di sini

Report
Oleh: Ust Razizi bin Tarmuji
razizi.uitm.edu.my
Definisi Harta
 Barang2 berharga spt rumah, tanah, bangunan, brg
kemas dll yg dimiliki individu, syarikat atau
pertubuhan (DBP)
 Ibn Abidin (Hanafi) – sesuatu yg manusia berhajat
kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yg
boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan
 Imam Syafie- sesuatu yg berharga dan hendaklah
diganti sekiranya berlaku kerosakan
 Abdul Karim Zaidan- sesuatu yg boleh dimiliki atau
akan dimiliki pada masa hadapan dan ianya berfaedah
kepada manusia
razizi.uitm.edu.my
samb
 Al-zarqa`- apa yg dianggap berguna dan bernilai pada
pandangan masyarakat adalah harta
 Wahbah Zuhayli- sesuatu yg diperlukan dan mampu
dimiliki oleh manusia samada dalam bentuk benda
(`ain) atau faedah (manfaah) contohnya kenderaan,
bangunan dll
razizi.uitm.edu.my
Konsep Harta menurut Islam
 Semua harta yang ada di muka bumi adalah milik mutlak
Allah. Tidak ada sesuatupun yang menjadi milik manusia
secara mutlak.
 Manusia hanya pemegang amanah. Mereka tidak boleh
mengganggu hak milik orang lain. Bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan dibelanjakan.
 Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup
untuk manusia. Manusia dikehendaki menggunakan harta
dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di
muka bumi.
 Tujuan diberi harta adalah untuk menguji keimanan,
supaya lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti
kehidupan, manusia masing-masing saling perlu
memerlukan antara satu sama lain.
razizi.uitm.edu.my
CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA
 Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan
usaha sendiri seperti bekerja sendiri
 Melalui pensyariatan seperti pusaka, nafkah, wasiat,
pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat
 Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang,
mas kawin atau pemberian
 Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau
kerajaan seperti baitul mal dll
razizi.uitm.edu.my
CARA MEMBELANJAKAN HARTA
 Perbelanjaan Wajib
Nafkah – Seorang bapa bertanggungjawab untuk
memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri, anakanak dan ibubapa mereka.
Zakat – Kewajipan setiap muslim untuk membayar
zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah.
Infaq wajib – derma yang disyaratkan oleh kerajaan
untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah
membayar cukai pendapatan.
razizi.uitm.edu.my
samb
 Perbelanjaan Sunat
Wasiat – Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati
kepada seseorang sebelum meninggal dan ia
berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia. Maksimum
harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada
keseluruhan hartanya.
Wakaf – sumbangan seseorang dari harta yang kekal
zatnya seperti tanah, bangunan.
Sedeqah
Hibah – Pemberian semasa hidup
Sumbangan – cenderhati, hadiah, dll
razizi.uitm.edu.my
Edisi Pelajar
LARANGAN DALAM MENCARI DAN MENGGUNAKAN HARTA
 Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau
diusahakan
 Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta
dengan jalan yang batil
 Larangan
mengusahakan
harta
yang
merbahayakan peribadi, umum atau kemuliaan
masyarakat.
 Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan,
penyelewengan dan lain-lain.
razizi.uitm.edu.my
Ciri-ciri Harta
 Harta itu mesti wujud dan dianggap bernilai oleh
manusia
 Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh
memanfaatkannya secara langsung. Contohnya tanah,
bangunan, rumah, kereta.
 Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa
hadapan. Contohnya ikan di sungai atau laut, mutiara
di lautan, burung di udara, haiwan di dalam hutan dan
lain-lain.
 Sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dapat
dimanfaatkan seperti cahaya matahari dan udara tidak
dianggap harta
razizi.uitm.edu.my
samb
 Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak cukup
dimanfaatkan seperti sebiji beras, setitik air atau sebiji
gula tidak dianggap sebagai harta.
 Harta itu dapat dijadikan harta, dapat disimpan untuk
waktu tertentu, atau waktu yang lama dan boleh
digunakan diwaktu memerlukan, boleh digunakan
oleh sebahagian atau masyarakat umum.
 Harta adalah sesuatu yang halal dan dibenarkan oleh
syarak Barangan haram tidak dianggap sbg harta
dalam Islam atau diperoleh secara haram.
razizi.uitm.edu.my
Hak dan Manfaat
 Hak- kuasa yg diiktiraf Syarak kpd seseorang utk
mengurus hartanya
 Hak yg berkaitan harta- mas kahwin, nafkah, harta
pusaka, wasiat, waqaf dll.
 Manfaah- sesuatu yg berfaedah kpd manusia.
Dianggap sbg harta.
 Boleh diperoleh melalui pinjaman, sewaan, waqaf, dll.
razizi.uitm.edu.my
Jenis-jenis harta
1. Harta
bernilai dan tidak bernilai (Mal
Mutaqawwam dan Ghair Mutaqawwam)
2. Mal al-Manqul (harta alih ) dan mal al-Aqar (harta
tak alih)
3. Harta ada persamaan dan harta seharga ( mal almithly wal mal al-qimmy)
4. Harta yg berubah bentuk asalnya dan harta yg
tidak berubah bentuknya setelah digunakan
(mal al-istihlaky wal mal al-isti`maly)
razizi.uitm.edu.my
1. Harta bernilai dan tidak bernilai
(Mal Mutaqawwam dan Ghair Mutaqawwam)
 Harta bernilai- adalah harta yang dibenarkan oleh




