MASYARAKAT MAJMUK

Report
MASYARAKAT
MAJMUK
- Seorg pakar antropologi, J.S. Furnival (1948)
menyatakan masyarakat majmuk adalah
merujuk kepada masyarakat campuran yg
berbilang bangsa.
- Namun, campuran ini dalam ertikata yg
sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap
kumpulan mengamalkan agama, adat,
kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara
hidupnya yg tersendiri.
Latar Belakang Kaum Utama dan Pembentukan
Masyarakat Majmuk di Malaysia.
I.
-
-
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM
MERDEKA
Tiga kaum yg terbesar dan utama di Tanah Melayu
ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan
tapak bijih timah oleh Long Jaafar pd tahun 1848,
hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri
daripd org Melayu.
Pd pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan
masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke
Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar
kolonial British yg membawa masuk kaum2 tersebut ,
terutama utk mengerjakan ekonomi.
- Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke
atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara
meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yg
merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu
diekploitasikan sepenuhnya oleh British.
- Kesan yg jelas melalui dasar liberal British ialah
pembentukan masyarakat negara yg berbilang kaum
serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan.
Penghijrahan secara besar-besaran ini tlah mengubah
struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
- Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu
semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pd tahun
1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931
- Pemajmukan masyarakat Tanah Melayu telah
menyebabkan British mentadbir menggunakan
dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule).
Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan
bumiputera, tetapi pd masa yg sama memberi
pengkhususan kepada kaum imigran dan
memastikan pengasingan setiap kaum.
- Kaum pendatang dibiarkan utk mengekalkan
identiti dan budaya masing2 sementara
perhubungan langsung dengan kaum2 lain,
terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.
KAUM MELAYU
- Org Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk
asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya
datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500
tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini
sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan
beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari
kepulauan lain ke Tanah Melayu.
- Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan
beramai2 masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah
Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran
kedudukan ekonomi, politik dan sosial yg
smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
- Masyarakat Indonesia datang daripada
berbagai-bagai pulau spt Jawa, Sumatera,
Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957,
keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu
berjumlah 2,427,834 org, iaitu 49.8% daripd
jumlah penduduk Tanah Melayu.
- Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi
utama masyarakat Melayu ialah perdagangan.
Perdagangan utama ialah melalui sungai2
utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan2
Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi2
sungai.
- Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap
sektor ekonomi negeri masing2 semakin berubah
dan merosot setelah campur tangan British dalam
hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh2
asing juga telah mengubah struktur ekonomi
masyarakat Melayu.
- Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai
telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru
spt Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di
Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang
di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di
Negeri Sembilan.
- Bndar2 baru ini menjadi tumpuan buruh asing,
manakala kaum Melayu masih kekal di bandar2
tradisi atau perkampungan masing2.
- Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari
semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di
bandar2 masih lagi kecil.
- Ekoran perdagangan yg berat sebelah, prestasi
ekonomi org Melayu di zaman kolonial tidak mencapai
sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
- British memegang dasar agar org Melayu kekal sebagai
petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat
mampu menyara hidup.
- Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai
sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat
resam dan tradisi org Melayu tidak terganggu dengan
pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang
kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi
keseluruhannya.
KAUM CINA
- Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai2
berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British
dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876,
pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor
pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri
Selat pada tahun 1826.
- Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah
Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yg dtg dari daerah
Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain2.
- Pd peringkat awal, buruh2 Cina bertumpu di tapak2
perlombongan awal spt di Lukut dan Sungai Ujong.
Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan
perkembangan aktiviti perlombongan.
- Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan
masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 org;
dan di Larut Perak pd tahun 1873 terdapat seramai
40,000 orang.
- kawasan2 lombong bijih timah Kuala Lumpur,
iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang
kesemuanya diusahakan oleh buruh2 Cina.
- Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org Cina
ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa
masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan
menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat
Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun
1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai
100,000 orang.
- Bilangan penduduk Cina menunjukkan
pertambahan yg paling besar dari setahun ke
setahun berbanding dengan bangsa lain.
- Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini
dengan meluluskan beberapa undang2 yg berkaitan.
Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants
dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan
perlindungan orang Cina telah ditubuhkan utk
melindungi org Cina.
