menengah Sains
Sultan Iskandar Mersing)
 Murid tajaan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak di bawah
Program Integrasi Nasional diperuntukan tempat khas di
Sekolah Berasrama Penuh terpilih ;
 Anak Orang Asli dan kaum Pribumi diberi keutamaan untuk
ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh;
 Anak-anak pegawai dan kakitangan kerajaan yang
berkhidmat di luar negara dipertimbangkan tempat khas di
Sekolah Berasrama Penuh terpilih sebagai obligasi kerajaan.
Permohonan mesti dibuat melalui Kementerian Luar Negeri
(Wisma Putra);
Syarat Pemilihan T1
 Murid mestilah warganegara Malaysia;
 Murid Sekolah Kebangsaan;
 Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2013. Boleh juga dipertimbangkan pencapaian berikut :
* murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras
Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) yang mendapat
keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A dan 2B ;dan
* murid yang dikategorikan telah mencapai sekurangkurangnya mewakili peringkat negeri dalam sesuatu jenis
sukan atau permainan yang mendapat keputusan UPSR 4A
dan 1B.
 Aktif kokurikulum. Penilaian ini adalah untuk pencapaian
kokurikulum semasa murid berada di tahap dua (2)
persekolahan (Tahun Empat (4) / Lima (5) / Enam (6))
Pemilihan & Penempatan T1

penempatan murid di sepuluh (10) buah Sekolah Berasrama Penuh
Premier (SBP Terawal), setiap negeri diperuntukkan jumlah tempat
tertentu mengikut jantina bagi calon yang memilih aliran Sains

penempatan murid di tiga (3) buah Sekolah Menengah Agama
Persekutuan (SMAP), setiap negeri diperuntukkan jumlah tempat tertentu
mengikut jantina bagi murid yang memilih aliran Agama dan murid
mencapai gred “A” dalam Jawi dan Al-Quran

penempatan murid pedalaman & luar bandar di SM Sains (SMS),
sekurang-kurangnya 70% tempat diperuntukkan bagi calon yang
memilih aliran Sains;

penempatan murid bandar di SM Sains (SMS), maksima 30% tempat
diperuntukkan bagi calon yang memilih aliran Sains;

penempatan murid pedalaman & luar bandar di 12 buah Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), sekurang-kurangnya 70% tempat
diperuntukkan. Bagi tujuan pemilihan, senarai merit negeri mengikut
jantina bagi murid yang memilih aliran Agama digunakan dan murid
mencapai gred “A” dalam Jawi dan Al-Quran;

penempatan murid bandar di 12 buah Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi (SBPI), maksima 30% tempat diperuntukkan.
Bagi tujuan
pemilihan, senarai merit negeri mengikut jantina bagi murid yang memilih
aliran Agama digunakan dan murid mencapai gred “A” dalam Jawi
dan Al-Quran
Prosedur Permohonan
P/GB terima &
buat pengesahan
Hantar kepada
P/GB
Mohon ; lengkapkan
maklumat (APDM)
www.moe.gov.my .
Permohonan ke Tingkatan 1 /
4 SBP : 1/9 – 15/10
cetak
segera
13
Keputusan Pemilihan dan Penempatan
 Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke SBP
selewat-lewatnya 27 hari selepas keputusan UPSR/PMR
diumumkan.
 Semakan keputusan tersebut boleh dibuat
ketetapan berikut:
 Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my
 Kaunter BPSBPSK
 Talian hotline BPSBPSK
 Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
 kiosk
melalui
Syarat Tawaran ke SBP
 Tawaran yang diberikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat
tawaran seperti yang dinyatakan dalam Lampiran Tawaran
Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) / Empat (4) SBP
 Tawaran kepada murid-murid yang berjaya adalah muktamad.
Walau bagaimanapun BPSBPSK berhak membuat pindaan atau
membatalkan
tawaran
berdasarkan
sebab-sebab
yang
munasabah
 Sebarang permohonan bertukar SBP dan aliran yang ditawarkan
tidak akan dipertimbangkan
 Tawaran kepada murid yang berjaya akan terbatal sekiranya
murid tidak mendaftar dalam tempoh 7 hari
dari tarikh
pendaftaran
 Tawaran ke SBP tahun 2014 akan disampaikan melalui
e-Tawaran
Urus Setia
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 Blok 2251 Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
Tel.
03-83217400
Faks. 03-83217401/2/3

similar documents