syarak pemilikannya, dan penggunaannya.
Ia juga berguna dan bermanfaat kpd individu atau
kelompok manusia.
Spt emas, rumah, kereta dll
Harta tidak bernilai- harta yg tidak dikuasai atau
belum dimiliki spt burung di udara, ikan di laut dll.
Juga bermaksud harta yang haram penggunaannya
kecuali darurat.
razizi.uitm.edu.my
samb
 Impak kepada pembahagian ini ialah:
Dalam masalah kontrak dan jualbeli, dari sudut sah
atau tidak. Harta ghair mutaqawwam tidak boleh
sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat
kontrak.Ctnya babi, arak, biawak dll.
Dari segi gantirugi jika berlaku kerosakan
(compensation). Semua harta yang tidak bernilai tidak
diiktiraf pemilikannya. Oleh itu sesiapa yang
merosakkanya tidak perlu membayar pampasan.
razizi.uitm.edu.my
2. Mal al-Manqul (harta alih )
dan mal al-Aqar (harta tak alih)
 Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari
satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya
kereta.
 Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh
digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Contohnya tanah, bangunan.
razizi.uitm.edu.my
samb
Kesan pembahagian:
 Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang
dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh
disyufah.
 Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual
harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat
dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di
bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila
masa.
 Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk
menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan
tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya
tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih.
razizi.uitm.edu.my
3. Harta ada persamaan dan harta seharga
( mal al-mithly wal mal al-qimmy)
 Harta mithly ialah harta yang mempunyai persamaan





(homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi bentuk
dan nilai. Ia terbahagi kepada empat bahagian:
Barang yang disukat seperti gandum dan padi
Barang yang ditimbang seperti kapas dan besi
Barang yang dibilang yang mempunyai bentuk yang
hampir sama seperti telur, kelapa
Barang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa dll.
Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu
boleh diterima oleh semua pihak.
razizi.uitm.edu.my
samb
 Harta Qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika
ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga
yang ketara tidak boleh diterima oleh semua pihak.
 Cothnya spt permaidani, batu permata, pokok.
 Juga bermaksud barang yang berbeza nilai krn
berbeza saiz dan jenis spt buah betik yg berlainan saiz
dan jenis
razizi.uitm.edu.my
samb
 Kesan Pembahagian:Jika merosakkan harta mithly maka perlu membayar
gantirugi iaitu yang serupa dengan barang yang telah
dirosakkan.
Harta mithly boleh menjadi harga tukaran dlm
jualbeli. Harta qimiy tidak boleh
Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi
sesama mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat
ke atas harta mithly sahaja. Untuk harta qimmi tidak
boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.
razizi.uitm.edu.my
4. Harta yg berubah bentuk asalnya dan harta yg tidak berubah
bentuknya setelah digunakan (mal al-istihlaky wal mal al-isti`maly)
 Harta istihlaki
ialah harta yang habis apabila
digunakan dan berubah bentuk. Contohnya minyak,
makanan dan minuman
 Harta istikmali ialah harta yang kekal zatnya selepas
digunakan. Ia boleh digunakan berkali-kali seperti
pakaian, kereta, barang-barang perhiasan dll.
Kesan Pembahagian: Wakaf hanya harta istikmali sahaja
 Tempoh khiyar aib yang berbeza antara kedua- dua
jenis harta tersebut.
razizi.uitm.edu.my
Harta Intelek
 Termasuk dlm harta bermanfaat hasil keilmuan
kepakaran,pengalaman dll.
 Tidak boleh meniru, ciplak harta intelek.
razizi.uitm.edu.my
KESIMPULAN
 Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan
dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau
menjadi matlamat utama dalam kehidupan
manusia.Walaubagaimanapun tanpa harta manusia
akan susah.
razizi.uitm.edu.my

similar documents