- Org Cina yg berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya
terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yg boleh
dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan
ekonomi. Kelompok2 utama ini ialah Hokkien,
Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
- Kebanyakkan org Hokkien terdiri daripd peniaga dan
pekedai sementara org Kantonis sebagai pelombong
dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan
peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang
Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada
hitam di Johor.
- Org Hakka ramai yg menjadi pelombong
sementara org Hailam pula ramai yg membuka
kedai2 makan.
- Antara semua kelompok ini, bilangan org Hokkien
adalah yg terbesar.
- Walaupun kemasukan org Cina berlaku besar2an,
namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai
yg sering keluar masuk. Bilangan org Cina lebih
stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga
tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah
Melayu ialah seramai 2,332,936 org, iaitu 37.1%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
KAUM INDIA
- Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah
Melayu hanya ketara pd abad ke 19 dan ke 20,
sebenarnya hubungan antara India dengan
Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku
lebih awal lagi.
- Hubungan terawal telah bermula sejak abad
pertama Masihi apabila penganut HinduBuddha menyebarkan agama mereka di
Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
apabila pedagang2 India berniaga di
pelabuhan Melaka.
- Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu
berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan
India. Buruh2 India bermula sebagai pekerja di
ladang2 tebu dan kopi di Seberang Prai.
- Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan2
utama penanaman getah di Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari
tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya,
seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke
Tanah Melayu.
- Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun
kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga
1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh
India berhijrah ke Tanah Melayu.
- Catatan menunjukkan 90% daripd golongan
penghijrah ialah org Tamil yg berasal dari
Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan
Malayalam.
- Selain org Tamil, terdapat juga org Punjabi dan
org Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yg
terbesar ialah org Tamil yg membentuk 80%
daripd keseluruhan penduduk India di Tanah
Melayu sementara org Malayali meliputi 7%. Org
Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan org2
Tamil dan org2 Telugu bekerja di estet2 getah
sebagai buruh. Ada juga di kalangan org Tamil yg
berkhidmat di jabatan2 kerajaan pada awal abad
ke-20.
- Org Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan
pada peringkat awalnya mereka bertugas dlm
perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi
pengawal keselamatan.
- Buruh2 India yg bekerja di Tanah Melayu datang
sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yg
dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan
yg bekerja membina jalanraya, landasan kereta
api, jambatan dan bangunan2 kerajaan.
- Mereka yg datang secara sukarela biasanya
bekerja di ladang2 tebu, kopi dan getah. Sistem
yg paling popular dlm usaha membawa masuk
buruh2 India ini ialah Sistem Kangani.
- Mengikut sistem ini, seorang pekerja yg telah
bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari
buruh2 baru utk bekerja dengannya di Tanah
Melayu. Org inilah yg digelar Kangani.
- Namun sistem ini dihapuskan pd tahun 1938.
- Wujud juga sistem yg dinamakan Sistem Kontrak
di mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut
jangka masa tertentu sebagaimana yg disebut di
dalam kontrak.
- Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di
Tanah Melayu menjangkau 695,985 org iaitu
11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS
MERDEKA HINGGA KINI
• Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada
tahu 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun
2000 (Carta 1). Ini menunjukkan purata
pertumbuhan penduduk tahunan ialah
sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910
tahun). Kadar ini agak rendah jika
dibandingkan dengan pertumbuhan pada
tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6% (Carta 2).
Komposisi Etnik
Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2%
adalah bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan etnik
Bumiputera (67.4%), Cina (24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).
Sumber: Jabatan Statistik Malaysia, 2010
ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
Agama dan Kepercayaan
Kaum Melayu
- Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu
ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika
itu hidup dengan agama dan kebudayaan
mereka tersendiri malahan amalan mereka ini
tidak terjejas walaupun dengan kemasukan
buruh2 Cina dan India.
- Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya
menganut agama Islam. Agama Islam dibawa
masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke
15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal
sebagai pusat pemerintahan yg berperanan
penting dalam memastikan penyebaran dan
pengekalan agama Islam.
- Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan
kepada Tuhan yang satu.
- Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai
asas perundangan yg utama bersama-sama
dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw)
sendiri.
- Islam ialah agama yg paling meluas dianuti di
Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam
bermatlamat untuk:
a) melahirkan manusia mempunyai konsep
kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya
kepada kekuasan ALLAH semata-mata
b) melahirkan manusia yg mempunyai cara hidup
yang tersusun dan bersistematik dalam situasi
kehidupan mereka
c) melahirkan manusia yang bertanggungjawab
sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan
sekaligus melahirkan manusia yg mengenali diri
dan mempunyai hala tuju hidup.
