HUBUNGAN ETNIK :: MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU ::

Report
HUBUNGAN ETNIK
:: MASYARAKAT PLURALISTIK
ALAM MELAYU ::
KUMPULAN 3
NUR FARHANA BT AZMAN
WAN NABILA IZZATI BT WAN RAZALI
PENSYARAH
TUAN HAJI GHZLI B.ISMAIL
PLURALITI MASYARAKAT ALAM
MELAYU DALAM SEJARAH
Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia
Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society).
Pluraliti:
istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai
bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah
(Eropah) yg terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang
rancangan pemaksaan di sebaliknya.
:: Masyarakat Plural:
Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah.
Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India
ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi.
Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi
dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama
yg wujud di Asia Tenggara.
Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup
terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat
yg sama (Masyarakat Majmuk)
::Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti
dan masyarakat Plural.
- Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti
sosial dan alam sekitar.
- Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti
kehidupan masyarakat yang ada.
- Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam
sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu
mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di
dunia.
- Cth:Bunga raya – dibawa dari kepulauan Pasifik.
Getah – dibawa dari Brazil.
Bagaimana Pembentukan Pluraliti di alam
Melayu terjadi?
1. Hubungan dengan Cina dan India.
- Hubungan antara alam Melayu dengan
Cina dan India telah lama berlaku.
- faktor perdagangan- alam Melayu menjadi
persinggahan para pedagang dari kedua-dua
benua tersebut.
- Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian
agama di alam Melayu pada zaman kerajaan
Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai
pusat pengajian dan penyebaran ilmu
pengetahuan.
2.
-
-
Zaman Hinduisme dan Buddhisme.
Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar
dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh
Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).
Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan ideaidea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan
Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma
kitab-kitab yg bersifat kesenian.
Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan
pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam.
Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam
Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi
candi-candi yg didirikan.
3.
-
-
Penjelmaan dari segi material dan non-material.
Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg
bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris.
Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu pengetahuan.
Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu
pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat
sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap
cara memahami sesuatu.
Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di
alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak
metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.
-
Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg
menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan
pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai
ilmu metafizik alam Melayu.
-
Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat
non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat
rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu
material menerusi pancaindera dan kemudiannya
dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.
-
Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden,
pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg
berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua
ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.
Puncak Pluraliti: Empayar Melaka Mercu Hubungan Etnik
Pra-Penjajahan.
Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak
keagungan kerajaan Melayu.
Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari
seluruh pelosok dunia sehingga digelar “The Venice of the
East”.
Dari segi pemerintahan
Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang
Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang
berdagang dan menetap di istana.
Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka
dengan anak pemerintah China dll.
-
Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara
kaum.
Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka)
menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem
pemerintahan Melaka.
Dari aspek perdagangan.
Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada
sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan
yg cekap.
Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap
keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.
Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi
tarikan kepada kedatangan pedagang asing.
Kependudukan.
Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku
penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada
mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport
dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan
penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah
mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud
sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.
Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi
aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
Kebudayaan.
- Keterbukaan pemerintah empayar
Melaka menerima kehadiran para
pedagang daripada seluruh pelosok
dunia tanpa syarat-syarat yg
menyulitkan memungkinkan
pelabuhan Melaka berkembang sbg
pelabuhan penting dunia.
- Kemajuan perdagangan dan kemajuan
sebagai kota metropolitan
memungkinkan Melaka wujud sebagai
kota multi-budaya, setiap budaya
mempunyai tempat masing-masing.
-
-
Pluralisme budaya bukanlah suatu
fenomena baharu dlm alam Melayu.
Interaksi antara pelbagai budaya seperti
Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme,
Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol,
Belanda & British) dgn budaya alam Melayu
telah berlaku sekurang-kurangnya sejak
abad ke-5 Masihi lagi.
Pertemuan & pertembungan budayabudaya besar dunia tersebut telah
melahirkan satu ciri fenomena sosial yg
istimewa dlm alam Melayu, iaitu fenomena
kepluralitian budaya
Pengasasan Masyarakat Plural.
-
-
Penjajahan British membawa bersama-sama dasar
pentadbiran yg selaras dengan kemajuan mereka dari
segi ilmu pengetahuan.
Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam
pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yg
ada di alam Melayu.
Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi
pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di
alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh
penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di
bawah pengawasan sultan Melayu.
-
Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga
unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman
diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yg tiada
agihan kuasa.
-
Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem
ekonomi kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan
perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran,
modal dan buruh.
-
Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong
kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan
kemasukan bangsa asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan
pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan menguntungkan.
LATAR BELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS
KEPULAUAN MELAYU.
• Aspek Geo.budaya.
