KARANGAN 6

Report
KARANGAN 6
JUMAAT 12 JULAI 2013
Soalan
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan
pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
menggalakkan masyarakat mengunjungi pesta
buku. Panjangnya huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
USAHA-USAHA UNTUK
MENGGALAKKAN
MASYARAKAT KE PESTA
BUKU
Mengadakan Sesi
Ramah Mesra
dengan Penulis
Menawarkan
Potongan Harga
Mengadakan
Pelbagai Aktiviti
Menarik
PENDAHULUAN
‘Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya’. Itulah slogan
yang diuar-uarkan dalam televisyen oleh Perdana Menteri
kita bagi menggambarkan betapa pentingnya menjadi
satu bangsa yang berjaya. Justeru, pesta buku kerap
diadakan di negara kita oleh pelbagai pihak setiap tahun
sebagai salah satu cara untuk menggalakkan minat
membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh hal
yang demikian, usaha yang berterusan perlulah dilakukan
agar jumlah pengunjung ke pesta buku bertambah dari
semasa ke semasa. Persoalannya, apakah usaha-usaha
untuk menggalakkan masyarakat mengunjungi pesta
buku?
ISI 1
AI – peserta pesta buku menawarkan potongan harga kepada
pengunjung
AH1 – potongan harga yang ditawarkan kepada pengunjung dapat
menggalakkan pengunjung datang ke gerai-gerai peserta
AH2 – peserta pesta buku boleh menjual lebih banyak buku kerana
pengunjung mampu membayar buku-buku yang diminati
AC – pengunjung pesta buku amat teruja untuk membeli buku-buku
atau majalah-majalah keluaran lepas yang diberi diskaun semasa pesta
buku berlangsung
AP – Maka, jelaslah bahawa dengan menawarkan potongan harga
kepada pengunjung pihak terbabit dapat menggalakkan masyarakat
mengunjungi pesta buku
ISI 2
AI – mempelbagaikan aktiviti menarik
AH1 – aktiviti menarik yang dijalankan dapat mendorong
masyarakat untuk mengunjungi pesta buku
AH2 – pengunjung pesta buku dapat mengelakkan rasa
bosan semasa berkunjung ke pesta buku
AC – antara aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan ialah
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan
cabutan bertuah, dan sebagainya.
AP – Ternyatalah bahawa dengan mempelbagaikan
aktiviti menarik penganjur pesta buku
…………………………………………………..mengunjungi pesta
buku
ISI 3
AI – mengadakan sesi ramah mesra antara penulis buku
dengan pengunjung
AH1 – sesi ramah mesra yang dijalankan itu dapat menarik
lebih ramai pengunjung kerana pengunjung boleh mengenali
penulis buku yang diminatinya dengan lebih dekat lagi
AH2 – Ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal,
pengunjung perlu merebut peluang yang diberikan ini kerana
bukan mudah untuk bersemuka dengan penulis yang diminati
AC – Antara penulis novel yang diminati ramai dan mendapat
perhatian termasuklah Zhu Zi Qing, Xu Zhi Mo, dan
sebagainya.
AP – Maka, jelaslah bahawa ……………………… dapat
menggalakkan masyarakat mengunjungi pesta buku
PENUTUP
- amalan membaca sangat penting untuk melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan dan matang akal fikiran.
- penganjuran pesta buku mestilah diteruskan dalam usaha
untuk menggalakkan masyarakat membaca kerana banyak
faedah yang bakal diperoleh oleh pengunjung.
- semua pihak perlulah berganding bahu dan melangkah
sederap dalam memberi sokongan kepada penganjur pesta
buku supaya masyarakat kita dapat menyediakan generasi
pelapis bakal pemimpin yang akan menerajui negara ke
mercu kejayaan pada satu masa nanti.
- generasi berilmu penjana kemajuan dan kemakmuran
negara kita.

similar documents