- Islam mentafsirkan bentuk2 hubungan yg
berlaku dlm hidup manusia ini, iaitu:
a) Dalam hubungan manusia dengan ALLAH
(swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segalagalanya utk kebahagiaan manusia. Oleh itu,
manusia dicipta bertujuan utk
menghambakan diri kepada ALLAH dan
beribadat kepada-Nya.
b) Dalam hubungan manusia dengan manusia,
Islam menuntut hubungan yang berdasarkan
persaudaraan dan satu keturunan tanpa
mengira perbezaan warna kulit, bahasa,
tempat dan agama.
c) Dalam hubungan manusia dengan alam pula
bermaksud manusia perlu menghormati kejadian
alam kerana manusia merupakan makhluk yang
diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah
pentadbir alam (khalifah), dan perlu
memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan
kemusnahan.
- lain2 aspek yg ditekankan dalam ajaran Islam spt
pemeliharaan jiwa supaya sentiasa bersih,
pemeliharaan akal dan fikiran, pemeliharaan
maruah dan keturunan, pemeliharaan harta
benda, peliharaan hak dan kebebasan.
KAUM CINA
- Masyarakat Cina yg datang ke Tanah Melayu
mengubah struktur kemasyarakatan negara ini
sekaligus menyumbang kepada pembentukan
masyarakat majmuk.
- Golongan ini turut membawa bersama agama
dan kepercayaan yg mereka anuti ke negara ini
dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan
masing2 tanpa halangan dan sekatan.
- Antara agama atau kepercayaan yg diamalkan
oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.
- Taoisme merupakan sistem falsafah dan
keagamaan Cina.
- Taoisme berasal daripd perkataan Tao yg bermaksud
‘Jalan’ (The Way).
- Taoisme mengajar pengikutnya utk mencapai
ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian
emosi.
- Dua orang ahli falsafah Taoisme yg terkenal ialah:
a) Lao Tzu (abad ke-6 S.M.) – beliau menulis buku
mengenai falsafah Taoisme bertajuk Tao-te Ching. Buku
tersebut mengandungi asas ajaran Taoisme dan
menjadi salah sebuah buku yg amat berpengaruh di
negara China.
b) Chuang Tzu (abad ke 4-3 S.M) – beliau telah
memperkenalkan doktrin kesamarataan terhadap
semua perkara.
- Taoisme pernah menjadi agama rasmi negara
China dalam abad ke – 7 hingga abad ke – 10
pada masa pemerintahan Dinasti Tang.
- Satu anutan yg popular di kalangan
masyarakat Cina ialah fahaman
Confucianisme.
- Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze
(Confucius) yang dilahirkan pada tahun 551
S.M dan meninggal dunia pada usia 72 tahun
a)
Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
- ajaran ini mementingkan organisasi kekeluargaan. Dalam sesebuah
keluarga, kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa
dan abang sgt dititikberatkan.
b) Ketaatan anak
Aspek ini merujuk kepada penghormatan yg patut diberikan oleh anak
kepada ibu bapa.
c) Konsep Yin dan Yang
Konsep ini menyebut bahawa semua benda yg ada di dunia ini
merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif,
dikenali sebagai Yang.
Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian.
Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dlm alam spt panas
matahari, bumi dan kering, iaitu tanda2 yg melambangkan kepintaran,
kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa2 negatif alam
seperti sejuk, bulan dan lautan yg melambangkan sifat2 lemah, gelap
dan pasif.
KAUM INDIA
- Masyarakat India yg tiba ke Tanah Melayu turut
membawa bersama agama dan budaya yg diamalkan
dari India.
- Agama yg paling banyak dianuti oleh masyarakat India
ialah agama Hindu.
- Ciri-ciri yg terkandung dalam di dalam agama Hindu.
a) Kepercayaan kepada banyak Tuhan
- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai
banyak tuhan.
- antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta),
Vishnu (Tuhan Pelindung), dan Siva (Tuhan Pembinasa)
b) Konsep karma dan kelahiran semula
- Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran
mereka ke dalam salah satu kasta amat
dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam
kehidupan yg terdahulu.
- Unsur yg menentukan kasta mana yg bakal
diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
c) Kitab-kitab Veda
- Kitab veda ialah kitab yg menjadi panduan dalam
masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab2 ini
mengandungi riwayat hidup, amalan2 politik,
kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan
sebagainya.