– Kepulauan Melayu (Nusantara): Semenanjung Tanah
Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan
Maluku, Jawa & Sumatera.
– Penduduk - masyarakat terawal ialah orang Melayu yg
terdiri daripada pelbagai suku etnik & mempunyai pelbagai
kepercayaan & cara hidup.
• Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai
ciri-ciri persamaan budaya yg jelas antara satu suku dgn
suku yg lain)
• Aspek Rumpun Bangsa.
– Di Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah
kelompok Melayu yg bertutur dalam bahasa Melayu,
mengamalkan cara hidup orang Melayu & beragama
Islam.
– Sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu
(cth: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu-Patani)
– Suku asli - Jakun, Sakai, Senoi dll.
• Sabah.
– Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai
bumiputera.
– Terdapat pelbagai suku peribumi: Kadazandusun,
Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, MelayuBrunei, Kedayan dll.
– Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk - masyarakat bumiputera
Islam.
– Kadazandusun dan Murut - masyarakat bumiputera
bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme)
tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
KLIK-KLIK
orang Bajau
Pakaian tradisional
masyarakat Murut
• Sarawak.
– Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai
bumiputera.
– Terdapat pelbagai suku peribumi: Iban, Melanau,
Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya,
Kenyah, Kayan, Kedayan dll.
– Melayu, Melanau & Kedayan- masyarakat bumiputera
Islam.
– Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan & Bisaya masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama
Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya
juga beragama Islam.
KLIK-KLIK
Pakaian gadis
Iban
• Aspek Bahasa.
– Bahasa Melayu - berasal drp bahasa Austronesia /
dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. BM
berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut
suku yg ada di Kepulauan Melayu.
– Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit
dalam BM kuno.
– Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) - BM
berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi
menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan,
Teologi, Falsafah & Tasawuf)
– BM bersifat dinamik - menjadi Lingua-franca di alam
Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
– Kerajaan Tradisi Melayu.
• Zaman Hindu-Buddha - pemerintahan beraja. Cth:
Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya &
Majapahit.
• Zaman Islam- kerajaan Melaka, Aceh.
• Selepas Melaka - kerajaan Johor-Riau, Brunei.
CAMPUR TANGAN BRITISH & KELAHIRAN MASYARAKAT
PLURALISTIK
• Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda 1641.
• Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786,
Melaka - 1824 & Singapura - 1826.
• Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan
sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British
dan Belanda.
• 1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2 Melayu
Bersekutu & Sistem Penasihat di NNMTB.
• Di Sarawak - Penguasaan keluarga Brooke (1841-1946.
• Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
(SBBU) -(1881-1946)
• Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu,
kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai
Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultansultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka.
• Penjajahan - mengakibatkan penentangan
tokoh/masyarakat tempatan.
• Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar dlm
politik, demografi & sosioekonomi T.Melayu.
Nama sebenar : Libau
Gelaran:'Raja Darat' oleh masyarakat Iban.
Jawatan: ketua orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang
(Pahlawan Iban yang terkenal).
Punca penentangan: rasa xpuas hati terhadap beberapa tindakan
yang dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah
KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK/PLURALISTIK
• Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi T.
Melayu untuk keuntungan yg cepat dan maksimum.
• Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa masuk
melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara
berkumpulan & persendirian.
• Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke Singapura (negeri2
pantai barat)
• 1895-1927 - lebih drp 6 juta org Cina berhijrah ke
T.Melayu.
• 1931 - 34% drp penduduk T.Melayu ialah org Cina.
• Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu,
Miri & Bintulu.
• Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh asing spt org
Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau,
getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.
• Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui
sistem Kangani
• Bermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20.
• 1911- org India - 10% drp penduduk T.Melayu. &
meningkat kpd 15% pd th 1921.
• Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan &
kerja raya.
• Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera:
bekerja dlm sektor pertanian & tinggal di luar bandar.
• Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi & Ceylon.
• Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk satu
masyarakat yg tetap & mengasaskan organisasi sosial
masing-masing.
• Cth: orang-orang Cina membentuk persatuan &
pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan).
• British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi
memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut.
• Kesannya: Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi,
pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem
pendidikan
•
•
•
•
•
Kumpulan etnik menceburi sektor ekonomi yg berbeza:
Melayu - nelayan & petani (sektor luar bandar)
Cina - perlombongan dan perdagangan
India - perladangan dan kerja raya.
Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme Ekonomi:
Perkembangan sistem Ekonomi Moden & Ekonomi
Tradisional tidak seimbang.
• Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah Melayu,
sekolah Cina dan sekolah Tamil.
• Hubungan kaum baik dalam konteks ‘bercampur tetapi
tidak bersatu’.
TAMAT

similar documents