MASYARAKAT SARAWAK
- Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak
Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau.
- Amnya org Iban tidak mempunyai agama yg tertentu.
Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme
sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa2 barat,
sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.
- Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang
kepada ajaran Islam.
- Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan
pagan (tidak mempunyai pegangan agama),
bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan
Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai
antara mereka yg memeluk agama Islam dan Kristian.
Masyarakat Sabah
- Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat
terbesar di Sabah yg memegang kepercayaan
animisme. Sebahagian kecil daripada mereka
telah memeluk agama Islam dan Kristian.
- Di kawasan pendalaman, ramai yg masih tidak
mempunyai pegangan agama.
- Bagi masyarakat Bajau, hampir semua
daripada kalangan mereka beragama Islam.
KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM
Kaum Melayu
- Bahasa yg dituturkan oleh orang Melayu terdiri
daripada kelompok bahasa Antronesia. Bahasa ini
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga
kumpulan manusia berdasarkan kedudukan
geografi masing2.
- Tiga kumpulan tersebut terdapat di Semenanjung
dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia,
Indonesia, Filipina dan Madagascar; kedua,
Malenesia dan kepulauan sekitarnya; ketiga,
Polinesia dan kepulauan sekitarnya.
- Bahasa yg digunakan oleh orang Melayu ialah
bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat,
tulisan yg digunakan oleh orang Melayu ialah
tulisan jawi, iaitu pengaruh yg dibawa oleh
pedagang2 Arab sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi.
- Dua jenis adat yg menjadi amalan penduduk
Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan
Adat Temengung.
- Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu
di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep
demokrasi dan muafakat.
- Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga,
pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak
perempuan.
- Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat
Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri
Sembilan.
- Adat ini menekankan pemerintahan raja
mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki.
Adat ini juga turut mendapat pengaruh yg
banyak dari agama Islam.
- Perayaan – perayaan yg berbentuk keagamaan
bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha,
Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal
Muharram
Kaum Cina
- Pada peringkat awal penghijrahan, masyarakat Cina
didapati mempunyai semangat kesukuan yg kuat.
Semangat kesukuan ini antara yg menyebabkan
lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu,
terutamanya sebelum campur tangan politih British.
- Kewujudan kumpulan kongsi gelap ini menyebabkan
masalah pergaduhan sering terjadi. Kegiatan penagihan
candu juga semakin ketara di kalangan pelombong.
- Namun, budaya pendatang Cina ini terasing daripada
budaya masyarakat Cina yg asal.
- Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan
telah menggunakan pakaian yg moden bercirikan
Barat.
- Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina
masih digunakan sehingga kini. Salah satunya
ialah ‘samfoo’ yg terdiri daripada kombinasi
blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap
digunakan oleh golongan tua. Selain itu.
‘cheongsam’.
- Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan
jenis masakan utama ialah masakan Kantonis,
Hokkien dan Szechuen.
- Perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina,
Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming,
Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.
Kaum India
- Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada
hierarki sosial yg tertentu. Hierarki tersebut dipanggil
sistem kasta.
- Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India
dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu:
- Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim
ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala
pencipta
- Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap
menyamai taraf tangan pencipta.
- Vaisya - terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya
bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya
sama dengan paha pencipta
- Sudra - terdiri daripada golongan hamba abdi yg
kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.
- Masyarakat India juga mempunyai berbagai
perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai
Ponggal.
- Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis
pakaian daripada kain sepanjang enam ela yg
dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama
dengan sehelai blaus.
- Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis,
iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki
juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian
putih utk ke kuil atau perayaan tertentu.
- Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi
dan roti2 spt ‘chappati’, ‘paratta’ dan ‘puri’.
Masyarakat Sarawak
- Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang.
Rumah ini didiami oleh beberapa buah
keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada
beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni
oleh sebuah keluarga yg biasanya keluarga
asas.
- Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada
bilik utk keluarga, cuma terdapat bilik yg
memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang
sebelah malam.
Masyarakat Sabah
- Masyarakat Kadazan-Sabah juga mempunyai
berbagai adat resam budaya yg berkait
dengan kematian, kelahiran.
- Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula,
terdapat empat kategori norma atau nilai
iaitu hubungan lelaki dengan perempuan,
pertunangan, perkahwinan dan perceraian

similar documents